Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Isnin, 7 Januari 2013

SONAMU melencong???


  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/SONAMU%20MALU.jpgKUALA TERENGGANU - Menurut Lembaga Pemandu Kawalan Banjir dan Ribut Vietnam, seseorang meninggal dunia akibat kesan ribut Sonamu apabila sebuah bot nelayan di Binh Thuan tenggelam luar pesisir Vung Tau bandar pada pagi Jumaat 4 Januari.

Dua buah bot lain di wilayah Binh Dinh dan Quang Nam, rosak dan telah diheret ke pantai. Manakala dua kapal tangki arang batu juga telah rosak dan telah ditarik ke pelabuhan Tien Sa di bandar Da Nang.

Sementara itu, pagi ini, Inin 7 Januari, Sonamu dilaporkan telah bergerak menjauhi pantai dan tidak lagi diramalkan menjejaskan perairan Vietnam apabila ia berada kira-kira 300 kilometer tenggara pulau Con Dao.

Pemantauan dibuat dan dijangkakan ribut tersebut melencong dan bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 5-10km sejam. Ia adalah diramalkan, Sonamu akan terus bergerak ke arah perairan Malaysia pada pagi 8 Januari dan kemudian berakhir di situ.

Sonamu adalah ribut pertama tahun ini di Laut Timur. Beberapa hari lalu, taufan Wukong memasuki rantau ini, sebagai taufan kesepuluh di Laut Timur dan terakhir pada tahun 2012.

Sementara itu, agensi Bernama di petik melaporkan, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dijangka menerima limpahan Sonamu apabila ribut tropika itu melanda.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata 66 pusat bantuan banjir akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.

Semua pegawai daerah juga telah diarahkan untuk memaklumkan kepada ketua kampung dan jawatankuasa keselamatan dan pembangunan kampung untuk membuat persiapan yang perlu dan persediaan, katanya kepada pemberita di sini.

Muhammad Safian, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, kerajaan negeri juga akan menerima bantuan dari Angkatan Tentera untuk menghadapi situasi.

Pasukan anggota Angkatan Tentera Johor telah pun ditempatkan di Kem Briged 4 di Kuantan dan mereka menjadi yang pertama untuk menawarkan bantuan dalam daerah dilanda ribut, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di sini pada malam Ahad.

Muhammad Safian berkata 3 helikopter Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) juga telah bersiap sedia untuk membantu mangsa. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah juga memberi jaminan untuk membantu penduduk dan pelancong yang terjejas di pulau-pulau peranginan.

Beliau juga mengingatkan pekerja perlombongan dan pembalakan, serta nelayan, tidak pergi ke kawasan berisiko tinggi semasa ribut tropika.

Jabatan Meteorologi meramalkan ribut tropika Sonamu untuk menyerang negeri-negeri pantai timur dari hari ini, namun sehingga petang ini tiada tanda-tanda ribut melanda negeri Terengganu.

Ribut tersebut dijangka melanda Pahang antara Jan 9 dan 10 dengan kelajuan angin sehingga 40km sejam.

Rabu, 2 Januari 2013

Kemunculan TGHH di TV boleh undang bahaya...

Terkadang nak ketawa dan pelik dengan gelagat pemimpin UMNO.,isu Amanat Haji Hadi terus dihangatkan, dipanaskan,ditambah bermacam serbuk perisa yang jelas makin menjejaskan otak otak yang bersimpang siur dengan debaran PRU 13..

Bermula dengan cerita 31tahun dulu mula dikorek dan disolek semula..disambut bagai bola sepak raga..tak ditanduk dengan kepala maka akan di lambung dengan kaki..setiap pemimpin UMNO atau yang ada  'hajat besar' tak melepaskan peluang untuk ambil posisi walaupun kenyataan yang dikeluarkan semakin merapu. Berminggu TGHH dihentam menerusi media.

Hebat sungguh penangan Tok Guru Haji Hadi.. Bila diam beliau digasak bertalu talu..bila beliau mula membuka mulut untuk diberi ruang sejam untuk muncul di kaca TV secara langsung, bertalu talu pula andaian  dan pandangan puak UMNO dan 'pro' UMNO.

Hanya 1 jam masa yang diminta, kenapa sangat berat untuk diluluskan. Hairan bagaimana TV3 boleh menyiarkan lebih dari 1 jam cerita dongeng dan tahyol dari seberang hampir saban hari dimusim cuti sekolah, hairan bagaimana RTM boleh menyiarkan bermacam hiburan lebih dari satu jam, hairan bagaimana filem filem ganas, seksi yang seksa nak melihatnya boleh disiarkan lebih dari 2 jam tiba tiba bila Presiden PAS meminta siaran lansung selama 1 jam untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi terlalu sukar dan berat untuk diizinkan.

Sungguh tak sangka permintaan presiden PAS boleh mengundang bahaya. Power sungguh ayat ayat yang keluar dari mulut Presiden PAS hingga Ketua Pemuda Umno boleh merasa bimbang  dan risau andai apa yang diucapkan oleh presiden PAS bakal meracuni rakyat Malaysia. Hebat sungguh TG Haji Hadi boleh mempengaruhi minda berpuluh juta rakyat Malaysia dengan hanya berucap dalam masa 1 jam..

PAS ada pemimpin yang power mengalahkan superman..Utraman..PAS ada..Umno ADA??? Umno cuma ada pemimpin yang 'auta man'



Rabu, 5 Disember 2012

Baca stetement ni terbayang sang biawak..napa ya??

Gambar tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..
Bahasa kiasan ( pinjam ayat Nan Yaakob)
“Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata,” kata Megat yang dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa mereka tidak memulakan pergaduhan sepertimana didakwa oleh pembangkang.
Kelentongnya di sini...hampehhh....


Lagi siri meroyan juak umno












FRU yg duk tengok saja


upahan umno..berapa ringgit agaknya

kelapa yang digunakan juak umno

apa kata veteran umno...


Berukpun reti terkejut dengan ketidak tamadunan juak umno

Jumaat, 30 November 2012

Bila MB mula goyah..cakappun mula merapu



Tergelak sakan baca statement Menteri Besar Pahang...Pahang negeri paling besar di Semenanjung tapi pemikiran MBnya tak berapa besar..Pahang juga ada sungai yg panjang tapi kira bicara MBnya tak berapa panjang..kira kiranya dalam peta semenanjung Malaysia,  Pahang negeri paling luas tapi cara berfikir MBnya tak berapa luas malah sempit dan cetek..

Bukan saya saja tergelak malah anak anak yang turut membaca juga ketawa..Rakyat pahang perhati perhatikan bicara MB ni...aduhai pak menteri selepas PAU ni makin nampak sangat Umno/BN dah semakin hilang aura..

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Apa jawapan sepupu Najib ni...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat cuba mengelak dari menjawab dakwaan yang ditimbulkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri itu ketika ditanya pada sidang media semalam mengelak dengan memberi komen kononnya apa yang didedahkan Musa hanya untuk mengalih perhatian tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Musa pada satu sidang media kelmarin mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Hishamuddin tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur tanpa mengelak.

Ketua Penenrangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penjelasan Hishammuddin sangat penting kerana namanya dikait secara langsung dalam tuduhan itu.

"Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan.

"Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung Umno 2012," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Riduan juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Musa ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas ketua polis negara tersebut.

"Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan  apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku.

"Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku," katanya.
harakahdaily

Isnin, 26 November 2012

Najib semakin Islamik..

Semakin dekat dengan PRU13, semakin meluas unjuk rasa rakyat, semakin dekat umno mendekati saat nazak semakin berdebar sang ketua mencari sesuatu untuk berpaut..


Semalam katanya :
"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," 

Hari ini pula:
Menjadikan peristiwa perang Badar dan Uhud sebagai contoh, beliau berkata kemenangan dan kekalahan umat Islam dalam peperangan itu perlu dijadikan iktibar oleh pendukung parti bahawa disiplin organisasi yang meliputi arahan, pematuhan arahan dan melaksanakan arahan perlu diikuti, dipatuhi dan dilaksanakan bagi memastikan kejayaan dalam setiap pertarungan.

## Umno/BN sedang berperang dengan siapa untuk menjadikan peristiwa Badar dan Uhud sebagai satu contoh untuk juak juaknya...

Najib pening bukan saja dengan tarikh yg masih jadi rahsia, bukan saja gundah dengan kebangkitan rakyat yang makin meluat dgn kerakusan Umno/BN tapi malahan gulana dengan orang yang berada di kiri kanannya sendiri hingga perlu menekan soal kepatuhan dalam parti...riak riak retak yang ketara..


Selasa, 20 November 2012

Keganasan Yahudi Laknatullah yang Pengecut



Terlalu banyak gambar2 yang menunjukkan keganasan, kebiadaban dan kezaliman Yahudi Laknatullah. Sesetengahnya tak sanggup nak dilihat...namun itu adalah realiti yang sedang ditelan dan ditempuhi oleh saudara saudara kita di Gaza..







Disebalik keganasan dan kehebatan tentera Yahudi yang angkuh dan sombong itu ternyata mereka hanyalah manusia yang penakut dan pengecut..


Ya Allah hancurkan Yahudi Laknatullah..hancurkan musuh musuh agamaMU..


..

Selasa, 26 Julai 2011

Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. NONEBeliau juga 'dibu' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. “Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya. Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.NONE “Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin. Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Sumber:
Malaysiakini..



# Tak sabar nak tengok kot kot ada dalam youtube..
Nak tengok juga macam mana tv3 nak ulas perkara ni...lagu mana depa nak pusing ka..konar baring ka....Tungguuuu....

Ahad, 17 Julai 2011

Al Fatihah..Perginya sebutir permata perjuangan..

DariNya kita datang...KepadaNya kita akan Kembali...
Mati adalah pasti..
Moga rohnya bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah.
Amin...Al fatihah..

Isnin, 4 Julai 2011

Umno/Najib jangan senyum dulu...

Saat pertama membaca titah YDPA..teringat kes debat UMNO-PAS yang dibatalkan atas titah Agung..

Berulang membaca Titah Tuanku Sultan Mizan..cuba memahami apa yang tersirat disebalik yang tersurat...

Rasanya hampir pasti gerombongan Umno bergegak gempita seronok...
hip hip huree...Agong sokong kita!!!!

Jangan seronok dulu...jangan angkuh dulu..baca dan fahami apa maksud Tuanku di sini,,

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

Sementelah pula jiran di utara kita sedang bahagia dengan berita ini...

Kalau Thailand boleh..apa kurangnya Malaysia yang sinonim dengan Malaysia Boleh..

Semacam ternampak senyuman Najib dan Rosmah semakin suram...

Jumaat, 26 Mac 2010

Krisis Istana: Tengku Abdul Halim sah dilantik Pengerusi MPN

KOTA BARU, 26 Mac — Tengku Abdul Halim Alhaj Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Hamzah.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias di sini sebentar tadi.

Perkembangan terbaru di sebalik krisis Istana Kelantan ini diumumkan ketika polis masih menahan Setiausaha Sulit Sultan Kelantan untuk siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

Semalam Wan Hashim, yang minggu lalu mendakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, membuat pengumuman mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja manakala Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi majlis itu.

Difahamkan ia hasil mesyuarat khas MPN yang diadakan tengah malam tadi.

sumber

Ahad, 14 Mac 2010

ADUN Damansara Utama Patah Kaki Dalam Kemalangan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin patah kedua-dua kaki serta jari kelingking kanan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar ketika dihubungi berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, kenderaan yang dipandu Dr Cheah dari arah Klang ke Kuala Lumpur tiba-tiba rosak dan terhenti di lorong smartTAG di plaza itu.

Wakil rakyat DAP itu kemudian turun dan menuju bahagian belakang kenderaannya untuk memeriksa sebelum tiba-tiba sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda dalam haluan yang sama merempuh beliau dan kenderaannya, katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pemandu pacuan empat roda itu dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh Dr Cheah dan kenderaannya.

Che Husin berkata, "Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan rosak teruk dan mengakibatkan kecederaan parah pada ADUN tersebut dan beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway.

"Lelaki dalam kenderaan sebuah lagi itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka masing-masing dilaporkan memandu bersendirian".

Selasa, 9 Mac 2010

Kes qazaf: Zul Noordin tarik diri dari bela Anwar


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, tidak akan mewakili kes qazaf Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan hari ini turut dimuatkan dalam blognya lewat petang ini.

Dalam surat itu, Zulkifli tidak menyatakan sebab beliau menarik diri daripada mewakili Anwar.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Zulkifli berkata beliau sendiri memutuskan untuk menarik diri selepas mengambil kira perkembangan semasa yang tidak lagi kondusif untuk menganggotai pasukan guaman Anwar.

“Ini keputusan profesional saya... saya sendiri yang membuat keputusan, tiada tekanan daripada sesiapa termasuk Anwar sendiri. Malah, Anwar sendiri tidak menghubungi saya,” kata beliau yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Zulkifli menambah, beliau mengambil keputusan itu selepas firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi menghubunginya kira-kira 4 petang tadi memaklumkan wakil rakyat itu masih merupakan peguam utama kes ini.

Kamar Aniah Kamaruzaman dari firma guaman itu merupakan seorang lagi peguam pasukan Anwar dalam kes ini.

“Bagaimanapun selepas berbincang dengan kawan-kawan saya susulan panggilan itu (dari firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi), saya memutuskan untuk menarik diri.

“Saya merasakan jika saya terus mewakili Anwar dalam kes ini, saya akan terpaksa berkompromi dalam prinsip-prinsip saya.

“Jadi adalah lebih baik saya berundur daripada mewakili kes ini,” katanya lagi.

Kes qazaf dijadual untuk disebut semula pagi esok.

selanjutnya di sini

Ahad, 7 Mac 2010

Bertuahnya kaki golf...



Duti Import Bugi Golf Dimansuhkan, Umum PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kelab-kelab golf Ahad diberikan hadiah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan bahawa duti import bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu perkembangan industri golf di negara ini.

Perdana Menteri mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila beliau menyampaikan hadiah-hadiah Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank kepada pemenang, pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul.

"Saya dimaklumkan bahawa salah satu cara yang kita boleh bantu dalam pembangunan kualiti padang golf di negara ini serta bagi memastikan kelab golf menyediakan kemudahan lebih baik ialah dengan memberikan pertimbangan dengan memansuhkan duti import bugi di negara ini.

"Jadi, pada majlis ini, sebagai Menteri Kewangan, saya ingin mengumumkan pemansuhan serta merta duti import semua bugi golf di negara ini," kata beliau.

baca lagi


#Bertuah sungguh peminat golf dan mesra rakyat sungguh menteri Kewangan 1..
Tapi maaflah makcik makcik jual nasi lemak,tok peraih ikan,tukang kebun dan bla bla lagi..
sebut bugi golf bukan kenal pun..

Ni cuma untuk golongan elit saja....padang golf tu berekar ekar luasnya..bugi tu untuk memudahkan perjalanan agar tak penat nak kejar bola..High class tak macholah termengah mengah kejar bola golf..

Jumaat, 26 Februari 2010

Ketagih video lucah,rumah sendiri dirompak



Seorang pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.

Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar itu bertindak merenggangkan kunci tingkap rumahnya bagi membolehkan dua rakan perempuannya itu memecah masuk dan mengambil barangan berharga bagi melunaskan hutangnya.

Baca selanjutnya

# Penyakit sosial yang semakin tenat. Antara penyebab kebanjiran kelahiran anak luar nikah. Penyakit yang dicari bila syariat Islam dipinggirkan. Nak ditunding jari pada siapa? Ibu bapa,guru,sekolah,rakan rakan,masyarakat atau pemerintah? Tepuk dada tanyalah iman.

Selasa, 22 Disember 2009

Brapa kali runtuh daaa...


Elok saja tirai 2009 hampir nak berlabuh berlaku lagi keruntuhan di Terengganu Darul Iman..tempat tumpah darahku..Apasallah Terengganu ni minat sangat dengan runtuh..kalau durian runtuh okey jugalah.

Kalau Ctkay's kata cap ayam, memang sesuai..Harga stesen Bas Kuala Berang yang runtuh bukan sikit...RM 4.2 juta..banyak tu..mahal srupa bedil..kata orang ganu..Tapi yang mahal srupa bedil tulah yang asyik nak runtuh...

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

Rasanya MB mesti pening kepala..Dalam sidang dewan agaknya bertalu talu soal runtuh ni berdendang..Tu belum protes senyap terhadap wibawa MB. Nasib MB Mat said..zamannya banyak benda nak runtuh..


gambar dr ctkay's n pemuda Bt6

Isnin, 21 Disember 2009

Umno dakwa Gerakan PP tak buat kerja lepas hilang semua kerusi

UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu memandangkan Gerakan tidak mengadakan program menarik semula sokongan rakyat selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tuntutan itu telah lama dibuat tetapi baru diumumkan semalam setelah pihaknya mendapati Gerakan masih tidak melakukan apa-apa program sepatutnya.

Menurut beliau, sekiranya Gerakan meneruskan program yang baik untuk BN di Pulau Pinang, beliau berpendapat UMNO sendiri boleh membantu.

“Soalnya dia tak ada program, selepas kalah pilihan raya dulu tak ada buat apa-apa, itu yang Ketua UMNO Pulau Pinang rasakan kalau Gerakan tak buat kerja, biar UMNO buat kerja.

selanjutnya




Jumaat, 20 November 2009

UPSR: 48,171 gred A..Rohaninya bagaimana?


Seramai 48,171 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh gred A atau cemerlang bagi semua mata pelajaran tahun ini berbanding 46,641 calon tahun lalu, meningkat 0.32 peratus.

Baki 319,336 calon memperoleh minimum gred C atau baik bagi semua mata pelajaran, manakala 3,266 lagi memperoleh gred E atau sangat lemah bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pencapaian diukur berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) yang menggunakan indeks cemerlang (semua A), baik (minimum C) dan sangat lemah (semua E).

GPN adalah indeks yang digunakan bagi merumus pencapaian keseluruhan calon dalam peperiksaan serta ia dihitung berdasarkan lima gred pernyataan iaitu gred A (satu), B (dua), C (tiga) dan D (empat) dan E (lima).

Seterusnya di sini

# Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil UPSR 2009.
Satu sindrom yang meluas di kalangan masyarakat kita ialah anak anak mesti dapat 5A. Sindrom yang jarang kita sedari sebenarnya sangat menekan pelajar itu sendiri.

Sikap sebegini tanpa disedari telah menanamkan rasa rendah diri yang serius bila anak gagal mendapat apa yang ditarget. Lebih serius bila pelajar 5A memasuki sekolah berasrama penuh yang mana rata rata pelajar di situ merupakan pelajar yang bijak bijak. Kegagalan mengekalkan prestasi terbaik boleh membuatkan pelajar tersebut putus asa dan tertekan.

Ini yang berlaku pada anak seorang rakan. Mujur perkara ini sempat disedari oleh ibubapanya. Itupun setelah anaknya dua minggu sakit tanpa dapat dikesan apa penyakitnya. Setelah diselidiki barulah rakan tersebut menyedari anaknya mengalami tekanan perasaan kerana gagal mendapat prestasi terbaik dalam exam tahunan.

Seminggu cuti rehat yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk memulihkan kembali semangat dan keyakinan anaknya. Peringkat awal rakan tersebut menyatakan sangat sukar untuk meyakinkan anaknya bahawa penurunan keputusan hanyalah salah satu dari ujian dan dugaan hidup sebagai pelajar. Pelbagai hadis, ayat Al Quran dan sirah Nabi diberikan untuk memulihkan keyakinan anaknya.

Sebenarnya bukan anaknya sahaja yang mengalami keadaan tersebut. Kecemerlangan dalam pelajaran akademik sewajarnya hendaklah seiring dengan kecemerlangan rohani. Tidak salah untuk mendapat 5A,tidak salah juga untuk menjadi cemerlang tapi bila hanya akademik sahaja yang diutamakan maka jiwa akan kekosongan. Bila kejayaan dan kegagalan tidak disandarkan pada qada' dan qadar Allah maka syaitanlah yang akan memainkan peranannya. Kerana itu jiwa anak anak perlu disemai dengan asas asas aqidah. Anak anak perlu dididik bahawa berusahalah bersungguhnya sungguh dan bertawakkallah pada Allah. Anak anak perlu diberitahu ketentuan Allah mengatasi segala usaha manusia dan ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buatnya.

Sering seringlah bertanya anak anak apa khabar imannya hari ini...

Akibat cuba mengubah anugerah Tuhan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hajat pelik seorang wanita yang bersungguh-sungguh mahu mengecilkan payudaranya menyebabkan dia menderita hampir lima bulan selepas dibedah doktor tidak bertauliah yang turut membuang puting buah dadanya.

‘Doktor’ berkenaan yang membedahnya hampir tiga jam menyebabkan payudara wanita itu mengecut mendadak sebelum dijangkiti kuman pada dada.

Lebih malang, mangsa yang membayar kos hampir RM24,000 untuk pembedahan kecantikan itu kini bimbang jangkitan kuman terbabit merebak, sekali gus meragut nyawanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yew, 36, berkata dia yang juga seorang ‘pengkid’ mempunyai impian untuk mengecilkan payudara supaya kelihatan seperti lelaki normal.

Menurutnya, saiz buah dadanya yang besar menyebabkan emosinya terganggu sebelum berhasrat mengecilkannya.

“Atas nasihat rakan, saya berjumpa seorang pemilik salun kecantikan di Subang Jaya bernama Nancy. Hasil perbincangan pada awal Mei lalu, saya dipujuk menjalani pembedahan kecantikan dengan kos RM12,000.

“Bagaimanapun, jika mahukan hasil yang lebih ‘menawan’ saya diminta menambah RM3,500 selain beberapa bayaran lain.

Seterusnya di sini..


# Manusia selalu tidak puas dengan apa yang dimiliki.Al Khaliq Maha Menciptakan telah menciptakan manusia dengan sebaik baik penciptaan. Lelaki sempurna dengan sifat yang perlu ada pada lelaki dan wanita sempurna dan indah dengan penciptaan yang cukup halus. kenapa naluri manusia selalu mahukan sesuatu yang bukan diciptakan untuknya.
Sesungguhnya Al Muqsit, Al Adl Maha adil dalam menciptakan makhluknya. Bayangkan andainya diciptakan hidung manusia mendongak ke atas...bagaimanalah akan terjadi masa musim hujan. Perlukah hidung kita berpayung?
Bagaimana jika diciptakan lelaki boleh mengandung dan melahirkan? Sesungguhnya Al Musawwir Yang Maha Membentuk rupa mengetahui bentuk dan rupa apakah yang terbaik untuk manusia yang bernama lelaki dan wanita.

Salam Ukhuwah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails