Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Ahad, 9 Ogos 2009

Menghitung Diri..


Dalam usrah minggu lalu,kami diberi pengisian tentang doa dan rahmat Allah. Terasa seperti jauh sungguh dengan tuhan. Banyaknya rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah dalam kehidupan ini tapi kesusahan yang sedikit itu juga yang lebih dirasai berbanding kesenangan yang Allah berikan. Terasa seperti aku bukanlah hambaNya yang reti bersyukur.Bila direnung segala amalan selama nadi berdenyut,terasa malu kepada Tuhan. Betapa sedikitnya,betapa daifnya,betapa lalainya meniti kehidupan anugerah Ilahi. Daifnya kerana selalu merasakan diri kurang berbanding senang orang lain tapi tidak merasa kurang dengan ibadat orang lain.

Berapa ramai agaknya yang menghitung dan menghargai pemberian Allah dan berapa ramai pula yang terlupa atau sengaja lupa besarnya,banyaknya nikmat yang telah diberikan. Berapa ramai yang sedia berkongsi nikmat Allah itu dengan mereka yang tidak memilikinya. Atau mereka berkongsi nikmat tersebut tapi dengan mengharapkan satu ganjaran dunia yang lain..penghormatan..nama baik..dipuji dan disanjung.

Apa agaknya amalan yang telah kita lakukan sebagai tanda berterima kasih kita pada Allah swt. Imam Nawawi dalam menghuraikan mengenai amal baik telah menyatakan bahawa amal itu ada 3 bahagian:

1. Amal yang dilakukan kerana takut kepada Allah..Amal ini dinamakan 'ibadat hamba'

2. Amal yang dilakukan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan 'ibadat saudagar'.

3. Amal yang dilakukan kerana malu kepada Allah dan dilaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan'ibadat yang merdeka'.

Dalam ketiga jenis amalan ini,dimanakah amalan kita? atau amal kita adalah 'ibadat terpaksa'. Solat kita solat terpaksa kerana itu dalam bersolat,kita boleh terbang ke mana mana. Dalam solat boleh teringat bermacam perkara. Tutup aurat kita kerana terpaksa,kerana itu keluar berjalan memakai tudung..di halaman rumah dibuka tudung..
Melakukan kerja kerja Islam juga terpaksa kerana itu kita tidak bersedia turun ke medan dakwah kalau tidak diminta.

Dengan keterpaksaan itu adakah segala amalan kita diterima. Adakah ikhlas dalam terpaksa. Adakah amalan terpaksa itu sebagai harga berterima kasih dengan nikmat Tuhan..Apakah dengan amalan yang longgar dan rapuh itu kita mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah..Sesungguhnya Allah tidak berhajat kepada segala amalan kita..Tidak berkurang Keagunggan Allah dengan kelalaian hambaNYa memujinya sebaliknya hambaNyalah yang rugi. Meninggalkan amalan yang akan menjadi penolong ketika bersendirian di alam lain.

Sesungguhnya kita tidak tahu amalan kita yang manakah hingga kita mendapat rahmat dan kasih sayangNya. Seperti kisah seorang ahli ibadat yang beribadat 70 tahun tetapi tewas di tangan seorang wanita selama 7 hari kemudian dia bertaubat. Hingga satu hari dia telah memberikan sekeping roti kepada seorang fakir sedang dia sendiri kelaparan. Bila dia meninggal,lalu ditimbang segala amalannya. Ibadatnya selama 70 tahun dikalahkan dengan dosa maksiat yang dilakukan selama 7 malam. Bila ditimbang pula dengan sekeping roti yang pernah disedekahkan maka sekeping roti itu mampu mengalahkan dosa selama 7 malam.

Itu kisah ahli ibadat. Kisah kita bagaimana pula? Dalam amalan kita yang manakah Allah akan melebarkan rahmatnya untuk kita. Solat kita? Sedekah kita? Hablumminnas kita? Jihad Kita? Hanya Allah yang mengetahuinya. Tugas kita melaksanakan segala yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.Bertekad untuk mendaulatkan agamaNya. moga semua itu dikira sebagai satu ibadah di sisiNya.

Wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
dosa dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan RahmatMu,ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan
kami takut,kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

1 ulasan:

orangjauh berkata...

Zaman sekarang mana cukup dengan rumah banglo,kereta merc..kalau boleh gunung nak dikikis wat harta.
Tu yang harta rakyat jadi harta sendiri..tupun tak cukup lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive