Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 21 April 2010

Patutlah ada yang menggelar Umno parti 'shit'...


Serangan peribadi terhadap Calon PKR Hulu Selangor,Zaid Ibrahim sekali pandang seperti membuka semua keburukan yang ada pada manusia bernama Zaid Ibrahim. Bermula dengan kaki minum arak tegar dan kini dengan 'kaki judi'.

Walaupun Zaid mengakui semuanya adalah kisah lampau beliau semasa bersama UMNO dan menafikan beliau kaki judi. Dalam ghairah blogger pro UMNO dan media talibarut UMNO memainkan isu ini,mereka terlupa bahawa mereka merancang dan Allah juga merancang,maka perancangan Allah adalah LEBIH Baik.

Isu yang mereka mainkan tak lebih hanya mengesahkan lagi itulah sikap dan tabiat yang telah berakar umbi dalam UMNO. Arak dan judi hanya tidak menjadi kesalahan sewaktu bersama UMNO tapi bertukar menjadi dosa besar bila berada bersama PR.

Amat memalukan dengan apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang :"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,”.

Separuh dari jemaah Menteri itu siapa? Hitunglah wahai ahli umno..Apakah sebahagian besar dari jemaah menteri kita bukan beragama Islam? Lim Kit Siang tentu tidak hanya bercakap kosong tanpa bukti dan sesuatu dalam pengetahuannya.

Memalukan! Bila seorang bukan Islam mencabar Umno dan menteri beragama Islamu ntuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Rupanya UmNO sarat dengan kekotoran dan 'shit'. Itupun masih ada yang buka mata hatinya untuk melompat masuk ke bahtera yang dah 'lamaaa daah'...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biaq pi laa zaid nak minum kalau nak celebrate dia menang kat ulu selangor tue...
...ajak la sama guan eng, karpal,mutusamy,ah wong dan ramai lagi...kan 1 rakyat...

aku geram pasai apa tak letak calon pas kat kawasan melayu...
alih alih bekas katak juge yang di letaknye....

zaid....jom minum teh tarik mamak...

uminas berkata...

Salam sdra Tanpa nama..

Pertama bagus kalau letakkan nama tak kira Dolah ke Jebat ke..

Kedua..anapun geram sebab tak letak calon PAS tambah orang PKR asyik duk lompat TAPI..

1. Buat apa nak berebut kerusi sedangkan Hulu Selangor kerusi PKR..PR bukan BN..kawan makan kawan..

2. Zaid lompat dari yang buruk ke pada yang lebih baik..Dia dah insaf dan taubat..kenapa tidak diberi peluang pada orang yang dah bertaubat..sedangkan Khalid Al Walid sebelum bertaubat memimpin tentera Kafir untuk membunuh Nabi SAW tapi setelah Taubat beliau diberi kepercayaan untuk memmimpin tentera Islam.

3. Zaid telah mengakui sesuatu yang tak mungkin orang lain sanggup mengakuinya.

Selebihnya serahkan pada Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive