Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Isnin, 8 Mac 2010
Sumayyah : srikandi Islam pertama
SUMAYYAH Khayyat adalah wanita pertama syahid pada jalan Allah sebelum hijrah. Pengorbanan beliau adalah simbol kebesaran Islam dan menjadi teladan kepada semua umat.Sumayyah hidup sebatang kara dan menjadi hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah, hartawan Bani Makhzum yang terkenal. Beliau adalah isteri kepada Yasir, pedagang yang datang ke kota Makkah untuk mencari saudaranya yang hilang.
Saudara yang dicari Yasir tidak ditemui lalu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di kota Makkah kerana terpegun dengan kemakmuran di situ. Namun disebabkan kehidupan di kota Makkah yang mengutamakan hidup bersuku-suku, Yasir akhirnya meminta perlindungan daripada Bani Makh-zum. Kemudian, Yasir ditempatkan di bawah jagaan Abu Huzaifah yang turut menjaga Sumayyah.
Akhirnya, Yasir dikahwinkan dengan Sumayyah dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar dan Ubaidullah. Lama-kelamaan, kedua-dua anak mereka meningkat dewasa, manakala umur Sumayyah serta suaminya pula kian bertambah.
Pada permulaan Islam, dakwah Islamiah yang dibawa Nabi Muhammad menarik perhatian segelintir masyarakat Arab Jahiliah. Sinar Islam yang dibawa Nabi Muhammad turut membuatkan salah seorang anak Sumayyah, Ammar untuk mendalaminya.
Justeru, beliau memeluk Islam lebih-lebih lagi selepas tertarik dengan ajarannya yang tidak membezakan darjat antara manusia. Sesudah itu, Ammar berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada keluarganya lalu akhirnya mereka turut memeluk Islam tanpa syak wasangka.
Bagaimanapun, sikap golongan Quraisy yang rata-rata menyembah berhala agak lantang terhadap Islam. Mereka memusuhi Islam yang dibawa Rasulullah dan menyeksa mana-mana individu yang memeluk agama itu.
Mereka amat berharap agar kaum Muslimin kembali kepada agama nenek moyang. Walaupun diugut oleh golongan Musyrikin, Sumay-payah langsung tidak gentar sebaliknya menegaskan kebenaran Islam yang dianutinya. Baginya, pilihan itu adalah tepat dan benar.
Peristiwa Sumayyah memeluk Islam turut diketahui Bani Makhzum. Akibatnya, Sumayyah dan ahli keluarganya ditangkap serta diseksa termasuk dijemur di bawah pancaran cahaya matahari.
Mereka diseksa dengan kejam tanpa belas kasihan daripada orang kafir itu. Seksaan Sumayyah lebih teruk lagi di mana beliau ditabur dengan pasir yang panas dan diletakkan batu besar di atas tubuhnya.
Namun, keimanan beliau kepada Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak pernah merintih kesakitan. Sebaliknya, perkataan yang keluar dari mulut beliau hanya ‘Ahad! Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Satu)’.
Keadaan itu menambahkan lagi kemarahan Bani Makhzum dan mereka terus menyeksa Sumayyah agar kembali kepada agama asal. Sumayyah dan keluarga tetap tidak berganjak daripada keputusannya walaupun diseksa dengan kejam.
Semua penduduk Makkah menyaksikan penyeksaan itu, namun tidak ada yang mampu berbuat apa-apa kerana takutkan ancaman Bani Makhzum. Rasulullah yang melintasi tempat itu bersimpati dengan nasib Sumayyah dan keluarganya. Lalu Baginda bersabda: “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga”.
Kewibawaan Sumayyah kian terserlah sebaik saja mendengar kata-kata Rasulullah. Iman beliau kian bertambah kerana janji yang diucapkan Baginda adalah benar. Lagi pun Sumayyah hanya seorang wanita dan tidak mampu menghalang seksaan itu, namun beliau tetap tabah menghadapinya.
Sesungguhnya, ketabahan yang ditonjolkan Sumayyah amat mengagumkan umat Islam. Malah, Bani Makhzum berasa tercabar dengan ketabahan beliau dan merasa amat benci.
Kemudian, Abu Jahal, terus memujuk Sumayyah agar kembali ke agama asal mereka namun ia tidak diendahkan Sumayyah. Kata-kata yang disebut Sumayyah melukakan hati dan menghilangkan kesabaran Abu Jahal lalu menikam pangkal dada Sumayyah dengan pedangnya tanpa perasaan simpati.
Sumayyah akhirnya terkorban dan peristiwa berkenaan disaksikan seluruh penghuni kota Makkah ketika itu. Suaminya, Yasir turut terkorban selepas kematian Sumayyah.
Syiar Islam yang dipegang oleh Sumayyah melambangkan kebenaran dan kebesaran Allah. Selepas kematian Sumayyah, orang Islam di kota Makkah berhijrah ke Madinah dan membuka era baru dakwah Rasulullah.
Pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal akhirnya menemui ajal dalam Perang Badar selepas bertarung dengan tentera Islam. Sesungguhnya, peristiwa kematian Sumayyah adalah lambang pengorbanan sejati dan menjadi semangat kepada seluruh umat Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(138)
-
▼
Mac
(37)
- Calon tak jadi MB Perak
- Pulau Perhentian: Syurga kemungkaran
- Hulu Selangor: Pakar Neorologi vs Pakar Pikul Duit?
- Sekutu Bn jijik dengan ucapan Mahathir
- Konsert Jom Heboh di Kelantan..
- Chedet gelar Pak Lah Tuan Corridor...
- Tazkirah tentang aurat oleh Wardina Safiyyah
- umno dah lemah..banyak penyakit
- Keliru ni...
- Isu judi malu dengan MP Non Muslim..isu arak malu ...
- Krisis Istana: Tengku Abdul Halim sah dilantik Pen...
- Terlondeh habis kain...dedah lagi..
- Pejuang tulenpun ada saham judi??
- Slogan 1Malaysia lompang
- Keluhan bakal 'mantan' KPN..
- Tu dia .. baru kami tahu. Allahuakbar.
- Kebesaran dan kemuliaan ayat ayat Allah
- UMNO: Harimau patah kuku dan taring
- ADUN 'bebas' khianati amanah
- Perkahwinan 1 Malaysia......
- ADUN Damansara Utama Patah Kaki Dalam Kemalangan
- Kerusi panas MB Terengganu
- Zul Nordin nak buat roadshow pulak...
- Muhyidin kata TGNA tak hormat mufti...
- Kenali siapa Zulkifli Nordin...
- Kes qazaf: Zul Noordin tarik diri dari bela Anwar
- Air Sebagai Perakam Suara Terbaik
- Malaysia perlu kepada Syariat Islam
- CD fatwa Dr Yusuf Qardawi dalam isu liwat
- Sumayyah : srikandi Islam pertama
- Bertuahnya kaki golf...
- DS Anwar: Zul dipecat kerana prinsip
- Anwar: PKR Sedang Hadapi Masalah
- Mufti sengaja menjahilkan diri?
- Kes kematian kanak-kanak, Syafiah Humairah Sahari,...
- Polis Tiada Konspirasi Dengan Parti Politik: Musa
- LTDL: Awang Adek tuding jari kepada penganjur
-
▼
Mac
(37)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan