Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Sabtu, 24 April 2010

Rais Dan Zahid Hamidi...Pak Menteri Yang Bijaksana???


Kata Datuk Seri Dr Rais Yatim isu-isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu APCO Worldwide tidak sesuai dijadikan bahan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman.

Beliau berkata masyarakat pedalaman lebih berminat mendengar isu-isu setempat seperti pembangunan pendidikan, pekerjaan dan gaji berbanding isu nasional seperti APCO.

Orang kampung tak kisah mengenai perkara besar tetapi melibatkan isu-isu setempat yang membelenggu mereka setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah di sini.

Janganlah merendahkan orang kampung....Datuk Seri ingat orang kampung ni tak berfikir ke? Benar orang kampung kurang arif pasal isu besar seperti APCO kerana itu mereka perlu diberi tahu sesuatu yang berkait dengan keselamatan negara.

Zaman 'hanya BN saja boleh beri pembangunan' dah berlalu, "Kalau tak ada BN, jalanraya tak ada,paip tak ada".. dah lapuk.

Pelik juga..Datuk Seri buat kenyataan selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK)...tak bimbang ke kot kot orang kampung tanya pak google pasal APCO...


Tindakan berterusan pembangkang mempertikaikan setiap keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara harus dihentikan segera, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau berkata pembangkang, khususnya Anggota Parlimen perlu berfikir secara rasional sebelum mengemukakan bantahan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. “Sepatutnya kita sebagai ahli Parlimen, pembangkang atau kerajaan, demi untuk kepentingan negara kita harus pertahankan bersama-sama. Bukan dengan cara mencari kesalahan untuk mencipta kesalahan.

Ni sorang lagi Datuk Seri..pasal faham dan sayangkan negaralah maka PR mempertikaikan setiap tindakan yang tidak rasional. Mencari kesalahan untuk diperbetulkan demi kepentingan negara bukan menyokong membabi buta atau sekadar 'MP Yes Madam'.

Yang tak paham tang ni....."Ahmad Zahid berkata dakwaan tersebut tidak rasional sama sekali kerana
apa yang dimeterai sekarang akan hanya diperolehi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang di mana sudah pasti keadaannnya akan berubah".

Barangkali payah nak paham sebab Pak Menterinya Bijaknya duk sana....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive