Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Ahad, 7 Mac 2010

DS Anwar: Zul dipecat kerana prinsip


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan memecat wakil rakyat kontrorvesi Zulkifli Noordin semalam bukan bersifat peribadi tetapi satu usaha untuk mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat.

Dalam mempertahankan hukuman berat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjelaskan ia bukan satu tindakan disebabkan “keperluan politik.”

“Jika ia hanya kerana keperluan politik semata-mata, maka kami (sudah pasti) tidak memecat Zul Noordin.
“Tidak, ia adalah kerana prinsip, ia adalah kerana Pakatan, ia adalah kerana pegangan yang kita gerakkan dan yang kita berjuang,” kata beliau di Kepong malam tadi.

Beliau menambah, parti “terpaksa memecat” mereka yang tidak menyokong pendirian Pakatan Rakyat memperjuangkan pelbagai kaum.
“Niat kami adalah jelas. Zul, bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah soal prinsip,” kata beliau.

Zulkifli dipecat semalam oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR dan turut diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bharu.

Zulkifli dalam reaksi segeranya semalam berkata beliau tidak akan merayu agar hukuman dikurangkan dan enggan melepaskan kerusi Parlimennya.

Anwar memberitahu PKR tidak akan membenarkan sesiapa menjadikannya sebagai tebusan dengan mengeluarkan tuntutan mengikut kehendak dan cita rasa mereka sendiri.

“Tidak harus ada mana-mana pihak memberikan kata dua kepada kami. Jika mahu bersama, anda harus menyokong prinsip-prinsip Pakatan.
“Jika anda tidak menyokong, anda keluar,” katanya.
Tambah beliau mereka yang enggan menyokong Pakatan harus menyertai parti lain.
“Anda boleh sertai MCA, Gerakan atau Umno, yang akan dikuburkan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.TMI

3 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam kak umi,

sy nak kgsi sedikit pndapat pribadi yang mungkin berbeza dgn keadaan sekarang.

sy mmg tak setuju dgn pmecatan YB Zul, mmg jika dilihat dgn sikap agresifnya itu beliau dilihat salah. konsep perjuangan beliau lebih sesuai ketika zaman era 60/70-an dahulu kerana ketika itu perjuangan Islam sedikit berbeza dari segi keterbukaan dgn kaum lain, masih menebal dan konsep perjuangan masih belum ada keterbukaan seperti sekarang.

saya cuma membuat penilaian dari sudut kaca mata rakyat biasa yang menjadi pengndi kebanyakan, mereka sukar mendapat berita secara jelas memandangkan isu ni agak rumit dan kronologi kes ni agak panjang. rakyat mungkin menilai PKR dgn pelbagai persepsi negatif.

kena ingt, PKR dulu pernah tnggal satu kerusi sahaja, jgn kerana kuasa yang kukuh sekarang semakin berani menghukum sesiapa sahaja dgn cepat, mmg atas soal prinsip, tetapi jika dilihat dari semangat Islam YB Zul ni, sepatutnya boleh digunakan sebaik mungkin keberanian beliau mengkritik sesiapa sahaja (hampir sama saja dgn Pak Brahim Katak) kepelbagaian watak pemimpin ni menjadikan corak politik semakin menarik sebenarnya, tetapi mungkin MPP PKR takut dgn kelantangan beliau.

tentang isu lompat parti, selepas PRU12, siapa yang mula menyuarakan utk idea lompat parti ni? kalau bukan DSAI sendiri yang memulakan perang saraf utk menawan Malaysia dgn cara lompat parti.

sekarang terkena balik pada batang hidung sendiri, mmg ada banyak faktor (MP dibeli, masalah duit dan sebagainya) tetapi idea yang kurang bermaruah ni disuarakan dahlu oleh DSAI ketika PR da mula memperoleh kuasa pada PRU12 lepas.

kdg2, saya tgk pemimpin kita terlalu byk melihat salah pihak lain dari menilai dan bermuhasabah kembali kesilapan sendiri, pesanan Dato Harun Din dahulu, walaupun kita menang, tetapi jgn dgn kemengan ini kita jadi angkuh dan sombong.

kepada semua pemimpin PR dan penyokong (termasuk saya sendiri) kembali berpijak di bumi nyata, Kemenangan merupakan suatu ujian, kekalahan juga merupakan satu ujian. Ambil ikhtibar dari kedua-duanya.

salah dan silap mohon ampun :)

salam kak umi

uminas berkata...

Wsalam azhan..
Trima kasih atas komen yang diberi. Memang diakui bukan sedikit imej PKR tercalar dengan apa yang berlaku.

Akak bukanlah politikus yang layak mengulas situasi politik terkini.
Cuma pada akak, YB Zul terlalu laju dalam melontarkan kritikan. Mungkin sikap agresifnya ada kalanya diperlukan tapi beliau terlupa bahawa beliau berada dalam satu organisasi atau jamaah.

Memang berbeza pandangan perkara biasa,memberi kritikan dan teguran juga diperlukan dalam berorganisasi tapi biarlah berhemah dan bukannya sehingga membuka ruang untuk musuh mengambil kesempatan.

Banyak yang YB Zul tak setuju dengan PR. Banyak yang disanggah. Beliau merasakan pendirian beliau lebih betul. Konsep wala' diketepikan.

Pemecatan YB Zul memberi kebebasan kepadanya untuk bertindak tanpa terikat dengan peraturan parti. Kalau YB Zul tak sokong prinsip PR,orang dah tak heran. Kalau YB Zul nak hentam PR pun,beliau tak akan dihadapkan ke lembaga disiplin parti.

Pendek kata..Pemecatan YB ZUl memberi lebih kebebasan kepadanya untuk lebih lantang bersuara...

Mohamadazhan.com berkata...

salam akak, betul juga kan.sy kenal rapat jg dgn YB Zul dlu, org senegri, ksian pula dia, tapi mmg xbleh dinafikan salah dia tu.

bak kata orang, orang lebih berpengalaman lebih matang pemikiaran dari orang yg baru merangkak2 cm saya.hehe

benda ni mgkin jadi iktibar pada MP yang lain juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive