Apabila Ahli Parlimen Besut menyuarakannya di parlimen pada tahun 2001, Menteri Pelancongan ketika itu terperanjat dan berkata ia adalah satu ‘berita baru’ kepada kerajaan.
Namun kegiatan berjemur sambil berbogel ditepi pantai Pulau Perhentian dekat sini, terus menjadi amalan para pelacong Barat yang datang, saban tahun dari Mac hingga September.
Promosi berkenaan kegiatan itu boleh dijumpai dengan mudah di laman-laman ‘lonely planet’ yang memberikan khidmat perundingan percuma kepada pengembara, terutamanya kepada ‘backpacker’.
Justeru, kesan negatif dari kegiatan pelancong ‘diluar etika dan budaya’ Timur itu membimbangkan penduduk tempatan dan sekitarnya.
Selain dari ‘berjemur dan berbogel’ di pantai, para pelancong tersebut telah memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan dan minuman dalam keadaan berpakaian ‘menjolok mata’ itu.
Ramai pihak mendakwa ia adalah satu gejala sosial yang mesti dibendung oleh pihak berkuasa.
Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak serius membendung gejala sosial yang berlaku khususnya di Pulau Perhentian.
Katanya, sikap PAS terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.
“Masalah (gejala sosial) ini serius tetapi kerajaan (Barisan Nasional) tidak bersungguh untuk membendung gejala sosial yang semakin kronik berlaku dalam masyarakat kita.
“Sikap PAS dan mungkin sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri menangani masalah (gejala sosial) ini,” tegasnya.
Menurutnya, produk pelancongan bukan sekadar tertumpu kepada keindahan alam dan tempat tetapi budaya serta amalan masyarakat setempat wajar ditonjolkan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri membuat Pelan Strategi Pelancongan bagi jangka masa lima hingga 10 tahun yang sesuai dengan konsep Islam.
“Kita (PAS) cadangkan supaya kerajaan adalah ‘Pelan Strategi Pelancongan 5 hingga 10 tahun’ yang sesuai dengan konsep Islam dan budaya orang Melayu.
“Pendekatan KPI boleh digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan dan keberkesanan sesuatu pelan yang dilaksanakan dalam pelancongan,” ujarnya.
Justeru itu, Ustaz Wan Azhar mahukan kerajaan negeri memantau sebarang aktiviti pelancongan yang dibawa masuk ke negeri ini.
Baca selanjutnya
# Pernah minum di jeti ke Pulau Perhentian dalam misi meninjau suasana di jeti tersebut. Aksi pelancong suka berpakaian seksi boleh dilihat sepanjang berada di gerai makan tersebut. Bukan saja pelancong dari luar ..Mat dan Mek saleh tapi sikap yang sama pada pelancong yng berkulit sawo matang atau lebih tepat orang melayu kota yang melancong di sini.
Terdetik di hati,betapa kerosakan akhlak yang akan berjangkit pada masyarakat di sekitar kawasan tersebut. 'Alah bisa tegal biasa' kalau dah setiap hari dijamu dengan benda mungkar..akhirnya hati sudah tidak kenal mana dosa dan mana pahala..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan