Beliau, selaku Menteri Pertanian Dan Asas Tani akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat kabinet esok. Beliau juga bersedia untuk memberikan bantuan guaman supaya keluarga terbabit menyaman polis dan juga Kerajaan Malaysia yang diwakili. Bahkan beliau berharap pihak keluarga mangsa juga dapat mengadu hal tersebut kepada pihak Suhakam untuk tindakan selanjutnya. Sememangnya kes ini tidak wajar untuk disensasikan dan sepatutnya apa yang dilakukan oleh Noh omar ini dicontohi dan didahului oleh pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebenarnya. Oleh itu diharap lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan tanpil untuk membantu keluarga mangsa yang kini masih dalam trauma itu.
Sementara itu Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus. Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media. Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak. Beliau telah membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi. Menurut Khalid, beliau telah meminta ketua polis jamin keselamatan saksi ini dan tidak ada usaha untuk mengubah keterangannya. Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media. Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas. Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang. Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai. Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.
[Kes yang cukup menyayatkan hati dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Anggota polis tidak harus sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk melepaskan tembakan rambang terhadap mangsa yang belum disahkan sebagai penjenayah itu. Malah, mereka boleh mengejar kereta mangsa dan menahannya jika perlu tanpa menggunakan kekerasan. Kini segalanya sudah berlaku dan tindakan tatatertib yang tegas perlu dikenakan terhadap anggota polis yang telah melakukan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, semua pemimpin politik harus bersatu hati untuk mendesak agar tindakan tegas yang telus dan adil diambil terhadap mereka yang terlibat. Usahlah dipolitikkan kes ini kerana ia berlaku dalam keadaan tidak dirancang sebenarnya. Jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna dan semua pemimpin boleh bersatu hati dalam mana-mana kes seperti ini di masa hadapan. Tindakan Noh Omar juga amat mengejutkan, kerana selama ini pemimpin UMNO banyak mempertahankan segala tindakan yang dilakukan oleh pihak polis. Apakah kini mereka sudah sedar?].
Pahang daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan