Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 14 April 2010

UMNO vs MIC..siapa calon???

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan

sumber

# Tak paham sungguh dengan umno ni.. Dah Najib kata kerusi Hulu Selangor MIC punya,yang umno duk sibuk melobi untuk apa?? Ada udang galah disebalik mee??

Siapa yang jadi calon..UMNO atau MIC?? Mungkin kalau rupa seiras tapi nama lain boleh kot...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive