Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 21 April 2010

Begini jawapannya...alahai..

Sudah terlanjur gelangang PRK Hulu Selangor dibuka dengan isu arak oleh blogger pro umno untuk menyerang dan mengaibkan peribadi Datok zaid Ibrahim. Bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri. Pemimpin Umno turut terpalit sama dalam isu arak. Cuma yang membezakan hanyalah jawapan mereka. Lihat apa jawapan mereka bila ditanya wartawan.

Zaid Ibrahim:
mengakui itu sejarah silamnya dan mengaku telah insaf.

Khairy Jamaludin :
Mereka menggunakan foto yang kontroversial...


Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Hishammudin Tun Husein:
beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..."(I don't remember.)

Jelasnya Khairy dan Hisyam tidak menafikan cuma masih 'berkluk klek'. Awas! Siapa pula yang akan terus dikejar oleh wartawan. Akan ada pemimpin Umno yang mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena...
Tungguuuu...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive