Teman teman Blogger
Rabu, 2 Januari 2013
Kemunculan TGHH di TV boleh undang bahaya...
Rabu, 27 Julai 2011
Selasa, 26 Julai 2011
Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..

Sumber:
Malaysiakini..
# Tak sabar nak tengok kot kot ada dalam youtube..
Nak tengok juga macam mana tv3 nak ulas perkara ni...lagu mana depa nak pusing ka..konar baring ka....Tungguuuu....
Sabtu, 31 Julai 2010
Masyaallah..Rupanya ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi ..
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:
Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!
Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.
"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.
Rabu, 7 April 2010
Klasik dan unik...Tahniah

Ceramah di atas lori tentunya membangkitkan kenangan bagi sesiapa yang sentiasa mengikuti ceramah di zaman 60an. Kini,di zaman 2010 kenangan ceramah di atas lori kembali lagi. Unik dan klasik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor,PAS Zon Bukit Beruntung dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Hulu Selangor telah bertungkus-lumus membuat persiapan.
Sekalung Tahniah buat mereka. Walaupun Hulu Selangor di bawah kerajaan PR namun mereka tidak menyalahgunakan kelebihan yang mereka ada. Moga usaha ini merupakan titik permulaan kepada kejayaan dalam mempertahankan Hulu Selangor dari tangan BN.
Foto klasik dari blog ini
Ahad, 21 Mac 2010
Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar.

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.
Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.
Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.
“Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja. Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak). Jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja”.
“Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno. Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok”.
“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu”.
“Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut. Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat”.
“Jangan cabar, waktu wedding anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita”.
Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.
TYDP : Sudahlah Pasir Salak. Pasir Salak duduk dahulu. Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.
Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung,
"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar”.
MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata,
Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni?
Saifudin menyambung;
“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah”.
“YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa? Sebab itu, jangan… jangan sebut”.
Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;
Sambung Saifudin lagi,
“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok”.
Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya.
“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu. Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?”
“Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama”.
Tempat : Dewan Rakyat, 19 Mac 2010
dango mamamat
#Macam mana nak mengharapkan rakyat yang dipimpin menjadi masyarakat yang baik dan berakhlak Kalau pemimpin sendiri kaki arak,kaki judi..Ciptalah apa jenis sloganpun takkan memberi apa apa makna..bila pemimpin sendiri berakhlak buruk.
Rabu, 10 Mac 2010
Kenali siapa Zulkifli Nordin...

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri
Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.
Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.
Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.
Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.
Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.
Kes Arsenik Anwar
Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.
Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.
Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.
"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.
Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.
Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.
Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.
Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.
Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.
Dengan MB Terengganu
Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.
Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.
Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.
Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.
Berpaling arah
Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.
Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.
Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.
Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.
Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.
Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.
Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."
Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.
Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."
Zukifli Sulong
Selasa, 9 Mac 2010
Air Sebagai Perakam Suara Terbaik
Dari sudut sains pula, air amat penting sebagai pelarut terbaik bagi kebanyakan bahan kimia, baik di dalam operasi makmal ataupun secara semulajadi. Contohnya, larutan-larutan akues dalam makmal semuanya menggunakan air sebagai pelarut.
Dari segi anatominya pula, air merupakan medium tindakbalas kimia dalam badan manusia yang juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Begitulah hebatnya ciptaan Allah yang bernama H2O ini. Kombinasi hidrogen dan oksigen mampu untuk menjelajah dari sekecil-kecil rongga hingga seluas-luas muka Bumi ini. Mana tidaknya, airlah yang menguasai dunia.
Pada mata kasar ia nampak lembut, lemah gemalai dengan aliran yang menyenangkan. Tapi juga boleh menyebabkan malapetaka yang dasyat sehingga tidak mampu dibendung manusia. Ia juga boleh diangkut ke langit dengan kuantiti yang amat banyak hingga mampu menenggelamkan perkampungan manusia. Itulah kuasa Allah pada air.
Kali ini, saya ingin membawa para pembaca meneroka dengan lebih jauh lagi dalam skop yang lebih halus. Perkara utama yang saya ingin utarakan ialah pemerhatian terhadap air secara nano terhadap molekul air yang sangat lembut jiwanya dan sebagai pendengar yang baik.
Profesor Masaru Emoto dari Jepun yang merupakan seorang pengkaji air telah mengakui akan kekuasaan Maha Pencipta. Beliau yang asalnya seorang berfahaman Atheis dan pemikir bebas akhirnya percaya akan kekuasaan Pencipta.. Dengan menggunakan mikroskop khas untuk melihat molekul air, beliau telah menyingkap rahsia kejadian air, yang seolah-olah berperasaan, dan boleh mendengar. Mari kita lihat hasil pemerhatian beliau.

Gambar di sebelah menunjukkan molekul air zam-zam, air terbaik di dunia. Molekul air bersimetri ini umpama kristal dengan bucu-bucunya yang menjadi tapak tindakbalas menjadikannya bahan pelarut terbaik untuk badan manusia. Sukar untuk saya terangkan apa fungsi bucu kristal pada molekul ini kerana ia memerlukan satu penjelasan yang amat panjang. Tetapi, kesimpulan yang boleh saya berikan ialah, bucu itu sebenarnya boleh menarik seperti magnet, bahan-bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan.
Gambar di atas pula menunjukkan perbandingan antara pembentukan molekul air yang dibaca dengan ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata kesat. Gambar di sebelah kiri merupakan gambar molekul air yang diperdengarkan dengan ayat Al-Quran. Molekul-molekul yang terbentuk adalah berbentuk bunga-bunga kristal. Manakala di sebelah kanan pula ialah gambar molekul-molekul air ya
ng di hamburkan kata-kata kesat dan sumpah seranah. Bentuk molekul air serta merta berubah dan kelihatan hancur lebur strukturnya.Oleh itu, dinasihatkan agar kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebelum minum. Inilah satu lagi bukti kehebatan ciptaan Allah. Air sebagai Walkman semulajadi.
Akademik Fisabillah
Rabu, 18 November 2009
Panduan pencegahan Penyakit Taun
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
•Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.
•Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
◦Kadar nadi/degupan jantung yang laju
◦Kulit kering
◦Terlalu dahaga
◦Mata cengkung
◦Tiada air mata
◦Letih lesu
◦Teramat mengantuk / lemah
◦Kurang kencing
◦Cengkung bahagian ‘ubun ubun ‘ bagi bayi
•Kekejangan abdomen
•Loya
•Muntah
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
•Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun.
•Kurang penjagaan kebersihan diri.
•Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan.
Komplikasi
•Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock )
•Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan.
Rawatan
•Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang.
•Berikan terapi Cecair Rehidrasi Mulut (ORS)
•Pemberian cecair cecara infusi intravena
•Pemberian antibiotik seperti; tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.
Bagaimanakah penyakit taun boleh di cegah?
•Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
◦Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan.
◦Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam
•Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
◦Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak
◦Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong)
◦Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan
◦Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang
•Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas
•Gunakkan air yang bersih sahaja
•Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja
Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit taun?
Jumpa Doktor anda dengan segera.
#ctkay's
Panduan khusus buat penduduk Terengganu yang sedang dilanda wabak taun.
Selasa, 20 Oktober 2009
Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat........
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Sumber: Blog Cina Islam
Rabu, 19 Ogos 2009
Sebat depan khalayak

IPOH: “Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.
“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.
Dia juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.
Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari, 32, selepas disabitkan kesalahan meminum arak.
Terdahulu, pada 1 Disember tahun lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, kira-kira jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.
Shukarnor berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, yang memaklumkan Kartika Sari perlu melaporkan diri di Penjara Kajang, Selangor, pada 24 Ogos ini untuk menjalani hukuman sebat.
“Saya terus menghubungi Kartika untuk memaklumkan hal berkenaan dan dia bersetuju bertolak pulang ke kampung sebelum ke penjara bagi menjalani hukuman berkenaan.
“Difahamkan, Kartika akan ditahan seminggu untuk menjalani hukuman sebat dan selepas itu Kartika akan dibebaskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, Shukarnor berharap hukuman sebat ke atas anaknya dilaksanakan di depan khalayak iaitu di tempat terbuka seperti dikehendaki Kartika Sari sendiri.
Usaha Harian Metro menghubungi Kartika Sari bagaimanapun gagal kerana difahamkan wanita itu kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Sungai Siput, dekat sini, selepas bertolak dari Singapura, kira-kira jam 4 petang semalam.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam, mengeluarkan waran penahanan terhadap ibu kepada dua anak itu yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah meminum arak, bulan lalu.
Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.
Mahkamah bagaimanapun bersetuju mengeluarkan waran pelepasan ke atas Kartika dalam tempoh kurang dari tujuh hari sekiranya hukuman sebatan dilaksanakan lebih awal.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Syarie Saiful Idham Sahimi memfailkan tiga permohonan bagi memohon perintah menahan Kartika di Penjara Wanita Kajang, perintah menguatkuasakan hukuman sebatan secara syariah dan permohonan perintah pelepasan selepas hukuman dijalankan.
Permohonan berkenaan dibuat selepas tempoh rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan pada 20 Julai lalu, berakhir pada 3 Ogos lalu.
Tiada sebarang rayuan dikemukakan pihak Kartika Sari Dewi.
Abdul Rahman membenarkan semua permohonan itu dalam kamarnya.
Dakwaan terhadap Kartika dibuat mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Sejurus selepas dijatuhi hukuman enam sebatan pada 20 Julai lalu, Kartika Sari dipetik sebagai berkata, dia rela dirinya disebat kerana jika tidak dikenakan hukuman itu, mungkin dia tidak insaf hingga sekarang.
“Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain.
“Justeru, saya memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu memandangkan mahkamah belum memberitahu bila hukuman ini akan dijalankan,” kata Kartika Sari.
Dia yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan supaya dia boleh menumpukan masa depan bersama keluarganya.
“Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.
“Namun, saya bersyukur keluarga saya tetap menerima saya walaupun sudah menconteng arang dan memalit lumpur ke muka mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.
Dia yang berasal dari Sungai Siput, dekat Kuala Kangsar, menetap 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan warga negara republik itu dan mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun
Isnin, 17 Ogos 2009
Menjadi Bapa Efektif

Lelaki juga boleh mengalami tempoh masa yang sukar ketika berdepan dengan emosi yang tidak stabil. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengasah kredibiliti anda sebagai seorang bapa?
MEMIKUL tanggungjawab sebagai seorang bapa tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam kebanyakan masa, tentu ramai golongan bapa berasa tertekan memikirkan dan memikul tanggungjawab terhadap keluarga.
Harapan untuk seseorang bapa menjalankan tugas dengan berkesan bukan sahaja berlaku di rumah, malah ada ketikanya di tempat kerja.
Berikut 10 cara bagaimana menjadi bapa yang efektif dalam tugasan paling penting yang pernah disandang mereka.
1. Lihat anak anda sebagai seorang yang berkemampuan
Tidak dinafikan, kebanyakan bapa cenderung melihat anak mereka sebagai ‘tidak cukup baik’. Jangan ingat anak-anak tidak tahu tetapi mereka sebenarnya dapat merasainya. Apabila anak merasai persepsi bapanya, mereka dengan mudahnya akan ‘terbentuk’ seperti yang diharapkan oleh bapa mereka secara tidak langsung. Sebaliknya, apabila kemampuan mereka diakui, mereka akan menjadi lebih hebat daripada yang disangkakan.
2. Luangkan masa untuk anak-anak
Tugasan yang ada tidak pernah berakhir. Namun, anda tidak semestinya mempunyai banyak masa dan peluang untuk bersama anak-anak. Anak-anak akan menilai anda sama ada anda berusaha meluangkan masa biarpun hanya untuk sekejap.
3. Kaedah disiplin yang positif
Hari ini, menghukum anak untuk mendisiplinkan mereka bukan lagi kaedah yang berkesan. Ia sebaliknya akan lebih mendorong perilaku yang tidak baik dan menyukarkan si bapa untuk membuang tabiat buruk si anak. Gunakan kata-kata yang natural dan sedarkan mereka tentang akibat yang masuk akal seperti “Jika Adam tidak kumpulkan semua barang permainan, sebentar lagi ia akan dibawa pergi.” Ingatkan juga untuk memberi mereka pilihan. Kaedah disiplin yang positif boleh membantu anak mempelajari erti bertanggungjawab manakala hukuman hanya akan membuatkan mereka membenci anda.
4. Hubungan yang baik dengan isteri
Anda merupakan contoh terbaik kepada si anak. Anda juga adalah sumber maklumat bagi mereka mempelajari apakah itu hubungan yang rapat dan baik. Percayalah bahawa anak-anak ‘menonton’ dan menyaksikan tingkah laku anda secara dekat.
5. Bersikap peka terhadap kehidupan dan aspirasi anak
Tanya diri anda soalan ini: “Berapa banyak yang saya tahu tentang anak saya? Tahukah saya tentang inspirasi dan aspirasi mereka? Adakah saya peka terhadap siapa kawan-kawan anak saya? Apakah yang anak suka atau tidak suka tentang saya?” Andainya terdapat persoalan tentang anak yang tidak terjawab, anda sentiasa boleh bertanya.
6. Tunjukkan kasih sayang
Berikan kasih sayang dengan memeluk atau memberi kucupan kepada anak. Jika boleh, sekali-sekala, ucapkan “Ayah sayang padamu”. Jangan lupa untuk bermain dengan anak-anak. Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, kanak-kanak menghargai usaha bapa untuk meluangkan masa bermesra dengan mereka.
7. Mendengar itu membantu
Petua ini mungkin sudah terlalu biasa kedengaran. Tetapi, apa yang pasti, dengan memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik, anda berpeluang mengenali anak dengan lebih rapat. Ketepikan sebentar akhbar yang sering menjadi peneman, pandanglah ke arah anak apabila mereka bercakap. Cuba fikirkan apa yang diperkatakan dan jika anda ingin anak mendengar cakap anda, anda perlu menjadi panduan yang baik.
8. Nilai semula hubungan anda dengan bapa anda
Hubungan yang tidak baik dengan bapa anda sedikit sebanyak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menjadi bapa yang berkesan. Adakah terdapat apa-apa perkara yang ingin anda sampaikan kepada bapa anda? Hakikatnya, dengan memaafkan kesalahan bapa anda sendiri boleh membantu dan membenarkan anda mengasah kebolehan menjadi bapa yang lebih baik.
9. Jaga diri anda
Adalah sukar untuk anda menjadi bapa yang baik dan mesra kepada semua ahli keluarga jika anda tidak menjaga diri dengan baik. Luangkan masa untuk diri anda berehat, melakukan senaman dan mengurangkan tekanan yang dihadapi. Dapatkan sokongan moral daripada kawan dan juga ahli keluarga yang lain. Yang penting, elakkan daripada menyisihkan diri.
10. Kawal kemarahan
Lazimnya kemarahan akan dilemparkan kepada anak-anak. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini terjadi, ada baiknya anda merehatkan diri dengan teknik-teknik tertentu bagi mengurangkan perasaan marah. Ingatlah, hanya satu episod yang buruk sudah cukup untuk mengubah persepsi dan hubungan anda dengan anak-anak.
Gejala Sosial Pelajar Terengganu; Pil Kuda, Alkohol, Rempit dan Seks Bebas

KUALA NERUS – Penglibatan para pelajar di negeri Terengganu dengan gejala sosial penyalahgunaan dadah dan seks bebas adalah amat membimbangkan.
Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah mendedahkan, seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.
Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas para pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah.
Dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.
”Baru-baru ini saya buat kem motivasi, daripada 59 orang yang dipanggil, 39 orang telah hadir yang terdiri dari mereka yang positif pil kuda,dan rasa sedihnya, dalam sesi kaunseling yang diadakan, mereka mengaku telah melakukan hubungan seks, dalam usia baru tingkatan empat dan tingkatan lima,”katanya ketika memberitahu sidang Forum Gejala Sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Khamis lalu.
Katanya, mereka yang terlibat bukan sahaja dikalangan golongan rendah dan sederhana, namun ada anak seorang Ekskutif yang bergaji RM20,000 sebulan turut ‘kantoi’ dalam penagihan pil kuda.
Mengulas gejala yang melibatkan Mat Rempit dan lumba haram, beliau bersetuju dengan pendapat pihak polis bahawa gelaja merempit ini sukar untuk dibenteras, kerana pelakunya turut terlibat dengan dadah dan alkohol.
”Saya ulas sikit berkaitan dengan Rempit, ia tidak akan jadi perkara yang senang, sebab mereka ini sebenarnya, dari tangkapan yang dibuat, mereka (didapati) dipengaruhi oleh alkohol dan dadah, dia (mereka) menggunakan pil kuda,sebab itu dia (mereka) boleh bertindak ganas, kerana dadah itu boleh menyebabkan dia jadi berani, dia tak takut langgar polis, walaupun polis ada pistol,”jelasnya.
Katanya, kejatuhan moral dan akhlak pelajar dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial sekarang ini begitu teruk sehingga tidak lagi mendengar teguran dari sesiapa.
Justeru katanya, seorang wakil rakyat (YB) tempatan cuba menegur mereka yang terlibat dengan gejala terbabit dikampungnya baru-baru ini, sebaliknya mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bertidak mengugut YB tersebut.
Beliau turut mendedahkan, kebanyakkan penagih dadah sekarang menggunakan dadah tiruan (sintetik) yang diproses dalam Negara Malaysia sendiri.
Golongan yang mencuba dadah kini pula, katanya, tidak memulakan kegetiatan penyalahgunaan mereka dengan jenis dadah dan dos yang rendah, tetapi mengambil jenis dan dos yang tinggi.
Pengerusi YAKEP, Ustaz Abu Bakar Abdullah ketika ditemui selepas Forum tersebut berkata, Forum Gejala Sosial tersebut adalah acara tahunan yang dianjurkan sebagai satu tanggungjawab sosial YAKEP kepada masyarakat.
”Sumbangan YAKEP tidak terhad kepada kebajikan dan pendidikan sahaja, kita turut melaksanakan tanggungjawab sosial, membantu pelbagai pihak dalam menghadapi masalah social yang sangat kritikal masakini,”ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu berkata, majlis Forum Gejala Sosial tersebut adalah terbuka untuk semua anggota masyarakat.
”Kita jemput semua pihak bukan sahaja orang PAS, kita hantar surat kepada semua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sekitar Kuala Nerus,”tambahnya.
Selain Encik Azmi yang mewakili ADK, turut menjadi ahli panel Forum yang bertajuk “Remaja Harapan Negara” itu adalah Cif Inspektor Abdul Rahman Dollah dari Polis Diraja Malaysia dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Sumber: Buletin Online
Ahad, 16 Ogos 2009
H1N1: WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti jika abai kesihatan

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.
"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.
Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.
"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.
Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.
"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA
Khamis, 13 Ogos 2009




Bismillahirahmannirahim..
Pls support the boycotting.
Product of Israel
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.
PLEZ FOWARD...
Rabu, 12 Ogos 2009
Kadar Kematian H1N1 di Malaysia luar biasa:Dr Alias Razak
(klik gambar untuk lebih jelas)KUALA NERUS – PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.
PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya. (Gambar atas - peta dunia yang telah dijangkiti H1N1 menurut Organisasi Kesihatan Sedunia - WHO)
“Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,
”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal,
ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.
Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.
Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.
Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)
”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,
”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.
Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.
Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.
Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.
Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi.
Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.
”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,
”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanya
Menurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.
Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah
”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.
Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari.
Sumber:Buletin online
Selasa, 11 Ogos 2009
Peniaga Jual Lambang Agama Secara Terbuka

Pejabat Agama Tidak Ambil Tindakan
KUALA TERENGGANU – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) kesal kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penjualan aksesori wanita yang berlambangkan ugama termasuk ‘salib’ dan tulisan ‘Alif LamLamHa’ yang ditulis secara salah.
Pengerusinya Cikgu Fauzi berkata, pihaknya telah membuat aduan berkenaan perkara tersebut, yang sedang berlangsung dalam satu karnival jualan di Pusat Dagangan Terengganu pada minggu lalu.
”Kita (MAMPAT) rasa sangat-sangat kecewa, kita harap pihak penganjur akan lebih peka, pada minggu lepas seorang kakitangan kita telah datang ke sini ambil gambar,
”pada minggu lalu, (laporan) sudah dibuat di pejabat agama, tapi dari peniaga tadi (saya) difahamkan, tidak ada sebarang tindakan dari pejabat agama,”katanya kepada pihak media selepas memberi teguran kepaa peniaga berkenaan, disini.
Menurutnya pihak penganjur karnvial sepatutnya peka kerana penjualan lambang-lambang tersebut secara terbuka menimbulkan kontroversi kepada orang ramai dan boleh membawa kepada ‘rosak akidah’ termasuk ‘murtad’.
”Aksesori yang kita jumpa dalam bentuk loket tulisan ‘Allah’ yang tak betul dari segi tulisannya, dan (lambing) salib yang dijual secara terbuka, sepatutnya salib dijual secara tertutup,
”(tulisan Allah) boleh menimbulkan masalah disegi aqidah, seolah-olah percaya (lambing itu) adalah ‘tuhan’ atau mewakili ‘tuhan’,”tegasnya.
Beliau berharap pihak berkuasa agama dapat memantau peniaga berkenaan kerana katanya peniaga tersebut memiliki premis tetap menjualkan barang-barang yang sama di Kemaman.
Buletin Online dimaklumkan, terdapat aksesori yang dijual berbentuk cincin berlambangkan salib secara tersembunyi.
Semua aksesori tersebut boleh didapati dengan mudah dan dijual dengan harga diantara RM5 hingga RM15.
Isnin, 10 Ogos 2009
A(H1N1): 6 lagi kematian...

PUTRAJAYA: Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 32 orang di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, kecuali satu kes sahaja sahaja keempat-empat mangsa yang lain disahkan positif menghidap Influenza A (H1N1) selepas proses bedah siasat dijalankan.
Beliau berkata, enam kematian yang dicatakan hari ini adalah antara 203 kes baru dilaporkan.
Setakat ini, Malaysia telah mencatatkan 1,983 kes.
Sebanyak 208,155 orang telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di seluruh dunia dengan 1,688 orang dilaporkan meninggal dunia di 174 buah negara,akibat virus berkenaan.
Selasa, 4 Ogos 2009
Rosmah lancar laman web 13 bahasa

Aug 4, 09 12:26pm
Wanita pertama negara Rosmah Mansor melancarkan laman web peribadinya di alamat Pejabat Perdana Menteri, dipercayai untuk menangkis paparan negatif terhadapnya di internet.
Laman web di www.pmo.gov.my/datinrosmah memuatkan berita, foto, ucapan dan juga video pembabitan sosialnya.
Laman web Rosmah ini kali pertama isteri seseorang perdana menteri Malaysia mempunyai seksyen rasmi di laman web Pejabat Perdana Menteri.
Selain dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, laman web itu boleh juga dicapai dalam 11 bahasa utama dunia kecuali Tamil menggunakan perisian penterjemah automatik di internet.
Ketika mengumumkan laman web tersebut, lapor laman web The Star hari ini, Rosmah menggesa rakyat Malaysia menapis maklumat yang diperolehi di internet dan tidak terpengaruh dengan mesej yang berbaur fitnah.
Awal Jun lalu, beberapa klip video dimuatkan di internet dengan menggelarkan isteri perdana menteri sebagai "perempuan puaka" dengan tuduhan-tuduhan berat.
Insyaallah..rakyat pandai menilai mana yang benar..mana yang bathil..
Kebathilan tidak mampu menutup kebenaran..seperti nyiru tak mampu menutup bangkai gajah.
Isnin, 27 Julai 2009
Himpunan Khas Bekas Pelajar & Guru Institiut Berakan / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kuala Terengganu

Tetamu Undangan :
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Mursyid Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah, Darul Iman
Tarikh : 09 Ogos 2009 ( Ahad )
Masa : 03.00 - 06.00 petang
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Pusat
Taman Melewar, Kuala Lumpur
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :
Pejabat MTT : 09-6669550
Ustaz Mohd Saiful Ambia' (Pengarah) : 019-922 9158
Ustaz Muzaihar Kamal : 017- 412 0225
Ustaz Awang Embong : 019-928 4609
" Semua Bekas Pelajar & Guru IB/MTT DiJemput Hadir "

