Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 20 September 2011

Pieem : 'Sempoi' atau terkantoi...

keghairahan Pieem mendekati generasi muda..tersenyum bila baca Najib 'sempoi' di stesen radio.

Padat sungguh agenda pieem..petanda PRU dah makin menghampiri. Baca punya baca tersenyum di akhir tulisan...waduh waduh..

Najib juga mendedahkan iPhone miliknya akan mengejutkan beliau sekitar jam 6 pagi hingga 6.30 pagi.dengan lagu hits 80-an Karma Chameleon berkumandang.

hehe..solat subuh jam brapalah pieem oiii????
Kalau pieem tukar alarm iPhone kepada lagu selimut putih lagi baik...

Ni bukan lagi 'sempoi' tapi terkantoi....

Nak jelas lagi tersuluh bacalah sendiri... di sini

Sabtu, 30 Julai 2011

Tak tahulah apa yg ada dalam kepala mereka...memalukan!!!!

Membaca sinar harian hari ni terasa terbuak rasa jengkil, marah, jijik dan memalukan...mungkin itu selayaknya untuk perbuatan tak senonoh mereka ni..

Selepas sidang media, Mohamed Ghani masuk ke ruang menunggu di tingkat 3, Komtar untuk menyerahkan pakaian dalam itu kepada wakil Guan Eng, namun terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam bagi menantikan wakil Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, tiada se
orang pun wakil yang sanggup menerima ‘hadiah’ berkenaan menyebabkan Mohamed Ghani mengarahkan pengikutnya untuk menggantung coli serta seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Guan Eng.

Lebih jelas di sini

Kenapalah puak puak ni suka sangat dengan benda benda lucah ni. Dah tak ada rasa malu. Maruah campak ke mana? Tak malu ke pada anak bini...

Yang buat perangai buruk ni orang Islam..ditujukan pada bukan Islam.. wei..jagalah sikit akhlak sebagai orang Islam!!! Pah tu buat pulak benda kotor ni rapat dengan Ramadhan...langsung tak hormati Ramadhan...

Hoi..tolong simpan songkok 4 inci tu dalam laci kat rumah.....
Ni le akibat video lucah bebas di tayang di tv...kesannya bukan saja pada budak2 dan remaja tapi jugak pada si tua bangka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive