Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Ahad, 4 April 2010
Setahun Najib jadi PM: Pujian melambung Awang vs....
Genap setahun Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Antara pandangan pandangan yang menilai prestasi setahun Najib sebagai PM. Paling 'mengelikan' pandangan Awang Selamat..Nilailah sendiri...
Hala tuju negara makin jelas, prestasi ekonomi bertambah baik dan pentadbiran lebih kemas. Banyak pembaharuan yang beliau laksanakan mula membuahkan hasil, walaupun ada yang tidak terlepas daripada kritikan.
Setahun adalah tempoh yang pendek tetapi Najib sudah membuktikan kebolehannya. Awang yakin pencapaian negara akan lebih melonjak di bawah kepimpinan beliau selepas ini. Kesungguhan beliau untuk memupuk perpaduan secara lebih berkesan dan pendekatan berorientasikan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia, tidak boleh disangkal lagi.
Kepada pemimpin pembangkang pula, belajarlah daripada kekuatan Najib termasuk perilakunya yang harmoni. Sentiasa tenang, sabar dan tidak mudah melatah meskipun menghadapi pelbagai tekanan. Merendah diri, tidak riak dan tahu menghormati orang lain. Kata-katanya terurus cermat. Ketika ada pemimpin pembangkang makin dilihat sebagai liabiliti, Najib pula kian menjadi sandaran masa depan.
Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata: 'Satu tahun belum cukup (untuk membuat penilaian). Sebenarnya, dia baru belajar menjadi perdana menteri.'
Namun, Dr Mahathir mengingatkan bahawa Datuk Seri Najib belum mengotakan janjinya sejauh ini, dan menggesa beliau supaya segera melaksana pembaharuan yang dijanjikan, walaupun beliau akur Datuk Seri Najib adalah 'pemimpin lebih baik' berbanding pemimpin sebelumnya.
Penolong profesor di Jabatan Sains Politik, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Reuben Wong, berkata yang pasti Datuk Seri Najib, tidak seperti Tun Abdullah, atau 'Pak Lah', mahu meyakinkan pengundi bahawa beliau bukan 'perdana menteri sementara' yang hanya 'memanaskan' kerusi perdana menteri.
Selepas menghabiskan sebahagian besar masanya memperbaiki imejnya - ekoran skandal pembunuhan wanita Mongolia yang membabitkan penasihatnya, Abdul Razak Baginda (yang akhirnya dibebaskan oleh mahkamah) dan krisis perlembagaan di Perak - Datuk Seri Najib sedaya upaya cuba mengukuhkan kuasanya dalam Umno, yang kelihatan masih rapuh,
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Dr Sivamurugan Pandian, berpendapat Datuk Seri Najib sekurang-kurangnya mampu sedikit sebanyak membina semula keyakinan rakyat.
Ini 'walaupun kita belum dapat menyatakan dengan jelas bahawa beliau sudah berjaya memulihkan sepenuhnya kepercayaan dan keyakinan' di negara itu, kata beliau.
Alasan Dr Pandian ialah Datuk Seri Najib telah berjaya menukar landskap politik Malaysia berbanding suasana ketika beliau mengambil alih daripada Pak Lah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(138)
-
▼
April
(40)
- Lagi tangan ghaib sekat kebebasan media..
- Tok Him Perkasa Berang lagi....
- Kes Pelajar Sekolah Di Tembak Polis,
- Tiada pemenang di Hulu Selangor????
- Kamalanathan MP baru Hulu Selangor..
- Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya Kecil Pa...
- Gambar 'berhantu' Teoh...
- Rais Dan Zahid Hamidi...Pak Menteri Yang Bijaksan...
- Orang Mohamad Taib boikot MIC??
- Ayat POWER Najib lepas balik jumpa Obama
- Begini jawapannya...alahai..
- Kamalanathan: True colour??so sweet....
- Patutlah ada yang menggelar Umno parti 'shit'...
- Si katak galak melompat...
- Mengata dulang paku serpih @ telunjuk lurus keling...
- Isyarat awal prk P49...
- Lensa kamera di Hulu Selangor 5
- Terkini Di Hulu Selangor
- Lensa kamera di Hulu Selangor 4
- Lensa kamera di Hulu Selangor 3
- Terkini Di Hulu Selangor
- Lensa kamera di Hulu Selangor 2
- Lensa kamera di Hulu Selangor
- Mugilan..selepas TIDAK tercalon..
- Bilik Gerakan MIC lesu
- Kak mah balik le cepat...ooops silap Pak Jib..
- UMNO vs MIC..siapa calon???
- Dedikasi untuk pengundi Hulu Selangor...
- CHEW SINDIR SHAHRIZAT????
- Klasik dan unik...Tahniah
- Shahrizat...bukannya hina menerima RM100..
- MEB: Usahawan melayu terkejut dan kecewa..
- Fulu$$$ makin lebat..
- Najib dan Muhyidin..gaduh ya??? Tapi tak mengaku..
- Setahun Najib jadi PM: Pujian melambung Awang vs....
- Hujan fulu$$$ mula turun di Hulu Selangor
- Selagi Hudud tidak dilaksanakan....
- Muhyiddin akui Umno guna sekolah untuk tujuan politik
- Kartika..hukuman rotan hujung April
- Melaporkan berita atau menyatakan pendapat....
-
▼
April
(40)
1 ulasan:
waaahhh bagus la cmni,,,kenapa xda ulasan da komen setahun pemerintahan Datuk Najib dpd rakyat terutamanya Mahasiswa/i...kompom kene bantai,,hekhek
Catat Ulasan