Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 5 Ogos 2009

15 Musuh Syaitan Dan 10 Sahabat Syaitan

Dikisahkan dari Wahab bin Munabbih bahawa Rasulullah SAW berkata: Allah SWT telah menyuruh iblis berjumpa dengan Rasululllah saw dan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh Rasulullah. Iblis pun menyamar sebagai orang tua yang kelihatan cantik dan kemas bertemu dengan Rasulullah saw.

Apabila Iblis berdiri di hadapan Rasulullah saw maka bagindapun bertanya:"Siapakah kamu?"

Lalu iblis laknat menjawab:"Aku adalah Iblis yang dilaknat Allah."

Kata Rasulullah:"Kenapa kau datang ke mari?"

Kata Iblis:"Aku ke mari atas perintah Allah swt untuk menjawab segala pertanyaan kamu."

Lalu Rasulullah bertanya:"Wahai iblis katakanlah padaku berapa banyakkah musuhmu dari umatku?"

Jawab iblis:" Musuhku dari umatmu itu ada 15:

1. Engkau sendiri adalah musuhku

2. Imam/pemimpin yang adil

3. Orang kaya yang merendahkan diri kepada Allah swt

4. Peniaga yang jujur

5. orang alim yang khusyu' dalam mengerjakan sembahyang

6. Orang mukmin yang selalu memberi nasihat

7. Orang mukmin yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain

8. orang yang sentiasa bertaubat

9. Orang yang sentiasa menjauhkan diri dari segala yang haram

10. Orang mukmin yang sentiasa bersuci

11. Orang mukmin yang baik akhlaknya

12. Orang mukmin yang suka bersedeqah hartanya kerana Allah

13. Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang lain

14. Orang yang menghafal Al Quran dan sentiasa mengamalkannya.

15. Orang yang bangun mengerjakan sembahyang pada waktu malam sedang orang lain sedang nyenyak tidur.

Rasulullah bertanaya pula " Wahai iblis katakanlah berapa banyakkah rakan rakanmu dari umatku?"

Iblis menjawab:" Rakan rakanku yang terdiri dari umatmu ada 10.."

1. Hakim yang menganiayai yakni tidak jujur dan tidak berlaku adil

2. orang kaya yang sombong dan bongkak

3. Peniaga yang khianat dan suka menipu dalam urusan jual beli

4. peminum arak

5. Orang yang suka memutuskan tali persaudaraan

6. Orang yang mengumpul harta dari jalan riba

7. Orang yang berlaku khianat memakan harta anak yatim

8. Orang yang memandang ringan dalam hal mendirikan solat (melambat lambatkan solat)

9. Orang yang enggan membayar zakat

10. Orang yang sangat suka berkhayal.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive