Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 6 April 2010

Shahrizat...bukannya hina menerima RM100..


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu.

Baca lagi

# Inilah ucapan yang tak sepatutnya keluar dari menteri yang menjaga kebajikan rakyat. Hina sangatkah terima wang RM 100.00? Kenapa nak diperlekeh kan sumbangan untuk warga emas? Seharusnya beliau berterima kasih kerana Kerajaan Pulau Pinang ambil berat kebajikan warga emas di negeri itu.

Kenapa pula beliau tak pasal pasal rasa 'malu'? Mungkinkah beliau malu kerana inisiatif itu dibuat oleh kerajaan PR dan bukan kerajaan BN.

Kenapa pula nak dikira RM10 sebulan? Kalau begitulah congak kira menteri kebajikan,adakah memalukan juga menerima gaji RM 200 - RM 400 sebulan yang diterima tukang kebun,tukang sapu,tukang cuci dan bermacam jenis 'tukang' lagi. Yalah nak dinisbahkan pendapatan dengan tanggungan isi rumah mereka.

Janganlah Datuk Seri membuat kenyataan yang boleh makin meloyakan rakyat yang dah sedia geli tekak dengan mainan kerajaan BN. Semua rakyat tahu hanya kerajaan BN saja yang boleh turunkan peruntukan juta juta ringgit..itupun bila ada PRK..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive