Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 26 Mei 2011

Tajuk berita yang best dibaca...

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP

Bila bapak Dafi umum kerajaan tak akan naikkan harga minyak petrol,diesel dan gas bunyi ayatnya sama seperti "pilihanraya 13 dah dekat..dah tak lama lagi.."

Bila bapak Dafi berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat ayatnya sama seperti "pilihanraya nanti rakyat kena membalas jasa baik kerajaan dengan mengundi kerajaan BN lagi.."

Bila bapak Dafi berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran dunia ayatnya sama seperti " lepas menang pilihanraya harga minyak petrol,diesel dan gas akan naik balik..lantaklah rakyat nak protes apa..yang penting aku jadi menteri lagi.."

Dan rakyat (baca pengundi yang pangkah BN) akan terus tertipu..didodoi..digula gulakan..

Rabu, 25 Mei 2011

Subsidi..subsidi...ke mana...untuk siapa...


Subsidi adalah topik yang hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat marhaen. Seperti biasa akhbar pencacai akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Mungkin perkataan subsidi kurang difahami oleh sesetengah rakyat marhaen tetapi ia cukup sinonim dengan syarikat-syarikat besar yang diapungkan di Bursa Saham.

Seperti kata seorang yang bergelar orang kampung, 'Kerajaan pandai, kalau dia nak naik harga barang mereka akan naikkan harga minyak sahaja maka semua barangan lain akan naik'. Itu kata orang kampung yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi prihatin terhadap isu semasa.

Sekarang para menteri cuba menerangkan kepada orang ramai bahawa pada tahun ini kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak hampir RM 20 bilion berbanding RM 10 bilion pada tahun lepas. Kata-kata orang politik yang meminta simpati rakyat betapa beban kerajaan semakin bertambah kerana subsidi sudah menjadi candu kepada rakyat. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya.

Mungkin rakyat tidak mengetahui bahawa subsidi untuk IPP atau Pengeluar Tenaga Bebas telah diberi subsidi sebanyak RM 22 bilion setahun dalam urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun.

Siapa pemilik saham besar dalam syarikat IPP tersebut jika bukan bilioner yang tersenarai orang-orang terkaya di Malaysia. Inilah sebenarnya orang yang telah menjadikan subsidi sebagai candu dengan dilindungi oleh pihak kerajaan dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan.

Dalam masa tiga tahun ini, rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup sebanyak 33 peratus tetapi bagi kakitangan kerajaan, tiada langsung kenaikan gaji berlaku sejak sepuluh tahun lalu. Sudahlah bonus tahunan hanya RM 1000 dengan dua kali bayar berbanding dengan kakitangan swasta yang ada mendapat dua bulan gaji. Di manakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kononnya rakyat didahulukan.

Dengan ura-ura harga minyak, gas dan elektrik akan dinaikkan, beban rakyat marhaen semakin bertambah. Inilah jasa Umno/BN untuk rakyat kerana membantu memberi bebanan yang berganda dengan menjurangkan lagi antara yang kaya dan yang miskin. Tanyalah berapa gaji para menteri dan timbalan menteri yang segala keperluan ditanggung setiap bulan dan masih bergaji RM 50-52 ribu sebulan.

Lihatlah pula rumah para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka, adakah nilainya RM 100 ribu yang bagi rakyat marhaen angka yang cukup besar. Bagi Rosmah, nilai RM 100 ribu hanya untuk melelapkan mata selama sehari sahaja kerana egonya sebagai 'First Lady'. Mereka berlumba sesama sendiri membina istana-istana yang besar sehingga ada yang mencecah puluhan juta. Dari mana sumber yang mereka dapat untuk membina istana-istana besar-besar itu.

Sejak era Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke era Najib, lebih RM 300 bilion duit rakyat lesap disamun oleh para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka. Apakah rakyat masih tidur atau masih mamai dek kerana RM 50 yang dimasukkan ke dalam poket oleh penyamun-penyamun ini setiap kali pilihan raya. Kerana RM 50, segala kutukan dan makian yang di laungkan kepada Adun dan MP Umno/BN yang menghilang diri selepas menang pilihan raya pun hilang sama dek tepukan dibahu menagih undi.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun

musafirlalu

Ahad, 15 Mei 2011

Kenyataan BERAPI Ibrahim Ali....


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.

“Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh,” kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.

Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.

“Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.

“Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia,” katanya lagi.

Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.

“Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar,” katanya lagi.

Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.

Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.

“Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan,” katanya.

Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.

sumber

#Kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PR...ISA lah destinasinya. Berduyung2lah gerombongan buat laporan polis...berkajang2lah kertas siasatan dibuka....

Perkasa...Jangan duk berangan mewarisi jihad Salahudin Al Ayubi... ..


Rabu, 11 Mei 2011

Mahatdir: Beli proton adalah amal jariah...alahai..



Penasihat Proton Holdings Bhd Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa harga kereta yang dijual di negara ini mahal kerana pengeluar kereta nasional itu adalah tidak benar.

"Dari dulu lagi, kerajaan telah mengenakan cukai yang tinggi supaya negara tidak melihat pengaliran wang kita (dalam penjualan kereta) terlalu banyak ke luar negeri," kata beliau semasa berucap pada pelancaran Pusat Logistik Proton di Sijangkang dan Tanjung Malim, semalam.

Dr Mahathir berkata mereka yang membeli kereta Proton adalah satu perbuatan amal jariah kerana apabila Proton maju, ramai yang mendapat kerja dan dapat menyara keluarga mereka.

"Kita ingin melihat Proton memainkan peranan sebagai satu jentera sosio ekonomi yang menolong menjayakan dan membahagiakan kehidupan rakyat kita di Malaysia," kata beliau.

Lebih lanjut di sini




Sabtu, 7 Mei 2011

Najib Jangan bongkak!! Anda akan jadi ketua pembangkang...

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Selanjutnya di sini

# Bayangkan Najib menjadi ketua pembangkang..Rosmah menjadi isteri ketua pembangkang..umno menjadi parti minoriti...utusan menjadi akhbar hanya untuk ahli umno dan ber 'edisi terhad'...

bayangkan..bayangkan..bayangkan...akan kiamatkah dunia????

No way!!! Dunia akan lebih aman..memetik kata kata PM Malaysia..

Rabu, 4 Mei 2011

Khabar yang membuatkan Rosmah tersenyum lebar..


Ada yang tersenyum sinis...ada yang tersenyum gelihati..yang pasti tuan punya badan tersenyum tak berhenti...

Rahsia yang bukan rahsia..isteri PM terkini bukan seorang yang digemari berbanding isteri PM- PM terdahulu...tiba tiba......

Rosmah Dianggap Wanita Contoh

Datin Seri Rosmah Mansor adalah contoh terbaik bagi wanita khususnya kepada isteri-isteri pemimpin dunia, kata Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011.

Bacalah sendiri

Tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia siapa yang tahu...

Contoh banyak jenis contoh
Contoh lagu mana akupun tak tahu...

Selasa, 3 Mei 2011

Mimpi sang pembodek!!!



Terjumpa klip video...tertekan play..tergelak sendiri...
Ada yang membodohkan diri..
Ada yang cuba memperbodohkan...
Jangan ada lagi yang diperbodohkan...

kah..kah...kah..mengampu lah lagi...dah dekat PRU 13 ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails