Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 1 April 2010

Kartika..hukuman rotan hujung April


Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno 33, yang hukuman sebatan kesalahan meminum arak yang ditangguhkan Ogos lalu dijangka akan menjalani hukumannya akhir bulan ini.

Bagi membolehkan pelaksanaan hukuman itu, Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk tindakan susulan pagi esok.

Perkara itu disahkan oleh bapa Kartika Shukarnor Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Amlir Ayat kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kartika menerima arahan supaya hadir di Jabatan Agama Islam Pahang, semalam.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima, Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk menjalani hukuman di bawah undang-undang negeri. Kami akan menyerahkan Kartika kepada Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan pukul 8.30 pagi esok.

Sebelum ini Kartika berkata tiada langsung hasrat untuk merayu malah tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu.

Malah dia lebih menyatakan kesediaan agar hukuman ke atasnya dijalankan termasuk di khalayak ramai.

Baca lagi

# Moga Kartika istiqamah dengan pendiriannya. Bagaimana pula dengan mereka ini? Sanggupkah seperti Kartika? Kalau Kartika berani dihukum atas kesalahannya,bagaimana dengan mereka ini?

Samada yang mengaku bersalah atau yang tidak mengaku bersalah...apakah mereka insaf dengan perbuatan dosa tersebut..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive