Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 31 Mac 2010

Calon tak jadi MB Perak

Hari ini terdedah al kisah betapa rupanya sebelum Nizar ada 2 Adun yang ditawarkan menjadi Menteri Besar Perak.

Dalam berita TV3 tadi..Jaguh lompat Adun Behrang dengan malu malu kucing membuat pengakuan bahawa beliau pernah ditawarkan dengan kerusi MB Perak. Tawaran bersyarat. Rujuk balik dengan DAP. Rupanya sebelum PKR,Jamal dah 'bersama' DAP. Jelas Jamal bukan orang yang berpendirian tetap.

Zamry pula mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan menjadi MB pakatan Rakyat jika melompat parti menyertai PKR setelah pilihanraya 2010. Kata Zamry tawaran ditolak kerana 'berpegang kepada prinsip perjuangan'.

Nampak gaya selepas Zahrain dan Zukifli Nordin,ada lagi yang teringin buat gempak. Cari publisiti murahan. Agaknya itulah saja caranya untuk mengalih perhatian rakyat dari membicarakan apa yang berlaku di sidang DUN Perak hari ini dan semalam.

Lebih dramatik bila Zamry mengakhiri ucapannya dengan kata kata “Dengan suci hati, saya ingin meniup wisel perdamaian...jawatan MB boleh datang dan pergi tetapi perdamaian yang abadi adalah demi rakyat,”

Kalau betul bagai dikata...BUBAR DUN serahkan mandat kepada rakyat...ada berani???

Pulau Perhentian: Syurga kemungkaran


Apabila Ahli Parlimen Besut menyuarakannya di parlimen pada tahun 2001, Menteri Pelancongan ketika itu terperanjat dan berkata ia adalah satu ‘berita baru’ kepada kerajaan.

Namun kegiatan berjemur sambil berbogel ditepi pantai Pulau Perhentian dekat sini, terus menjadi amalan para pelacong Barat yang datang, saban tahun dari Mac hingga September.

Promosi berkenaan kegiatan itu boleh dijumpai dengan mudah di laman-laman ‘lonely planet’ yang memberikan khidmat perundingan percuma kepada pengembara, terutamanya kepada ‘backpacker’.

Justeru, kesan negatif dari kegiatan pelancong ‘diluar etika dan budaya’ Timur itu membimbangkan penduduk tempatan dan sekitarnya.

Selain dari ‘berjemur dan berbogel’ di pantai, para pelancong tersebut telah memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan dan minuman dalam keadaan berpakaian ‘menjolok mata’ itu.

Ramai pihak mendakwa ia adalah satu gejala sosial yang mesti dibendung oleh pihak berkuasa.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak serius membendung gejala sosial yang berlaku khususnya di Pulau Perhentian.

Katanya, sikap PAS terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

“Masalah (gejala sosial) ini serius tetapi kerajaan (Barisan Nasional) tidak bersungguh untuk membendung gejala sosial yang semakin kronik berlaku dalam masyarakat kita.

“Sikap PAS dan mungkin sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri menangani masalah (gejala sosial) ini,” tegasnya.

Menurutnya, produk pelancongan bukan sekadar tertumpu kepada keindahan alam dan tempat tetapi budaya serta amalan masyarakat setempat wajar ditonjolkan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri membuat Pelan Strategi Pelancongan bagi jangka masa lima hingga 10 tahun yang sesuai dengan konsep Islam.

“Kita (PAS) cadangkan supaya kerajaan adalah ‘Pelan Strategi Pelancongan 5 hingga 10 tahun’ yang sesuai dengan konsep Islam dan budaya orang Melayu.

“Pendekatan KPI boleh digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan dan keberkesanan sesuatu pelan yang dilaksanakan dalam pelancongan,” ujarnya.

Justeru itu, Ustaz Wan Azhar mahukan kerajaan negeri memantau sebarang aktiviti pelancongan yang dibawa masuk ke negeri ini.

Baca selanjutnya

# Pernah minum di jeti ke Pulau Perhentian dalam misi meninjau suasana di jeti tersebut. Aksi pelancong suka berpakaian seksi boleh dilihat sepanjang berada di gerai makan tersebut. Bukan saja pelancong dari luar ..Mat dan Mek saleh tapi sikap yang sama pada pelancong yng berkulit sawo matang atau lebih tepat orang melayu kota yang melancong di sini.

Terdetik di hati,betapa kerosakan akhlak yang akan berjangkit pada masyarakat di sekitar kawasan tersebut. 'Alah bisa tegal biasa' kalau dah setiap hari dijamu dengan benda mungkar..akhirnya hati sudah tidak kenal mana dosa dan mana pahala..

Hulu Selangor: Pakar Neorologi vs Pakar Pikul Duit?

Bahang pilihanraya kecil Hulu Selangor makin kuat dirasai. Ketika muafakat jelas terbentuk dalam Pakatan Rakyat bahawa kerusi parlimen berkenaan milik PKR sebaliknya berlaku dalam BN yang masih bermain tarik tali calon parti mana yang bakal bertanding.

Bagi MIC itu adalah kuota atau kerusi mereka dulu kini dan selamanya. Ini ditegaskan oleh oleh Datuk Seri Samy Vellu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Bahagian MIC Hulu Selangor kelmarin.

Tanpa berahsia, Samy Vellu menyebut kerusi itu akan ditandingi oleh G.Palanivel yang juga timbalan presiden MIC. Kenyataan Samy Vellu juga disokong oleh Dato Seri Muhd. Khir Toyo.

Walau bagaimanapun wujud desakan kuat agar kerusi itu ditandingi oleh calon Umno. Pengaruh MIC yang makin terhakis dan semangat Melayu yang sedang meluap-luap sekarang dalam Umno menjadi hujah agar Umno diberikan kerusi berkenaan.

Parti mana pun yang bertanding mewakili BN dijangka akan mencetuskan konflik terbaru di dalam BN setelah pergolakan hebat dalam MCA.

PKR kelihatan tidak ketandusan tokoh untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Antara nama yang menjadi pilihan ialah Datuk Dr Halili Rahmat pakar neurologi/bedah saraf anak tempatan yang juga Bendahari PKR bahagian.

Jika Umno bertanding maka calon pilihan mereka pula ialah Tan Sri Muhd. Taib. Siapa yang tak kenal Md. Taib? Beliau merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan tidak dilupakan jasanya melarikan anakanda Almarhum Sultan Selangor satu ketika dulu.

Tak kurang mahsyurnya, kehebatan Md. Taib memikul duit bernilai jutaan ringgit yang dianggarkan berat melebihi 10 kilogram sewaktu cuba meninggalkan Australia. Sehingga hari ini belum ada mana-mana individu dalam negara yang berjaya memecahkan rekod berkenaan.

Jika spekulasi ini menjadi kenyataan maka pertarungan di Hulu Selangor bakal menyaksikan pertarungan di antara pakar Neurologi dan pakar pikul duit. Sudah tentu banyak yang menarik jika telahan ini menjadi kenyataan.

Harakahdaily

# Telahan yang menarik..Masihkah Kau ingat..'Mike Tyson'...

Isnin, 29 Mac 2010

Sekutu Bn jijik dengan ucapan Mahathir

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarakat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

sumber

# PAS dengan slogan 'PAS FOR ALL' telah berjaya menarik kaum bukan melayu dan non muslim untuk mendekati Islam. Dan ternyata pandangan kritis mereka terhadap Islam mula berubah. Mereka mula mahu mendengar apa kata Islam.

Islam sebagai Ad Deen dari Allah swt untuk seluruh manusia. Allah menyuruh Nabi saw dan umat yang meneruskan risalahNya supaya menyampai dan menghadapi manusia tanpa mengira peringkat,kaum dan sikap mereka terhadap Islam.

Tiba tiba skrip tentang 'Melayu semakin terancam' diulang tayang semula dan diputarkan makin kerap di media umno dan proksi proksinya. Kalaupun benarpun,ianya adalah hasil tangan umno sendiri,angkara kerakusan umno-BN yang memerintah selama 52 tahun. Kenapa isu perkauman ini semakin galak diwar warkan. Apakah ini strategi menjelang PRU 13?

Lupakah pada pesanan Rasulullah:

قال الرسول(ص): لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ

Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah ( Kebangsaan ).

Ahad, 28 Mac 2010

Konsert Jom Heboh di Kelantan..







Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.

Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain.

selanjutnya

# Kalau di Kelantan boleh..bermakna di negeri lain juga boleh. Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih. Tahniah buat kerajaan Kelantan.

Chedet gelar Pak Lah Tuan Corridor...


  • Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata negara tidak mengalami pertumbuhan ekonomi sama sekali sejak beliau meninggalkan tampuk kepimpinan kerajaan manakala rakyat pelbagai kaum pula asyik mempersalahkan satu sama lain.
  • Sehubungan itu kata beliau, debat umum mengenai isu-isu perkaumam hanya akan menjejaskan kestabilan negara dan pertumbuhan ekonomi.
  • Sebelum ini tiada bangkangan seperti ini kerana rakyat hidup dengan baik dan gembira. Kerajaan juga melakukan segala apa yang terdaya dan sudah pasti kita tidak sempurna tetapi orang ramai gembira.
  • “Malah tiada persoalan siapa dapat apa dan berapa banyak. “Dan jika ada pertikaian, kita akan menyelesaikan (dengan baik) di sebalik tabir kerana jika anda bertindak secara terbuka ia akan mencetuskan emosi dan ia adalah tidak baik,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan sejak negara merdeka..
  • “Apabila saya meletakkan jawatan, nampaknya kerajaan baru Abdullah mahu lebih banyak kebebasan (diberikan) dan ini kerana rakyat mahukan lebih banyak kebebasan untuk membincangkan isu-isu sensitif tetapi anda boleh lihat pada hari ini hubungan dengan pelbagai kaum lebih buruk berbanding zaman saya,” katanya.
  • Dr Mahathir menjelaskan, debat awam akan menyumbang kepada kebencian dan kemarahan kaum.
  • “Jika ada debat awam mengenai isu perkauman sudah tentu anda akan mempertahankan kaum anda. Pihak lain akan mempertahankan kaum lain dan kadangkala mereka tidak terikat dengan fakta.
  • “Ketika zaman Pak Lah, saya tidak boleh bercakap langsung.Saya tidak dijemput oleh sesiapa pun. “beliau lebih liberal dan demokratik tetapi orang ramai tidak boleh bercakap dengan saya,” katanya. Bagaimanapun Najib lebih baik kerana memberikan “saya kesemua peluang untuk bercakap.”
  • “harapan saya Datuk Seri Najib adalah lebih baik daripada penggantinya, Tuan Corridor. Ada banyak koridor tetapi adakah anda boleh melihat apa-apa di koridor berkenaan?


Nak detail lagi..bacalah di sini Ayat yang dimerahkan ada makna yang mendalam...siapa yang faham..maka fahamlah. Malas nak buka buku 22 tahun pemerintahan chedet...'kamceng' betul Najib dengan chedet sampai diberikan 'kesemua peluang'... Apapun senang cerita chedet cuba buat 'come back'...

Tazkirah tentang aurat oleh Wardina Safiyyah




# Beliau bangga dengan identiti diri sebagai wanita Islam dan beliau menterjemahkan rasa bangganya dengan menurut tuntutan Allah..bagaimana dengan mereka yang belum teringin menutup aurat..tidakkah mereka bangga menjadi wanita Islam???

Aurat (bahasa Arab: عورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau
* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]

Sabtu, 27 Mac 2010

umno dah lemah..banyak penyakit


Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
baca lagi..

# Ni pengakuan mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO sendiri..

Dah lebih 50 tahun memerintah..macam macam penyakit yang disimpan..nak diubati..dirawat takut rugi..tak percaya pada ubat penawar yang mujarab..ketinggalan zaman..tak relevan..tak sesuai dengan masyarakat majmuk..

Ingat ingatlah pengundi di Parlimen Hulu Selangor..umno dan Bn dah tak larat..dah lemah..banyak penyakit..payah nak ubat..

Keliru ni...





mesyuarat agung perkasa...perhimpunan agung umno...mesyuarat agung perkasa...perhimpunan agung umno....macam kembar pulak......

Jumaat, 26 Mac 2010

Isu judi malu dengan MP Non Muslim..isu arak malu dengan Brunei

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsudin mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menilai semula amalan menjadikan hasil judi untuk menampung perbelanjaan yang turut ditolak masyarakat bukan Islam.

Bercakap kepada TV Selangor, Abdul Ghani menyarankan pimpinan Umno-BN seharusnya tidak menggalakkan amalan perjudian ini, apatah lagi meluluskan 60 cabutan khas untuk 2010.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan untuk pembangunan negara.

baca lagi...

Bandingkan pula dengan ini..

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

baca lagi...

# menteri Brunei menolak arak kerana yakin akan dilaknat jika penjualan arak dibenarkan,bagaimana pula dengan Menteri di malaysia..arak dan judi bukankah dua beradik yang berlainan nama tapi sama asalnya datangnya...perkara yang diharamkan Allah swt.

Krisis Istana: Tengku Abdul Halim sah dilantik Pengerusi MPN

KOTA BARU, 26 Mac — Tengku Abdul Halim Alhaj Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Hamzah.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias di sini sebentar tadi.

Perkembangan terbaru di sebalik krisis Istana Kelantan ini diumumkan ketika polis masih menahan Setiausaha Sulit Sultan Kelantan untuk siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

Semalam Wan Hashim, yang minggu lalu mendakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, membuat pengumuman mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja manakala Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi majlis itu.

Difahamkan ia hasil mesyuarat khas MPN yang diadakan tengah malam tadi.

sumber

Rabu, 24 Mac 2010

Terlondeh habis kain...dedah lagi..


Datuk Abdul Ghapur Salleh,ahli Parlimen Kalabakan yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP yang menang atas tiket PKR yang kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

#
Zahrain..orang lain yang nak dipukul..orang lain pulak yang lebam..
Benarlah apa yang Allah katakan:

"manusia merancang,Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah lebih baik."

Zahrain kata dia takkan tarik balik kenyataannya..bermakna dia yakin dia cakap yang benar maka bila dia benar kita tunggulah siapa 30 MP lagi yang dikatakan nak melompat parti.

Ramai rupanya MP BN yang tak setia dengan parti....

Pejuang tulenpun ada saham judi??


Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

Malaysiakini

# Samada lesen judi itu diluluskan atau tidak,judi tetap pekerjaan yang diharamkan dalam Islam. Takkan menjadi pejuang tulen atas nama bangsa saja tapi tidak pejuang tulen ad din Allah....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

{Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan: QS: AL-Maidah ayat 90}

Selasa, 23 Mac 2010

Slogan 1Malaysia lompang


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.

"Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.

"Tetapi ada pula di kawasan yang padat penduduk tapi sekolah tidak mencukupi. Bilik darjahnya tak cukup, makmal komputer runtuh kerana masih ada salah urus, rasuah yang perlu disiasat," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan terdahulu bertanggungjawab terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan yang berleluasa hari ini kerana ianya diwarisi oleh mereka.

"Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Jadi kerajaan hari ini harus berani menyatakan kesalahan pemimpin yang lalu," katanya.

Beliau menambah, slogan 1Malaysia akan juga menjadi seperti slogan yang terdahuliu jika kerajaan hanya memikirkan slogan pada zahirnya, tanpa berusaha meningkatkan mutunya.

"Media yang hanya mengiklankan 1Malaysia, sehingga salam pun 1Malaysia, bukan mengisi modal insan akan menyebabkan slogan 1Malaysia menerima nasib yang sama dengan slogan yang terdahulu," katanya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyentuh mengenai media yang semakin tidak bermutu kerana lambakan rancangan hiburan yang melampau, mendahului fungsinya sebagai penyebar ilmu dan maklumat kepada rakyat.

"Media ialah alat mengilmukan rakyat tapi sekarang ini media dipenuhi oleh hiburan yang melampau. Media bukan lagi menjadi alat untuk kita mendapatkan ilmu yang berfaedah sebaliknya hanya menjadi penting ketika adanya pilihan raya kerana media digunakan Umno/BN untuk memenangkan mereka.

“Rakyat sedang diperbodohkan kerajaan melalui media dengan menyiarkan iklan-iklan yang melampau menjadikan rakyat lebih berkhayal di alam impian daripada berilmu dan beramal di alam nyata," katanya.

Menyentuh mengenai sistem kehakiman pula, Beliau berkata, sehingga kini sistem itu di Malaysia belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada rakyat.

"Betapa besarnya bidang kehakiman, sehingga Islam meletakkannya dalam perkara fardu kifayah dan menjadi perkara fardu ain pula kepada pengamalnya. Oleh sebab itu, Islam meletakkan sistem ini terpisah dengan sistem lain," katanya.

Isnin, 22 Mac 2010

Keluhan bakal 'mantan' KPN..


Apa sebenarnya yang cuba Tan Sri Musa Hasan nak sampaikan dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia baru baru ini. Pengakuan beliau adanya campurtangan pihak ke tiga..siapa gerangannya??? Hakikatnya bukan isu baru tapi bila 'direfresh' sendiri oleh KPN..itu sesuatu yang baru..

Menurut beliau "....apabila seorang ketua boleh diperkotak katikkan...". Sesuatu yang membimbangkan kerana kalau KPN boleh 'diperkotakkan',bagaimana dengan orang bawahan..apakah boleh 'diperbudakkan'? Di mana pula kewibawaan pasukan keselamatan negara?

Sejak bila pula Musa Hasan baru menyedari adanya campurtangan ketiga. Adakah bila menyedari ada pihak yang tak sabar sabar melihat beliau bersara September nanti. Seperti kata beliau ""Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan."

Apapun kenyataan Musa Hasan mengundang pelbagai persepsi negatif. Langkah untuk memulihkan kembali kepercayaan kepada Pasukan keselamatan amat perlu. PDRM perlu bebas dari sebarang tangan tangan ghaib..bukan seperti seorang dua MP yang jadi 'bebas' baru baru ini. Kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk perbelanjaan Suruhanjaya Membaiki Prestasi Polis tetapi malangnya rakyat tidak nampak ada hasil yang berkesan.

Tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyat mesti menjadi agenda utama pasukan polis. Bukan sekadar menjaga beberapa kerat golongan tertentu. Biarlah ianya Berkesan dan dilihat berkesan. Bersih dan dilihat bersih dan tidak menjadi alat politik kepada mana mana pihak. Barangkali Musa Hasan baru sedar langit itu tinggi atau rendah...

Ahad, 21 Mac 2010

Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar.


Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja. Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak). Jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja”.

“Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno. Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok”.

“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu”.

“Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut. Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat”.

“Jangan cabar, waktu wedding anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita”.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudahlah Pasir Salak. Pasir Salak duduk dahulu. Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung,

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar”.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata,

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni?

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah”.

“YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut”.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

Sambung Saifudin lagi,

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok”.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya.

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu. Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?”

“Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama”.

Tempat : Dewan Rakyat, 19 Mac 2010

dango mamamat

#Macam mana nak mengharapkan rakyat yang dipimpin menjadi masyarakat yang baik dan berakhlak Kalau pemimpin sendiri kaki arak,kaki judi..Ciptalah apa jenis sloganpun takkan memberi apa apa makna..bila pemimpin sendiri berakhlak buruk.

Rabu, 17 Mac 2010

Kebesaran dan kemuliaan ayat ayat Allah



# "Al quran ini adalah sebagai pedoman bagi manusia,petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini" (Al Jaasiyah 45:20)

Al Quran satu-satunya kitab yg banyak mengandung keajaiban robbani yang luar biasa. Keindahan susunan kata dan kalimatnya ataupun gaya bahasanya tak ada yg mampu menandinginya sekalipun bangsa arab yang ahli dalam sastera bahkan seandainya semua manusia dan jin berkumpul dan saling menolong nescaya tidak akan mampu membuatnya. Banyak kisah-kisah di dalamnya tentang hal-hal masa lalu yg terbukti nyata pada saat sekarang ini.

Betapa agungnya Al-Quran dan betapa besarnya kasih sayang Allah Ta’ala kepada kita semua maka diturunkanNya Kitab mulia yg menunjukkan manusia ke jalan yg akan menyelamatkannya sekaligus menganugerahkan keutamaan-keutamaan yg tak terhingga di dalam menyusuli jalan tersebut.

Membaca Al-Qur’an mendatangkan rahmat Allah Ta’ala ” Sesungguhnya orang-orang yg selalu membaca Kitabullah dan mendirikan shalat serta menafkahkan sebahagian rezekinya yang telah kami anugerahkan kepadanya secara diam-diam dan terang-terangan mereka mengharapkan suatu perniagaan yang tiada rugi agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha mensyukuri“. . Sebhagian ulama berpendapat bahawa membaca Al-Qur’an itu lebih utama dari pada membaca tasbih tahlil dan dzikir-dzikir lainnya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Perumpamaan seorang mukmin yg membaca Al-Qur’an ialah ibarat buah utrujjah baunya harum dan enak rasanya sedangkan perumpamaan orang mukmin yg tidak membaca Al-Qur’an adalah ibarat buah kurma tidak berbau tapi manis rasanya. Adapun perumpamaan orang munafik yg membaca Al-Qur’an ialah bagaikan wewangian baunya harum tapi pahit rasanya sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah bagaikan buah hanzolah tidak berbau lagi pahit rasanya“.

Berdasarkan sabda Rasulullah ini,di manakah letaknya diri kita. Adakah sekadar membacanya tanpa mengambil peraturan dan arahan di dalamnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita. Alangkah ruginya andai kehebatan Al Quran hanya dijadikan satu hiasan dan diperlukan hanya bila sudah terdesak. Sedangkan Ayat ayat Allah bukan sekadar penawar ketika sakit tetapi lebih utama adalah syariat dan peraturan yang wajib dipatuhi.

Selasa, 16 Mac 2010

UMNO: Harimau patah kuku dan taring

Kenapa mendidih darah?
Mendidih darah kerana orang buang bayi.

Kenapa orang buang bayi?
Kerana pasangan lahir anak luar nikah.

Kenapa lahir anak luar nikah?
Kerana pasangan berzina?

Kenapa berzina?
Kerana nafsu terangsang?

Kenapa nafsu terangsang?
Kerana banyak hiburan, majalah 'ghairah'. VCD lucah, rumah 'urut', pergaulan bebas, kurang didikan Agama, pengaruh TV dan berbagai-bagai maksiat lagi.

Kenapa jadi begitu?
Kerana Kerajaan tidak serius membasmi segala gejala maksiat dan tidak serius melaksanakan hukum Islam. Punca maksiat tidak dibendung, hanya ghairah buat ceramah agama dalam TV.

Kerajaan mana?
Kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Macamana mereka boleh bentuk Kerajaan?
Kerana sebahagian daripada tuan/puan memberi undi kepada mereka.

Kenapa tuan/puan memberi undi kepada mereka?
Kerana tuan/puan 'sayang' kepada mereka kerana dapat sedikit 'habuan' dunia.

Habis tu, kenapa boleh mendidih darah kerana banyak kes buang bayi?
Tak payah, mendidih darah. Mendidih darah macam harimau patah kuku dan taring, hanya tahu meraum dan meraung kemarahan

al brangi

Isnin, 15 Mac 2010

ADUN 'bebas' khianati amanah


Bertanding dan menjadi Ahli Parlimen Bebas tidak salah tetapi mengisytihar diri sebagai Ahli Parlimen Bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu, jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Demikian penegasan pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah kepada TV Selangor.

Kebelakangan ini beberapa Ahli Parlimen yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisyihar keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi.

Sesetengah mereka pula mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra Barisan Nasional walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat.

Abu Hassan mengkategorikan mereka yang melompat parti , kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen Bebas sebagai tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah rakyat.

“Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah yang melompat keluar daripada parti dan kita dah sebut dari awal tadi dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," katanya.

Hassan menyifatkan calon Bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.

“Tetapi dalam pilihanraya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran-kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minority yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tapi mereka tidak berpihak pada parti A parti B," tegasnya.

sumber

Ahad, 14 Mac 2010

Perkahwinan 1 Malaysia......


Perkahwinan dalam Islam merupakan satu ikatan yang suci dan murni. Islam mengajar keutuhan institusi kekeluargaan dan pembentukan syaksiyah anak anak bermula dari pemilihan jodoh yang menepati kehendak syarak. Bermakna bermula dari pemilihan pasangan hinggalah kepada pelaksanaan majlis perkahwinan itu sendiri.

Sayang bila kemuliaan perkahwinan yang dimulai dengan ijab dan qabul yang menyatukan kedua pasangan kemudiannya dicemari dengan agenda yang tidak sepatutnya..

...Najib selaku tetamu kehormat diberi penghormatan menepung tawar dan merenjis air mawar kepada pasangan Adlee dan Nursalina, Norazrina dan Mohd Ezad serta Kejenthiran dan Subashini....

Yang lain baca di sini..

ADUN Damansara Utama Patah Kaki Dalam Kemalangan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin patah kedua-dua kaki serta jari kelingking kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu.

Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya.

Che Husin berkata, "Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway.

"Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing dilaporkan memandu bersendirian".

Sabtu, 13 Mac 2010

Kerusi panas MB Terengganu


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta orang ramai supaya tidak melayan spekulasi berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tersebar meluas melalui sms sejak akhir-akhir ini.

Pengerusi Badan perhubungan UMNO Terengganu yang juga menteri dalam negeri tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu melaga-lagakan Umno Perhubungan Terengganu dan menggugat keharmonian badan itu.

"Sejak saya turun ke Terengganu, saya menerima SMS dan mendengar cerita dari kedua-dua pihak (dalam Umno) dan pembangkang mengenai kedudukan menteri besar.

"Ia bukan datang dari puak-puak dalam Umno negeri, tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia dilakukan oleh individu tertentu. Namun ia tidak akan menentukan jatuh bangunnya Umno Terengganu," katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat parlimen Kemaman di Chukai hari ini.

Hishammuddin berkata sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, beliau hanya mengiktiraf mereka yang diterima rakyat, menjalankan kerja bersunggguh-sungguh dan menolak politik sempit seperti politik peribadi dan bahagian.

Beliau turut meminta supaya media tidak mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin dan SMS yang tersebar berhubung perkara itu.

"Kenapa nak percaya SMS sedangkan media berdepan dengan MB hari-hari, kalau MB meletakkan jawatan, beliau tidak akan berada bersama kita hari ini.

"Jangan terikut-ikut dengan mereka yang sengaja nak memperalatkan media dan media jangan benarkan mereka memperkudakan (media) supaya kita berlaga,"
katanya.

Sumber

# Nak kata Datuk Seri tak tahu cerita tak mungkin..Barangkali cuma baris baris ayat penyedap hati Mat Said.Yang duk bersilat,berteakwando,bertinju..puak puak deme jugak..

Siapakah "mereka" yang memperkudakan media??? Adakah Pakatan Rakyat??? Jawablah sendiri....

Khamis, 11 Mac 2010

Zul Nordin nak buat roadshow pulak...


Zulkifli Nordin minta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

Beliau mendakwa menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Bahkan selepas dipecat dari PKR
banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada PRU13.

Zulkifli juga membayangkan bahawa seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi.

“Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi,” katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.

sumber

#Rupanya yang keluar PKR semua yang 'berkualiti'..habislah PKR yang tinggal semua tak ada kualiti. Yang berkualiti tu Brand apa agaknya...jangan cap ayam dah..

Kalau mengaku berkualiti tak payah buat roadshow..barang berkualiti ni walau jual mahalpun orang akan datang cari..

Rabu, 10 Mac 2010

Muhyidin kata TGNA tak hormat mufti...

Kecaman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap Tan Sri Harussani Zakaria menunjukkan Mursyidul Am Pas itu langsung tidak menghormati golongan mufti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu juga membayangkan yang beliau menganggap dirinya terlalu 'pandai' berbanding ulama lain.

''Ini semua berpunca daripada politik. Nik Aziz melebihkan hal politik daripada benda lain dan akhirnya ini yang berlaku. Disebabkan politik Nik Aziz tidak menghormati ulama seperti Tan Sri Harussani,'' katanya.

...Muhyiddin berkata, beliau telah membaca kenyataan penuh Harussani dan percaya Mufti Perak itu menjalankan tanggungjawab serta peranannya untuk menyatukan umat Islam...


yang lain baca sini


# Mengata dulang paku serpih..mengata orang aku ni yang lebih...

Bila ada mufti fatwakan haram Jom Heboh..sapa yang tak dengar kata..

Bila mufti fatwakan haram bertafakur di Tugu..sapa yang tak ambil pok..

Bila mufti arahkan serbuan dan tangkap gadis yang bermaksiat di pub..sapa yang duk bela gadis tu dan hentam mufti yang akhirnya terpaksa mufti lepaskan jawatan..

Ada baiknya yang bercakap bertanya mufti tu apa fatwanya tentang anak gadis sendiri yang jadi penyanyi...


Kenali siapa Zulkifli Nordin...


Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.

Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Zukifli Sulong

Selasa, 9 Mac 2010

Kes qazaf: Zul Noordin tarik diri dari bela Anwar


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, tidak akan mewakili kes qazaf Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan hari ini turut dimuatkan dalam blognya lewat petang ini.

Dalam surat itu, Zulkifli tidak menyatakan sebab beliau menarik diri daripada mewakili Anwar.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Zulkifli berkata beliau sendiri memutuskan untuk menarik diri selepas mengambil kira perkembangan semasa yang tidak lagi kondusif untuk menganggotai pasukan guaman Anwar.

“Ini keputusan profesional saya... saya sendiri yang membuat keputusan, tiada tekanan daripada sesiapa termasuk Anwar sendiri. Malah, Anwar sendiri tidak menghubungi saya,” kata beliau yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Zulkifli menambah, beliau mengambil keputusan itu selepas firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi menghubunginya kira-kira 4 petang tadi memaklumkan wakil rakyat itu masih merupakan peguam utama kes ini.

Kamar Aniah Kamaruzaman dari firma guaman itu merupakan seorang lagi peguam pasukan Anwar dalam kes ini.

“Bagaimanapun selepas berbincang dengan kawan-kawan saya susulan panggilan itu (dari firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi), saya memutuskan untuk menarik diri.

“Saya merasakan jika saya terus mewakili Anwar dalam kes ini, saya akan terpaksa berkompromi dalam prinsip-prinsip saya.

“Jadi adalah lebih baik saya berundur daripada mewakili kes ini,” katanya lagi.

Kes qazaf dijadual untuk disebut semula pagi esok.

selanjutnya di sini

Air Sebagai Perakam Suara Terbaik

Setiap kali kita rasa dahaga, kita pastinya akan mendambakan air yang sejuk menusuk ke esofagus. Terasa nyaman sekali jika pada hari yang panas terik, kita dapat berendam di dalam air yang sejuk dan jika sejuk berendam dalam air panas.

Dari sudut sains pula, air amat penting sebagai pelarut terbaik bagi kebanyakan bahan kimia, baik di dalam operasi makmal ataupun secara semulajadi. Contohnya, larutan-larutan akues dalam makmal semuanya menggunakan air sebagai pelarut.

Dari segi anatominya pula, air merupakan medium tindakbalas kimia dalam badan manusia yang juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Begitulah hebatnya ciptaan Allah yang bernama H2O ini. Kombinasi hidrogen dan oksigen mampu untuk menjelajah dari sekecil-kecil rongga hingga seluas-luas muka Bumi ini. Mana tidaknya, airlah yang menguasai dunia.

Pada mata kasar ia nampak lembut, lemah gemalai dengan aliran yang menyenangkan. Tapi juga boleh menyebabkan malapetaka yang dasyat sehingga tidak mampu dibendung manusia. Ia juga boleh diangkut ke langit dengan kuantiti yang amat banyak hingga mampu menenggelamkan perkampungan manusia. Itulah kuasa Allah pada air.

Kali ini, saya ingin membawa para pembaca meneroka dengan lebih jauh lagi dalam skop yang lebih halus. Perkara utama yang saya ingin utarakan ialah pemerhatian terhadap air secara nano terhadap molekul air yang sangat lembut jiwanya dan sebagai pendengar yang baik.

Profesor Masaru Emoto dari Jepun yang merupakan seorang pengkaji air telah mengakui akan kekuasaan Maha Pencipta. Beliau yang asalnya seorang berfahaman Atheis dan pemikir bebas akhirnya percaya akan kekuasaan Pencipta.. Dengan menggunakan mikroskop khas untuk melihat molekul air, beliau telah menyingkap rahsia kejadian air, yang seolah-olah berperasaan, dan boleh mendengar. Mari kita lihat hasil pemerhatian beliau.

Gambar di sebelah menunjukkan molekul air zam-zam, air terbaik di dunia. Molekul air bersimetri ini umpama kristal dengan bucu-bucunya yang menjadi tapak tindakbalas menjadikannya bahan pelarut terbaik untuk badan manusia. Sukar untuk saya terangkan apa fungsi bucu kristal pada molekul ini kerana ia memerlukan satu penjelasan yang amat panjang. Tetapi, kesimpulan yang boleh saya berikan ialah, bucu itu sebenarnya boleh menarik seperti magnet, bahan-bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan.


Gambar di atas pula menunjukkan perbandingan antara pembentukan molekul air yang dibaca dengan ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata kesat. Gambar di sebelah kiri merupakan gambar molekul air yang diperdengarkan dengan ayat Al-Quran. Molekul-molekul yang terbentuk adalah berbentuk bunga-bunga kristal. Manakala di sebelah kanan pula ialah gambar molekul-molekul air yang di hamburkan kata-kata kesat dan sumpah seranah. Bentuk molekul air serta merta berubah dan kelihatan hancur lebur strukturnya.

Oleh itu, dinasihatkan agar kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum minum. Inilah satu lagi bukti kehebatan ciptaan Allah. Air sebagai Walkman semulajadi.






Akademik Fisabillah

Isnin, 8 Mac 2010

Malaysia perlu kepada Syariat Islam


Malaysia dan sebahagian rakyatnya telah hilang nilai budi serta peri kemanusiaan . Malaysia seperti gelanggang maut yang menyaksikan tragedi demi tragedi yang kejam dan sadis. Bunuh,perkosa,ragut,rompak,samun,dera,buli,khianat,seksa,bunuh diri,ugut, pukul,langgar lari,culik dan 1001 jenayah akan terus mewarnai pertumbuhan tamaddun negara tercinta ini . Bahkan percaya atau tidak,kalian boleh lihat bagaimana tiada seharipun akhbar utama dalam negara kita diterbitkan tanpa melaporkan tragedi-tragedi tersebut.Ertinya jenayah-jenayah ini berlaku setiap hari "non stop" dalam negara kita dan semakin hari semakin kejam,semakin hari semakin bertambah kes jenayah .

Saya ambil contoh hari ini [5 mac 2010] sebagai "kajian kes" dan saya cadangkan kepada semua supaya memerhatikan setiap hari bagi hari - hari selepas ini:

1) Muka depan Berita Harian : Budak 18 bulan [K Haresvarran a/l S Karigalan] mati dipukul dan dipijak jiran sehingga pecah hatinya dan tulang rusuknya patah 6 .

2) Muka 15 Berita Harian : seorang wanita ditemui mati dengan lehernya dijerut dan dikelar di tepi jalan dalam kebun tebu di Kampung Hamid Tuah Jalan Ikan Yu Teluk Gong Pandamaran Klang .

3) muka 15 Berita Harian : Seorang wanita [Suhana Mohd Shariff 26] maut ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang wanita lain yang disyaki teman rapatnya .

4) Muka 15 Berita Harian : Dua pelajar dirogol dalam kejadian berasingan dan seorang daripadanya dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan mangsa hanyalah berusia 13 tahun dan ianya berlaku dalam daerah Batu Gajah .

5) Muka 15 Berita Harian: Seorang wanita warga emas [Siti Bidah Hussain 56] ditemui mati dan dipercayai dibunuh akibat dipukul dengan senjata tumpul dalam kejadian di Taman Harmoni Berangan Tumpat Kelantan .

6) Muka 17 Berita Harian: Polis menembak mati dua lelaki dengan seorang dari mereka ialah seorang pengamal perubatan tradisional kerana terbabit dalam jenayah samun dalam kejadian tembak menembak di Jalan Chenor-Kuala Bera Pahang .

Sekarang saya bawa pula contoh kes jenayah,maksiat dan perlakuan manusia yang telah hilang nilai budi dan peri kemanusiaan di akhbar Harian Metro. [saya tidak lagi memaparkan kes yang sama dilaporkan dalam Berita Harian pada hari yang sama iaitu pada jumaat 5 mac sebaliknya saya catatkan laporan kes yang berbeza bagi menunjuk angka dan jenis kes yang berbeza yang dilaporkan berlaku pada berita 5 mac sahaja pula hanya dari 2 akhbar iaitu Berita Harian dan Harian Metro]

1) Muka surat 16 Harian Metro: Seorang lelaki warga emas [Munip Omar 71] patah tulang pinggul dan akhirnya meninggal dunia kerana bergelut dengan peragut ketika cuba membantu isterinya yang direntap rantai lehernya oleh peragut tersebut di Bukit Pegoh Telok Mas Melaka .

2) Muka surat 17 Harian Metro: Seorang tua berusia 52 tahun telah dicekup kerana memecah masuk dan melarikan wang tunai serta harta benda di rumah jirannya sendiri di jalan Dedap 45 Taman Johor Jaya Pasir Gudang Johor .

3) Muka surat 24 Harian Metro: Seorang lelaki dalam lingkungan 40an berjaya diberkas setelah menyorokkan dadah dibawah alas kakinya kira-kira jam 5 petang di Kilometer 48 Jalan Batu Balik Pekan .

4) Muka surat 25 Harian Metro; Berita mengenai satu sindiket penipuan yang beroperasi di Kuala Lumpur berjaya dikesan setelah menyamar sebagai wakil pengiklanan akhbar ini dan menggunakan nama Kementerian dalam negeri untuk memperdaya peniaga yang membuat iklan di Harian Metro . Mereka dilaporkan meminta sejumlah wang untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan .

Demikianlah antara contoh-contoh yang ingin saya paparkan di sini, tidak termasuk laporan mengenai gelagat artis atau individu yang mengiurkan dengan aksi seksi mereka sebagai cover akhbar atau majalah bagi membuktikan bahawa negara sedang mengalami proses penghakisan nilai budi,akhlak,moral dan peri kemanusiaan yang kian parah. Apa yang sebut di sini hanya dari 2 akhbar pada hari ini [ 5 Mac ] .

Bagaimana dengan laporan semalam dan sebelumnya ? pastinya kes belum reda dan mampu dilupakan seperti kekejaman yang menimpa adik Syafiah Humairah Sahari (3 tahun) pada khamis lalu kini negara digemparkan pula dengan kekejaman yang menimpa adik Haresvarra [18 bulan]. Entah kekejaman jenis apa pula yang dilaporkan oleh media untuk esok,lusa dan seterusnya .

Negara kita semakin sarat dengan jenayah kejam dan sadis. Negara kita juga mampat dengan maksiat dan mungkar. Kategori jenayah dan jenis maksiat mana yang tiada dalam negara kita bahkan kini tidak lagi dihitung mengikut tahun,bulan dan minggu atau hari tetapi jenayah dan maksiat dalam negara kita kini dihitung mengikut minit . Begitulah pesatnya perkembangan jenayah dan maksiat malah ianya semakin profesional dan terlatih .

Undang-undang ciptaan manusia biar apa namanya sekalipun serta kadar mana berat hukumannya,ternyata tidak berupaya dan tidak berkesan untuk membendung jenayah dan maksiat ini . Lebih menghairankan apabila ia semakin bertambah sementara ia hanya diukur melalui jenayah dan maksiat yang dilapor oleh media. Bagaimana dengan maksiat dan jenayah yang tidak dilaporkan kerana malu dan takut kepada ugutan seperti kes rogol,ah long dan lainnya. Perkembangan maksiat dan jenayah semakin pesat selari dengan kepesatan pembangunannya dan semakin profesional selari dengan pertumbuhan universiti dan jumlah intelektual yang dihasilkannya .

Persoalannya kenapa masih degil dan enggan untuk melaksanakan syariat Islam dalam sistem pemerintahan dan perundangan negara? Sedang ia adalah sistem dan peraturan dari Allah swt Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Mengetahui .

Setelah jelas disaksikan dengan mata kepala bagaimana undang-undang dan sistem ciptaan manusia ini gagal dan tidak berkeupayaan untuk membersihkan negara dari dosa jenayah dan noda maksiat,kenapa masih ada yang angkuh dan sombong untuk menerima perlaksanaan syariat Islam sebagai alternatif? lebih pedih apabila yang menolak syariat ini ialah sebahagian ummat Islam dan pemimpinnya sendiri!.

Ustaz Nasarudin Tantawi

# Kadang tak sanggup nak baca akhbar yang berlumba lumba memaparkan kes kes jenayah. Bermacam cerita jenayah..kalau kes rompak dah tak berlaku malam saja..siang haripun melambak..kalau kes rogol macam tabiat baru,rogol beramai ramai..menakutkan apa lagi bila kita mempunyai anak anak gadis..risau memanjang. Sesungguhnya Allah telah mengangkat hijab rasa malu untuk melakukan kemungkaran.

Yang terbaik kembali kepada perundangan yang Allah telah tetapkan. Allah swt yang menciptakan manusia maka Allah mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. susah sangatkah nak menerima syariat yang diolah dengan baik oleh Pencipta kita sendiri?

CD fatwa Dr Yusuf Qardawi dalam isu liwat


Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Dalam ceramahnya, Anwar berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

sumber

Sumayyah : srikandi Islam pertama



SUMAYYAH Khayyat adalah wanita pertama syahid pada jalan Allah sebelum hijrah. Pengorbanan beliau adalah simbol kebesaran Islam dan menjadi teladan kepada semua umat.Sumayyah hidup sebatang kara dan menjadi hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah, hartawan Bani Makhzum yang terkenal. Beliau adalah isteri kepada Yasir, pedagang yang datang ke kota Makkah untuk mencari saudaranya yang hilang.

Saudara yang dicari Yasir tidak ditemui lalu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di kota Makkah kerana terpegun dengan kemakmuran di situ. Namun disebabkan kehidupan di kota Makkah yang mengutamakan hidup bersuku-suku, Yasir akhirnya meminta perlindungan daripada Bani Makh-zum. Kemudian, Yasir ditempatkan di bawah jagaan Abu Huzaifah yang turut menjaga Sumayyah.

Akhirnya, Yasir dikahwinkan dengan Sumayyah dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar dan Ubaidullah. Lama-kelamaan, kedua-dua anak mereka meningkat dewasa, manakala umur Sumayyah serta suaminya pula kian bertambah.

Pada permulaan Islam, dakwah Islamiah yang dibawa Nabi Muhammad menarik perhatian segelintir masyarakat Arab Jahiliah. Sinar Islam yang dibawa Nabi Muhammad turut membuatkan salah seorang anak Sumayyah, Ammar untuk mendalaminya.

Justeru, beliau memeluk Islam lebih-lebih lagi selepas tertarik dengan ajarannya yang tidak membezakan darjat antara manusia. Sesudah itu, Ammar berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada keluarganya lalu akhirnya mereka turut memeluk Islam tanpa syak wasangka.

Bagaimanapun, sikap golongan Quraisy yang rata-rata menyembah berhala agak lantang terhadap Islam. Mereka memusuhi Islam yang dibawa Rasulullah dan menyeksa mana-mana individu yang memeluk agama itu.

Mereka amat berharap agar kaum Muslimin kembali kepada agama nenek moyang. Walaupun diugut oleh golongan Musyrikin, Sumay-payah langsung tidak gentar sebaliknya menegaskan kebenaran Islam yang dianutinya. Baginya, pilihan itu adalah tepat dan benar.

Peristiwa Sumayyah memeluk Islam turut diketahui Bani Makhzum. Akibatnya, Sumayyah dan ahli keluarganya ditangkap serta diseksa termasuk dijemur di bawah pancaran cahaya matahari.

Mereka diseksa dengan kejam tanpa belas kasihan daripada orang kafir itu. Seksaan Sumayyah lebih teruk lagi di mana beliau ditabur dengan pasir yang panas dan diletakkan batu besar di atas tubuhnya.

Namun, keimanan beliau kepada Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak pernah merintih kesakitan. Sebaliknya, perkataan yang keluar dari mulut beliau hanya ‘Ahad! Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Satu)’.

Keadaan itu menambahkan lagi kemarahan Bani Makhzum dan mereka terus menyeksa Sumayyah agar kembali kepada agama asal. Sumayyah dan keluarga tetap tidak berganjak daripada keputusannya walaupun diseksa dengan kejam.

Semua penduduk Makkah menyaksikan penyeksaan itu, namun tidak ada yang mampu berbuat apa-apa kerana takutkan ancaman Bani Makhzum. Rasulullah yang melintasi tempat itu bersimpati dengan nasib Sumayyah dan keluarganya. Lalu Baginda bersabda: “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga”.

Kewibawaan Sumayyah kian terserlah sebaik saja mendengar kata-kata Rasulullah. Iman beliau kian bertambah kerana janji yang diucapkan Baginda adalah benar. Lagi pun Sumayyah hanya seorang wanita dan tidak mampu menghalang seksaan itu, namun beliau tetap tabah menghadapinya.

Sesungguhnya, ketabahan yang ditonjolkan Sumayyah amat mengagumkan umat Islam. Malah, Bani Makhzum berasa tercabar dengan ketabahan beliau dan merasa amat benci.

Kemudian, Abu Jahal, terus memujuk Sumayyah agar kembali ke agama asal mereka namun ia tidak diendahkan Sumayyah. Kata-kata yang disebut Sumayyah melukakan hati dan menghilangkan kesabaran Abu Jahal lalu menikam pangkal dada Sumayyah dengan pedangnya tanpa perasaan simpati.

Sumayyah akhirnya terkorban dan peristiwa berkenaan disaksikan seluruh penghuni kota Makkah ketika itu. Suaminya, Yasir turut terkorban selepas kematian Sumayyah.

Syiar Islam yang dipegang oleh Sumayyah melambangkan kebenaran dan kebesaran Allah. Selepas kematian Sumayyah, orang Islam di kota Makkah berhijrah ke Madinah dan membuka era baru dakwah Rasulullah.

Pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal akhirnya menemui ajal dalam Perang Badar selepas bertarung dengan tentera Islam. Sesungguhnya, peristiwa kematian Sumayyah adalah lambang pengorbanan sejati dan menjadi semangat kepada seluruh umat Islam.

Ahad, 7 Mac 2010

Bertuahnya kaki golf...



Duti Import Bugi Golf Dimansuhkan, Umum PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kelab-kelab golf Ahad diberikan hadiah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan bahawa duti import bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu perkembangan industri golf di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila beliau menyampaikan hadiah-hadiah Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank kepada pemenang, pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul.

"Saya dimaklumkan bahawa salah satu cara yang kita boleh bantu dalam pembangunan kualiti padang golf di negara ini serta bagi memastikan kelab golf menyediakan kemudahan lebih baik ialah dengan memberikan pertimbangan dengan memansuhkan duti import bugi di negara ini.

"Jadi, pada majlis ini, sebagai Menteri Kewangan, saya ingin mengumumkan pemansuhan serta merta duti import semua bugi golf di negara ini," kata beliau.

baca lagi


#Bertuah sungguh peminat golf dan mesra rakyat sungguh menteri Kewangan 1..
Tapi maaflah makcik makcik jual nasi lemak,tok peraih ikan,tukang kebun dan bla bla lagi..
sebut bugi golf bukan kenal pun..

Ni cuma untuk golongan elit saja....padang golf tu berekar ekar luasnya..bugi tu untuk memudahkan perjalanan agar tak penat nak kejar bola..High class tak macholah termengah mengah kejar bola golf..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive