Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 22 April 2010

Ayat POWER Najib lepas balik jumpa Obama


Datuk Seri Najib Razak (gambar) mahu penduduk di Hulu Selangor menolak terus calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen kawasan itu Ahad ini.

“Kita reject dia (Zaid) sajalah, kita pilih BN biar kita kekalkan dia sebagai barang reject,” kata Perdana Menteri ketika berucap di bilik gerakan BN Hulu Bernam malam tadi.

“BN sudah mengenali Zaid luar dan dalam tentang siapa sebenarnya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

# Zaid letak jawatan sebagai menteri dulu atau dipecat dari umno dulu..Barang reject ni biasanya yang memang dah dibuang,tak suka atau tak nak dah.. Pak Jib jangan lupa ramai dalam BN yang dikira barang reject antaranya Kak Ijat yang Pak Jib angkat jadi menteri.

Pak jib kata Bn dah kenal Zaid luar dan dalam...hebat!! Harapnya kenal luar dan dalam juga KJ,Hishammudin,JJ,Ali Rustam,Presiden MCA dan yang sepesen dengannya.

Najib menambah, gagasan 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat sehingga mengatasi jenama barangan popular yang lain.

“Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka,” kata beliau dipetik Bernama.

# Pak Jib nak samakan IMalaysia dengan makanan kah??? Milo..KFC..BOIKOT BOIKOT...!!1Malaysia boi...???Awat Pak Jib tak sensitif dengan nasib umat Islam di Palestin ka?? Buatlah bandingan dengan sate ke roti canai ke?

Semua orang suka 1Malaysia..ya ka?? Yang sangat sangat suka mesti Kamalanathan...TPM kata nama Kamalanathan lambang 1Malaysia...

1 ulasan:

budak kampung online berkata...

lawatan petang. Hairan ye yang dah sedar dan bertaubat diorang kata barang rejek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive