Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 27 Januari 2010

Kepala babi lagi...



Sentimen agama terus menjadi pilihan pihak tertentu bila pagi ini kepala babi ditemui di hadapan dua buah masjid di Taman Datuk Harun petaling Jaya dan Masjid taman sentosa.

Apa motif sebenar bila sensitiviti umat Islam diperolokkan pihak tertentu. Apa yang berlaku semestinya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Muslim dan keadaan ini tentunya yang diharapkan oleh pihak yang terbabit.

Harapnya pihak keselamatan akan cepat dan tangkas bertindak untuk menjejaki pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba mewujudkan suasana tegang antara agama.

Polis oh polis...

Berita 1:

Bilangan polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Terengganu telah melambung tinggi, dimana terdapat tujuh kes pada tahun 2008, tetapi angka ini meningkat dua kali ganda tahun lalu.

Penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dikenalpasti sebagai kesalahan yang paling serius yang dilakukan oleh mereka tahun lalu.

Tiga belas anggota, di bawah pangkat Koperal kini sedang disiasat kerana kesalahan berkaiatan penyalahgunaan dadah dan mereka yang dituduh dan dihukum di mahkamah menghadapi risiko pemecatan dari jawatan.

Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, yang terkini lapan anggta polis telah digantung tugas yang setelah ditahan sementara menunggu penyiasatan lanjut.

Berita 2:

Gelagat ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar di Mahkamah kadangkala melucukan malah adakalanya amat mengejutkan khalayak yang menjadi pemerhati.

Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!

Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.


# Ada kes curi,rompak,samun ,culik,gaduh...semua kita cari polis untuk dapatkan bantuan..tapi kalau polis yang kita harapkan tu sendiri bermasalah..macam mana??
Mungkin hanya sebilangan kecil yang bermasalah namun ianya tetap mencalarkan kredibiliti pasukan polis.

Apa nak jadi??



Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya. (al-Maidah: 90)


Pada ayat inilah muktamad hukum minum arak, iaitu haram dan termasuk dalam dosa besar.

Selasa, 26 Januari 2010

Hikmah Sujud


  • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
  • Bernafas ketika sujud akan Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
  • Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS.
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur .
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukkan (obesity).
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

Ahad, 24 Januari 2010

Tinta Rasa remaja



Islam???

satu agama yang sangat mulia..
tapi...orang zaman sekarang selalu kate..
"aku Islam,aku solat,aku tahu Allah ade.."

tapi knape orang zaman skarang pakai baju...
wow..
so cute..sexy banget..
memang pakai baju..tapi nak tau baju ape??

BAJU DALAM!!!

huh...
itu katenya Islam??
Solat??? brape kali sehari semalam???

2 ?? 3 ??
Solat ape??

SOLAT ZOHOR NGAN ASAR!!!

aiks??? knape???

ye la...
nak solat subuh...
malas nak bangun pagi2...hi3...
kalau solat maghrib...
penat!!! Baru balik dari lepak...
pastu isyak lak???

NGANTUK!!! NAK TIDO AWAL!
JAGE AWET MUDE....>^<

>>>SYURGA HANYA TEMPAT ORANG ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH<<<

#Catatan ini adalah nukilan anak gadis uminas yang berusia 14 tahun. Umi mengekalkan gaya bahasa orang muda.
Moga Allah sentiasa memberikan taufik serta hidayahNya untuk Dia dan remaja sepertinya. Semoga juga dia akan menjadi MUJAHIDAH perjuangan menegakkan khalimah Ilahi.


Jumaat, 22 Januari 2010

17 minit 17 saat : 1 anak luar nikah

gambar hiasan

SETIAP 17 minit 17 saat, lahir seorang anak haram atau anak luar nikah di Malaysia. 83.3 kes terdapat setiap hari dan purata bulanan berjumlah 2,500 kes.

Hal ini dilihat melalui statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003). Dan 30,978 dari 70,430 (44%) bayi yang tidak sah taraf itu, adalah anak orang Islam.

Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyebutkan terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

# Kemusnahan kemuliaan keturunan manusia oleh tangan tangan manusia sendiri. Bagaimana pemimpin negara boleh mendabik dada sebagai pemimpin negara Islam jika kebanjiran kelahiran anak luar nikah tidak dibendung.

Bayangkan bagaimana susahnya 10 ke 20 tahun akan datang untuk mencari nasab keturunan yang benar benar tulen.

Jumlah ini hanya yang dilaporkan. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan. Didiamkan kerana malu. Tidak termasuk lagi kes buang bayi,kes bayi disangkut di pagar rumah dan surau.

Setiap dari kita akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya...
Wahai pembesar negara tak gerunkah anda dengan lambakan kelahiran anak luar nikah ini???

Selasa, 19 Januari 2010

Dengan NamaMu Aku Hidup: Ar Razzak

Ar Razzak memberi maksud TUhan Yang Maha Memberi Rezeki. Apa jua benda yang ada pada manusia hakikatnya adalah rezeki daripada Allah swt. Umumnya manusia sering berfikir yang dimaksudkan dengan rezeki itu adalah makan, minum dan sebagainya. Tetapi pengertian rezeki itu lebih luas. Sebenarnya keperluan manusia untuk hidup sentiasa berhajatkan kepada rezeki dan nikmat Allah swt bagi memenuhi ruang ruang hayatnya. Manusia bukan sekadar hidup dengan makanan dan minuman sahaja.

Selain daripada manusia memerlukan nyawa untuk meneruskan kehidupan, dalam diri manusia itu sendiri ada unsur unsur rezeki yang diperlukan. Jantung yang berdegup memerlukan darah untuk ditapis dan diedarkan ke seluruh anggota badan. Udara juga merupakan unsur penting yang diperlukan bukan saja untuk bernafas tapi juga diperlukan oleh otak dan saraf dalam badan manusia. Cahaya matahari buka sekadar untuk keperluan manusia sebagai lampu di siang hari yang menyuluh penglihatan manusia tapi ia juga diperlukan oleh hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan.

Rezeki daripada Allah terbahagi kepada dua iaitu rezeki yang boleh dilihat ditujukan kepada jasad dan fizikal manusia manakala rezeki yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar adalah keperluan rohani manusia. Meskipun manusia diberi tubuh badan dan anggota yang sempurna tetapi ia tidak bermakna dan berfungsi sekiranya Allah swt tidak memberikan suatu zat yang tidak dapat dilihat iaitu roh. Justru itu roh juga memerlukan rezeki yang tersendiri. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Sebagaimana tubuh yang lahir memerlukan kepada rezeki maka roh juga memerlukan rezeki bagi meneruskan fungsinya. Antara rezeki yang membahagiakan roh ialah iman,taat,ibadat dan semuanya direzkikan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan kepada para rasul untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia. Bagi mereka yang memberikan perhatian terhadap kesihatan roh,mereka akan memberikan makanan melalui iman,taat dan ibadat. Mereka tergolong dalam golongan manusia yang bersyukur terhadap anugerah Allah swt. Merekalah sebenarnya manusia yang beriman. Sebaliknya orang yang tidak memperdulikan makanan rohnya sudah tentu rohnya kurus dan mati sebelum jasadnya menemui ajal.

Orang yang beriman seharusnya mengambil teladan dari sifat Allah yang Ar Razzak. Mereka haruslah berusaha mendapatkan rezeki yang disediakan oleh Allah swt samada rezeki yang bersifat kebendaan atau rezeki untuk keperluan dan kesihatan rohani. Kemudian diedarkan pula kepada pihak lain samada dalam bentuk sedeqah,merawat orang sakit,mengajar orang jahil,menasihati orang yang lalai ataupun melalui urusniaga dan memebri hutang kepada mereka yang berhajat. Semua itu bererti menagih agihkan rezeki kepada orang lain dalam pelbagai bentuk dan cara.

bersambung....Dengan NamaMu Aku Hidup

Ahad, 17 Januari 2010

Baba=Papa=dady=abi=walid=bapa=abah=ayah


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.

Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) .

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik.

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Jumaat, 15 Januari 2010

Kebiadaban yang melampau..



Tiba tiba saja di pagi Jumaat yang penuh barakah ini hati rasa panas. Nak marahpun ada bila melihat ada blogger yang terlalu biadab terhadap seorang ulama'.

Walaupun tak suka,marah atau benci yang amat sangat sekalipun adalah keterlaluan bila meletakkan gambar seorang muslim pada lambang salib. Apatah lagi bila orang itu adalah seorang ulama'.

Berani bertindak biadab tapi tidak berani untuk menerima komen tanpa ditapis. Ingatkan singa rupanya cuma tikus tanah.
Moga Allah memberi petunjuk kepada blogger ini.

Baca di sini

Khamis, 14 Januari 2010

Gempa di Haiti..

Dunia sudah terlalu tua..
bila manusia semakin kurang ajar terhadap Penciptanya
Bila Allah menunjukkan kekuatan dan kehebatanNya..
Terbuka segala topeng topeng kepalsuan
Masih takburkah dengan kelebihan yang sedikit..
Yang sekadar dipinjamkan oleh Ya Rahman Ya Rahim Ya Azim..






Remaja,Pil Khayal dan lucah


Semalam, Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA) mendedahkan bahawa berdasarkan pemantauan yang dilakukan, didapati cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual secara terbuka.

Presidennya, Ravi Ponnan juga memberi contoh sejenis pil khayal buatan India yang didakwanya boleh menyebabkan kanser boleh didapati dengan harga 60 sen di pasar malam, kedai runcit dan juga restoran mamak.

Menurutnya juga, ubat khayal berupa serbuk kasar yang merupakan campuran pinang dan tembakau boleh memberikan kesan khayal selepas 15 minit memakannya meskipun ia bukan sejenis dadah yang diharamkan di India.

baca seterusnya

# Ni memang masalah besar yang berlaku. Fenomena keruntuhan tatasusila kemanusiaan. Kadang-kadang kita tak cari pun bahan-bahan tu. Tapi bahan-bahan tu datang sendiri pada kita.

Zaman sekarang walaupun duduk dalam rumahpun, Anak anak remaja tetap terdedah dengan benda-benda tak elok nih. Bukan saja remaja tapi juga 'retua' boleh goyah bila iman di dada setipis kulit bawang apatah lagi remaja muda belia yang baru nak mengenal dunia yang hanya ingin kepada rasa seronok dan tidak matang untuk memikirkan akibat buruknya.


Apa tindakan yang nak kita ambil? Tv dengan bermacam warna kehidupan dan kelakuan yang ditonjolkan..internet klik saja mengikut selera. Media cetak dengan majalah yang mendedahkan apa saja yang ingin didedahkan.


Semua pihak ambil peranan masing-masing. Remaja tolong kawal diri anda, parents tolong kawal anak anda, pemimpin tolong kawal orang yang anda pimpin!!! Kerana semua akan ditanya di hadapan Allah swt.

Nik Aziz terus kebal depani krisis: Pensyarah


Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat, kata dua penganalisis politik.

"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.

“Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berasal dari negeri itu.

"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar.

"Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."

Ahli akademik Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan tidak menggugat kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz apabila beliau masih meraih populariti berbanding pemimpin PAS lain.

Pensyarah kajian media itu juga berkata, data terkini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding 63 peratus pada pilihan raya umum 2008.

"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot," katanya.

"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah tentang tumpuan (masyarakat). Dalam dunia sekarang, perkara ini (tumpuan) mampu mengangkat reputasi dan mampu memberikan kekuatan."

Dr Abu Hassan, yang menjalankan tanggapan politik melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies, membuat kesimpulan tersebut berdasarkan tinjauan berterusan berhubung kepercayaan politik tokoh-tokoh politik yang dijalankan sejak pilihan raya lalu..

seterusnya

# Tuan Guru Nik Aziz kebal bukan kerana 'fanatiknya' rakyat Kelantan terhadap batang tubuhnya tapi kerana bukti kecemerlangan dalam melaksanakan amanah rakyat dan amanah Allah swt.

Akhir akhir ini TGNA 'diserang' dari pelbagai sudut semata mata untuk menjatuhkan reputasi beliau di kacamata rakyat Kelantan dan Ahli PAS. Tindakan yang bukan bertitik tolak dari rasa ikhlas untuk kebaikan rakyat tapi lebih kepada rasa iri hati dan dendam yang tak berkesudahan.


MB yang dulunya sering dicemuh sebagai tidak layak menjadi pemimpin kerana jubah,kain pelikat dan serbannya rupanya lebih bijak mentadbir dan lebih bijak menangkis serangan politik.
Pandangan dua penganalisis politik ini bakal melemahkan kepala lutut pembangkang di Kelantan.

Mereka lupa 'Mereka merancang,Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah lebih baik"

Mereka juga lupa ayat Allah dalam Ali Imran (26): " Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang engkau kehendaki. Di Tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di atas segala sesuatu."

Rabu, 13 Januari 2010

3 Mahkamah pengadilan



Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga.

Pertama, mahkamah di dunia.
Yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat
Yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati.
Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

Tulisan asal

Selasa, 12 Januari 2010

Layaann...relek jap








Terjumpa dalam misi ronda dari blog ke blog. Mengambarkan betapa tinggi daya imaginasi pelukisnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails