Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 1 April 2010

Melaporkan berita atau menyatakan pendapat....

Beberapa wakil pembangkang mencetuskan kekecohan sebaik sidang Dewan Undangan Negeri Perak bermula, semalam.

SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

Lebih detail di sini

# Lihatlah gaya penulisan Utusan. Berita ini merupakan berita Utama. Sesiapa yang peka akan perasan..ini bukan berita yang dilaporkan tetapi pandangan penulis sendiri. Secara tak langsung mengesahkan...Utusan merupakan lidah parti umno.

Tak jelas lagi?? Berita biasanya melaporkan siapa yang berkata tapi ternyata artikel ini menjelaskan pandangan si penulis. Bukan berita yang nak dilaporkan tapi pandangan penulis. Jika laporan ini dalam ruangan pendapat ianya boleh diterima tapi bila ianya dalam ruangan berita Utama..jelas benar karat umnonya..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive