Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Isnin, 19 April 2010

Si katak galak melompat...


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.

sumber

# Beliau menafikan melompat ke sinun kerana kecewa tak terpilih menjadi calon. Boleh caya ke??

Sebenarnya telinga dah kaleh mendengar bab lompat ni..kata orang alah bisa tegar biasa...dah tak heran. Apalagi setiap kali sidang akhbar pasal lompat ada seseorang yang sama ..

Berada dalam perjuangan bermakna akan terus diuji dengan pelbagai cabaran. Mana yang cekal akan terus dengan perjuangan..mana mana yang lemah akan gugur di tengah jalan samada menjadi 'futur' atau menjadi sang katak. Yang jelas gugur dan melompat pula ke bahtera yang hampir reput adalah tindakan yang tidak cerdik.

2 ulasan:

Ayid berkata...

Katak asalnya dari berudu. Oleh kerana asal nya lain bila besar pun perangai dia lain

Tanpa Nama berkata...

betoi tue...katak tetap katak berudu ataupun puru....

zaid pon katak juge...
apalah nasib si zaid katak...
tu laa...org tua dah kata....jangan cuba nak minum todi...nanti memakan diri...
kan dah kena...
jadilah si katak todi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive