Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 5 Ogos 2009

Saka Dan Sihir

Terbaca kisah tentang saka dalam blog Zai..Islam MY Way Of Life..Maaflah kerana belum pandai nak buat link ke blog Zai. Bukanlah tahu sangat pasal saka..baca blog Zai baru faham serba sedikit bab saka ni. Terima kasih Zai untuk info tersebut. Ingin juga kongsikan beberapa kisah pasal saka ni.

Cerita 1:

Menariknya Jumaat yang lalu,kak Idah, anak nombor dua yang belajar di tahun lima termengah mengah balik dari sekolah. Tak sempat simpan beg,kira letak je beg di ruang tamu terus bercerita tentang apa yang berlaku di sekolahnya. Katanya seorang pelajar lelaki tahun 6 mengamuk di sekolah.

Ceritanya pelajar (A) itu ditegur oleh seorang guru lelaki. Entah macam mana teguran guru tersebut menyebabkan siA marah dan menjawab malah mencaci guru tersebut. Tapi katanya suara siA masa itu dah jadi garau. Matanyapun dah mula merah. Guru lelaki itu terus menampar siA. si A kemudian menumbuk muka guru tersebut hingga berdarah mulutnya. Kemudian dua guru lelaki cuba memegang siA tapi dengan mudah je ditepisnya sampai terjatuh kedua guru tersebut. Kemudian datang sorang lagi cuba memegang bahu A,juga berjaya ditepis hingga jatuh.Entah macam mana tiba tiba siA ni jatuh pengsan.

Untuk pengesahan cerita kak Idah,saya telefon guru yang juga jiran kami. Katanya memang betul apa yang diceritakan. Kemudian panjang lebarlah kami bercerita kat telefon. Rupanya siA ada saka dari keturunan atuknya,saka harimau. Dah lama sejak berumur 5 tahun lagi dia mewarisi saka tersebut. Dah berubat berpuluh bomoh tapi tak menjadi juga. Dia memang tak sedar apa yang dia buat masa saka tu menguasai diri.

Cerita 2:

Seorang teman lama yang dah bersuami dan mempunyai anak anak terpaksa mewarisi saka dari atuknya. Teman ini adalah seorang muslimah yang baik. Solat,mengaji malah berpurdah. Bermacam cara dilakukan untuk menolak warisan saka ini,tapi saka itu tetap memilih dia sebagai pewarisnya.

Bila saka ini menguasai,suamipun diherdik,anak anak dipukul. Sampai ada satu ketika,suaminya terpaksa menampar dia untuk menyedarkan dia. Dia cukup sensitif dengan kawasan perkuburan. Pernah kami ke rumah seorang teman di waktu malam,dia seperti gelisah dan serba tak kena. Bila ditanya,dia bertanya balik pada tuan rumah,apakah kawasan kubur ada berdekatan dengan rumah tersebut. Bila diakui,cepat cepat dia memohon untuk pulang kerana katanya dia tak boleh lama berada di situ.

Dia berusaha untuk membuang saka tersebut. Pernah dia berubat dengan seorang ustaz. Tapi 'benda' itu pandai,sampai je di rumah ustaz ,'benda' itu akan lari keluar dari badan teman ni. Macam mana nak berubat..kejap ada kejap tak ada. Nasib baik sisuami pun ada belajar berubat menggunakan ayat ayat Quran,bolehlah meringankan sikit derita teman ni.

Akhirnya mereka satu keluarga memohon pindah ke kampung suaminya di Kelantan. Mungkin berubat di sana kerana dah beberapa tahun tak jumpa teman ni. Khabarnya dah okey.

Cerita 3:

Ketika menziarahi seorang teman di Selangor,teman ni bercerita panjang pasal ilmu sihir. Rupanya dia sekeluarga telah dianiaya dengan ilmu setan ni. Habis satu keluarga dan yang paling teruk anak kecil yang beusia 3 tahun. Puas berubat ke doktor termasuk doktor pakar,doktor cuma boleh menggeleng kepala melihat derita sikecil. Tak pernah dilihat dan tak ada penyakit. Akhirnya teman ni berubat dengan seorang ustaz dari Pahang yang hanya menggunakan Al Fatihah. Tapi kelebihan yang Allah bagi pada ustaz ni, mampu menyembuhkan sikecil.

Sembuh walaupun tak sepenuhnya kerana kata ustaz ni,orang yang menghantar sihir tu benar benar sakit hati dengan teman ni. Teman ni bercerita panjang lebar pasal sihir yang terkena pada dia sekeluarga. Menurut teman ni,pak ustaz pernah diminta untuk membuang saka pada satu family. Rupanya nak buang saka ni susah. Habis semua keturunan perlu dibawa bersama berubat. Bukan saja atuk nenek malah cucu cicit,cuek selagi ada talian keturunan mesti dibawa bersama. Family yang nak diubat ni terpaksa bawa semua waris yang ada sampai 3 buah bas.Bayangkan betapa sukarnya nak menjejak semua ahli keluarga yang jauh.Kalau setakat mak sepupu atau dua tiga pupu tu kira okey lagi tapi macam mana dengan dua tiga belas pupu.

Pengajarannya janganlah berkawan dengan ilmu ilmu syaitan ni. Apa sekalipun ilmu,samada saka,susuk,pelaris,pemanis yang menggunakan jin dan syaitan jangan sesekali digunakan. Kalau terasa diri cukup hebat mampu berdepan dengan azab siksa masa nak mati,ingatlah anak cucu keturunan yang tak pasal pasal terpaksa menanggung susah. Ingatlah betapa siksanya anak cucu yang terpaksa menanggung beban yang tok neneknya tinggalkan.

Dalam surah An Nas, Allah mengarahkan Muhammad saw dan umatnya agar sentiasa meminta perlindungan dengan Dia pencipta manusia,penguasa manusia dan juga yang menjadi sembahan manusia. Dalam surah yang mengandungi 6 ayat itu,Allah menyuruh manusia supaya sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan denganNya. Meminta denganNya agar diselamatkan dari jejak kejahatan syaitan yang sangat halus dan tidak terdaya ditolak oleh manusia. Oleh itu,Al Quranlah pendinding yang sebaik baiknya. Al Quran bukanlah untuk hiasan di dinding dan dalam almari tapi untuk dibaca,difahami dan diamalkan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berkawan dengan syaitan di dunia maka syaitanlah yang akan jadi teman di akhirat.Sama sama diazab dalam neraka jahannam.Nauzibillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive