Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Memaparkan catatan dengan label Sembang Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang Politik. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

Kemunculan TGHH di TV boleh undang bahaya...

Terkadang nak ketawa dan pelik dengan gelagat pemimpin UMNO.,isu Amanat Haji Hadi terus dihangatkan, dipanaskan,ditambah bermacam serbuk perisa yang jelas makin menjejaskan otak otak yang bersimpang siur dengan debaran PRU 13..

Bermula dengan cerita 31tahun dulu mula dikorek dan disolek semula..disambut bagai bola sepak raga..tak ditanduk dengan kepala maka akan di lambung dengan kaki..setiap pemimpin UMNO atau yang ada  'hajat besar' tak melepaskan peluang untuk ambil posisi walaupun kenyataan yang dikeluarkan semakin merapu. Berminggu TGHH dihentam menerusi media.

Hebat sungguh penangan Tok Guru Haji Hadi.. Bila diam beliau digasak bertalu talu..bila beliau mula membuka mulut untuk diberi ruang sejam untuk muncul di kaca TV secara langsung, bertalu talu pula andaian  dan pandangan puak UMNO dan 'pro' UMNO.

Hanya 1 jam masa yang diminta, kenapa sangat berat untuk diluluskan. Hairan bagaimana TV3 boleh menyiarkan lebih dari 1 jam cerita dongeng dan tahyol dari seberang hampir saban hari dimusim cuti sekolah, hairan bagaimana RTM boleh menyiarkan bermacam hiburan lebih dari satu jam, hairan bagaimana filem filem ganas, seksi yang seksa nak melihatnya boleh disiarkan lebih dari 2 jam tiba tiba bila Presiden PAS meminta siaran lansung selama 1 jam untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi terlalu sukar dan berat untuk diizinkan.

Sungguh tak sangka permintaan presiden PAS boleh mengundang bahaya. Power sungguh ayat ayat yang keluar dari mulut Presiden PAS hingga Ketua Pemuda Umno boleh merasa bimbang  dan risau andai apa yang diucapkan oleh presiden PAS bakal meracuni rakyat Malaysia. Hebat sungguh TG Haji Hadi boleh mempengaruhi minda berpuluh juta rakyat Malaysia dengan hanya berucap dalam masa 1 jam..

PAS ada pemimpin yang power mengalahkan superman..Utraman..PAS ada..Umno ADA??? Umno cuma ada pemimpin yang 'auta man'



Rabu, 5 Disember 2012

Baca stetement ni terbayang sang biawak..napa ya??

Gambar tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..
Bahasa kiasan ( pinjam ayat Nan Yaakob)
“Kami hanya buat demonstrasi aman di depan bilik gerakan kami, tetapi mereka membaling tong air, kuali, batu-bata sehingga seorang pemuda Umno kena sembilan jahitan akibat terkena batu-bata,” kata Megat yang dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Beliau menegaskan bahawa mereka tidak memulakan pergaduhan sepertimana didakwa oleh pembangkang.
Kelentongnya di sini...hampehhh....


Lagi siri meroyan juak umno












FRU yg duk tengok saja


upahan umno..berapa ringgit agaknya

kelapa yang digunakan juak umno

apa kata veteran umno...


Berukpun reti terkejut dengan ketidak tamadunan juak umno

Jumaat, 30 November 2012

Bila MB mula goyah..cakappun mula merapu



Tergelak sakan baca statement Menteri Besar Pahang...Pahang negeri paling besar di Semenanjung tapi pemikiran MBnya tak berapa besar..Pahang juga ada sungai yg panjang tapi kira bicara MBnya tak berapa panjang..kira kiranya dalam peta semenanjung Malaysia,  Pahang negeri paling luas tapi cara berfikir MBnya tak berapa luas malah sempit dan cetek..

Bukan saya saja tergelak malah anak anak yang turut membaca juga ketawa..Rakyat pahang perhati perhatikan bicara MB ni...aduhai pak menteri selepas PAU ni makin nampak sangat Umno/BN dah semakin hilang aura..

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Apa jawapan sepupu Najib ni...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat cuba mengelak dari menjawab dakwaan yang ditimbulkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri itu ketika ditanya pada sidang media semalam mengelak dengan memberi komen kononnya apa yang didedahkan Musa hanya untuk mengalih perhatian tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Musa pada satu sidang media kelmarin mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Hishamuddin tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur tanpa mengelak.

Ketua Penenrangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penjelasan Hishammuddin sangat penting kerana namanya dikait secara langsung dalam tuduhan itu.

"Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan.

"Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung Umno 2012," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Riduan juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Musa ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas ketua polis negara tersebut.

"Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan  apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku.

"Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku," katanya.
harakahdaily

Isnin, 26 November 2012

Najib semakin Islamik..

Semakin dekat dengan PRU13, semakin meluas unjuk rasa rakyat, semakin dekat umno mendekati saat nazak semakin berdebar sang ketua mencari sesuatu untuk berpaut..


Semalam katanya :
"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," 

Hari ini pula:
Menjadikan peristiwa perang Badar dan Uhud sebagai contoh, beliau berkata kemenangan dan kekalahan umat Islam dalam peperangan itu perlu dijadikan iktibar oleh pendukung parti bahawa disiplin organisasi yang meliputi arahan, pematuhan arahan dan melaksanakan arahan perlu diikuti, dipatuhi dan dilaksanakan bagi memastikan kejayaan dalam setiap pertarungan.

## Umno/BN sedang berperang dengan siapa untuk menjadikan peristiwa Badar dan Uhud sebagai satu contoh untuk juak juaknya...

Najib pening bukan saja dengan tarikh yg masih jadi rahsia, bukan saja gundah dengan kebangkitan rakyat yang makin meluat dgn kerakusan Umno/BN tapi malahan gulana dengan orang yang berada di kiri kanannya sendiri hingga perlu menekan soal kepatuhan dalam parti...riak riak retak yang ketara..


Rabu, 13 Jun 2012

Sudah terang lagi tersuluh,,terima kasih Nazri..

Habislah Pak Brahim Pasir Mas lepas ni.. Ingatkan geng dalam Umno nak tolong support jadi calon dalam PRU 13, alih alih lain pulak jadinya..
Nazri tersilap terlebih memuji atau tersilap mengutuk?? Hehe..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nazri Aziz menggelar Ahli Parlimen bebas, Datuk Ibrahim Ali sebagai "penipu" - dan memuji kejayaannya "mencuri" satu kerusi Parlimen dari PAS. 

"Dia seorang penipu, kerana (berjaya) menipu PAS (untuk dapatkan kerusi)," kata Nazri sewaktu sesi soal jawab Parlimen.

Pengundi Pasir Mas..beringat ingatlah..

Rabu, 28 Mac 2012

Rafidah : BN berlubang sana sini???

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial.

Baca lagi di sini

##

Lantang sungguh kak Pidah menyindir kak Ijat..Ni mesti balas dendam kes kalah berebut kerusi ketua wanita UMNO..Barang yang lepas jangan dikenang kak Pidah oi..

Dalam lantang menyindir kak Ijat, tersasul pulak membuka pekung di dada..

Alahai... kelambu BN berlubang sana sini...
Berlubang satu dua boleh lah nak baiki tapi kalau dah berlubang sana sini..buang dalam tong sampahlah..ganti yang baru..

Kelambu dah berlubang banyak sangat..kita bakor jee..

PGU lah nampaknya lepas ni...

Rabu, 21 Mac 2012

Hebat: kita ada 2 cm lagi dengan lubang gaung

Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
 
##  
53% dari 55 %...cuma bezanya 2%..alahai nak tunggu 55% baru nak isytihar kritikal bermakna dah masuk gaung  baru nak bertindak......
Umpamanya  jangan bimbang anak anak..kita ada 2 cm lagi dari masuk dalam gaung...kita kira selamat lagi..
Anak anak akan kata...gilo ko pok aku nih????

Khamis, 15 Mac 2012

Rahsia yang bukan rahsia...

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.
 
Baca lagi di sini .

** BUkan pelikpun..sekarangpun hujan fulus makin lebat..peruntukan sana..peruntukan sini..dari ratus ratus ke ribu ribu..lebih lebat juta juta...sang katak makin 'mengewong'..memanggil agar hujan $ turun juga kepadanya..
 
Hujan makin lebat..palu makin rancak..banjir kilat melanda.. 
 
Seronoknya bermandi hujan $$ namun sekejap cuma..banjir kan tinggalkan lumpur berdaki malah terkadang sarang anai anai membukit dalam rumah...
Alahai...akhirnya rakyat juga bermandi peluh bersulam tangis membersihkan 'lumpur lumpur' yang ditinggalkan...

Rabu, 7 Mac 2012

Bukan lagi kena mulut badan binasa...

Satu masa dulu, saya meminatinya..cantiknya, bicaranya, ilmunya maka tak hairan bila MSO pun memuji dengan pujian yang bikin 'menjeleskan' wanita lain. Namun seperti juga tulisan MSO, saya telah lama mematikan minat saya kepada ustazah seorang ni..sejak dia 'terjun' dalam politik bersama UMNO.

Bicaranya tak lagi memukau bahkan ada waktu menjengkelkan dan memeningkan..seperti kata sesetengah orang bila nawaitu keduniaan menjadi matlamat, 'nur' terpancar menjadi semakin suram ibarat lampu suluh kehabisan bateri.. benarlah bila kita mengejar dunia..dunia semakin lari dari kita..


Sudah beberapa kali saya membaca tulisannya dalam akhbar Sinar..beberapa kali itulah saya berkerut kening membacanya..namun kali ini tulisannya melepasi statusnya sebagai seorang lulusan Al Azhar..Ustazah ini merangkumkan beberapa fitnah dalam satu tulisan..dan yang paling mengundang marah bila fitnahnya terhadap Tok Guru Haji Hadi.

Dia tidak layak untuk menyamakan peribadi TGHH dengan rakan rakannya dalam UMNO atau BN.
Sesedap jari mengetuk keyboard..badan juga bakal binasa...
Masyitah..imejnya sudah tidak seindah namanya.






Nasib guru Malaysia...

Barangkali kerana dah terdesak sangat untuk memastikan sokongan 'solid' pada BN, tu yang guru gurupun kena kerah jawab soalan kertas kaji selidik ni..


Soalan yang ke 10 tu memang sah sah nak pastikan guru yang menjawab tu orang BN atau PR..

Teringat orang besar dari Johor kata Johor masih tiang seri UMNO...
Kalau ucapannya berdasarkan kaji selidik ni...alahai...

Jumaat, 29 Julai 2011

SPR anggap Debat Gagal???

Timbalan Pengerusi Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan wacana Apa Selepas 9 Julai kelmarin, yang dihadirinya bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, tidak tercapai seperti yang beliau harapkan ekoran “tindakan” pihak tertentu.Kata beliau, matlamat wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu telah terjejas ekoran kedatangan mereka yang tidak begitu faham tentang maksud wacana.

Seorang lagi ahli panel wacana itu ialah Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

“. . . ia dirosakkan dengan kedatangan golongan yang tidak begitu faham tentang maksud wacana yang beranggapan dengan turun padang untuk menunjukkan kekuatan politik . . . kebanyakannya penyokong ‘Bersih’,” kata Wan Ahmad dalam satu rencana dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Rencana itu mendakwa “sebetulnya Wan Ahmad tidak diberi peluang langsung untuk meluahkan pemikiran SPR. Semuanya ‘dikunci’ oleh hadirin. Kalau tidak secocok, mereka terus menghalang penjelasan suruhanjaya itu.”

Malah rencana itu mendakwa “sampaikan ada kalangan mereka seolah-olah tidak pernah mendengar apa yang pernah diperjelaskan SPR tentang segala dasar SPR termasuk isu pengundi hantu.”

“Datang ke majlis itu dengan ilmu pengetahuan sifar dan cetek tentang apa yang telah dilaksanakan SPR.”

Tambah rencana itu, cuma kelebihan Wan Ahmad ialah keupayaannya menerangkan tentang sistem biometrik yang berkaitan hujahnya tentang cap jari.

Tulisan itu menambah, kalau untuk kerja pembersihan daftar pemilih, biometrik adalah jawapannya yang boleh mengesan dua atau tiga nombor kad pengenalan yang bertindih.

Dalam hujahnya pada wacana itu, yang pertama bertemukan antara Wan Ahmad selaku wakil SPR dan Ambiga di pentas yang sama, beliau berkata, agensi itu mahu Bersih 2.0 mengemukakan usul lapan tuntutan transformasi pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Ini kerana jelas Wan Ahmad, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan memerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mengikut laporan media Selasa lalu, Wan Ahmad juga dikatakan dicemuh dengan hebat oleh orang ramai kerana kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Wan Ahmad ditenangkan moderator Wan Saiful Wan Jan.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 badan bukan kerajaan turut disokong Pakatan Rakyat.

Ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan lebih 1,600 orang telah ditahan.

Sumber

Khamis, 28 Julai 2011

Apalah yang Tok Him ni melalut?? ?

Dengan menegas rekod 'bersih' dalam kegiatan aktivismenya sejak 30 tahun lalu, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali mendakwa semua bantahan terhadap cadangannya mewujudkan satu anugerah tajaannya, lahir daripada sikap cemburu terhadap pencapaiannya.

NONE"Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya.

"Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Mempertahankan cadangannya untuk memperkenalkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau menganggap kritikan itu sebagai "memalukan" dan "tak ada kelas".

"Apa yang mereka membebel ni? Anugerah ini adalah dari saya. Saya derma duit saya untuk diberikan kepada mana-mana pelajar yang berwibawa, jadi apa masalahnya?

azlan"Sekiranya mereka tidak suka, mereka buat anugerah sendirilah. Kerana semua ini adalah disebabkan cemburu. Awak boleh lihat, semua (kritikan) ini adalah dari PAS dan pembangkang dan (mereka ini) memalukan, tak ada kelas," katanya dengan berang.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu berkata beliau terlibat dengan kegiatan aktivisme dan politik sejak 1970 semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) dan rekod pencapaiannya itu menjadikannya musuh kepada pihak lain.

"Bila saya berada dalam Umno, bila saya bekerjasama dengan PAS, ke mana saya pergi, bukan sahaja parti pembangkang, rakan-rakan Umno pun cemburu terhadap saya.

"Saya tidak mahu jadi popular tetapi itulah yang terjadi, maka saya jadi mangsa cemburu," katanya sambil menambah bahawa beliau selama ini tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah, skandal seks dan moral.


# Nak tergelakpun ya...pelikpun ya... masuk bakul angkat sendiri lah pulak....

Rabu, 27 Julai 2011

54 tahun merdeka namun masih terkonkong....

Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,”

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepa

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Baca lagi di sini



Yang ditunggu dah muncul...





Selasa, 26 Julai 2011

Bila menteri terkeliru...publisiti atau isu negara..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengelak mengulas berhubung taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengaitkan beberapa tokoh ulama dengan fahaman Wahabi dan terorisme semalam.NONE

Walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita, beliau hanya mahu menjawab berhubung isu berhubung programnya pada hari ini sahaja yang antaranya berkaitan hal ehwal pegawai penyelarasan masjid di daerah-daerah (PPMD).

"(Perkara) yang hari ini. Saya fokus yang hari ini. Pasal, kalau tidak tak keluar pula (dalam akhbar).

"Sebab (program) semalam, tak keluar, jadi saya berasa rasa kecil hati," katanya dalam sidang media selepas majlis pertemuan dengan pegawai PPMD di kompleks Tabung Haji Kelana Jaya petang ini.

sumber M

# Teruk negara kalau menteri bekerja kerana mengejar publisiti...
Mungkin juga Datuk Jamil Khir bercanda...namun tak kena tempat kerana isu Wahabi dan Terorisme bukan isu kecil apatah lagi melihatkan nama nama besar.

Ataupun mungkin benar apa yang dimaksudkannya...programnya tak keluar media...so rakyat tak tahu betapa gigihnya datuk ni bekerja untuk rakyat...almaklum PRU 13 dah tak lama..dengar dengar September.

Usaha keras Tok..jangan sampai nama tercicir...tapi kalau tercicir pun tak pe..lagikan calon yang kalah boleh jadi menteri nikan pula sekadar tercicir....ooopppss sory terlupa datukpun dulu bukan calonpun....

Terkini..Terhangat..SPR kena 'boo' dalam debat..


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. NONEBeliau juga 'dibu' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. “Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya. Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.NONE “Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin. Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Sumber:
Malaysiakini..



# Tak sabar nak tengok kot kot ada dalam youtube..
Nak tengok juga macam mana tv3 nak ulas perkara ni...lagu mana depa nak pusing ka..konar baring ka....Tungguuuu....

Ahad, 24 Julai 2011

Kita dah tak ada masa....Dah lama daaaah..



Satu hari seorang pesakit kronik diberitahu oleh seorang doktor:

"Penyakit anda sudah berada tahap 4..jangka hidup anda dah tak lama"

"Jadi saya tidak mempunyai banyak masa..saya kena belajar ke masjid, saya juga kena tolong jiran tetangga saya yg susah, saya juga kena rapatkan hubungan dengan anak isteri sya yang selama ini terabai..saya tidak mempunyai banyak masa.."

"Aik..dah 54 tahun anda hidup..baru nak kenal masjid,baru nak tolong jiran tetangga, baru nak perbaiki hubungan dengan anak isteri? "

Yang di atas lebih kurang dengan yang dibawah ni....

Kata kata TPM:..
Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

Lagi di sini..

Sabtu, 23 Julai 2011

PM yang berjiwa rakyat...sooooo sweeeettt....Alahai...


Terharu Giler dengan ucapan PM ni....

“(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

“Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia,” kata beliau.

“Saya ucap terima kasih kepada isteri saya. Dia tak bantah dan sokong. Anak-anak saya pun sokong,” kata Najib dengan disambut tepukan gemuruh.

“Saya beritahu Tan Sri Muhyiddin (bahawa) penting kepada kami berdua turun padang. Kami nak jumpa dengan rakyat Malaysia. Saya minta juga menteri-menteri turun bersama.

“Kita berjumpa dengan rakyat. Kita bertemu dengan rakyat. Kita beritahu pada rakyat bahawa mereka boleh bergantung harapan kepada kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

# Patutlah kak Mah turun flight..muka tak brapa nak ceria...rupanya tak jadi nak shopping cam budak2 penat ikut ayah mak ke hulu hilir tapi tak dibelikan apa apa...

Apapun anda dinasihatkan....Baca Boleh ..percaya.... fikir 1000x...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails