Mendidih baca ni...
Teman teman Blogger
Khamis, 30 Jun 2011
Begini Tim SPR berfikir...Geramnya!!!!!
Mendidih baca ni...
Selasa, 28 Jun 2011
Terkejut wei...
RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.
RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih.
RM10.2 juta bagi bil elektrik .
RM1.9 juta untuk bil air.
Ikut matematik rakyat bil sebulan....untuk kedua dua kediaman kerajaan membelanjakan:
RM160,000 untuk bil elektrik .
RM33,000 untuk bil air.
Jawapan bertulis woo...
Ni bukan beruk je terkejut..kucingpun terkejut..
Orang UMNO je tak terkejut kooottt..
Terkini...semalam..sah tak ada permit..
DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.
Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.
Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.
Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.
Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.
Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi awal pagi ini, menjelaskan Umno Barisan Nasional (BN) begitu terdesak hingga sanggup mengupah remaja membuat kekacauan.
“Ini tindakan samseng yang sedang menggelabah. Mereka cuba takutkan orang ramai untuk menggagalkan Himpunan Bersih 9 Julai ini.
“Anehnya, tiada seorang pun pemimpin Umno mahupun Perkasa dipanggil polis. Ironinya pimpinan Bersih termasuk Datuk Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula yang disoal.
“Namun, jika itu tujuan mereka, nampaknya mereka silap besar. Budaya ugut dan ancam Umno BN hanya akan menyebabkan rakyat bangkit dan menolak mereka.
“Tuntutan kami jelas iaitu sistem pilihan raya yang bersih dan adil,” kata Saifuddinsumber
Isnin, 27 Jun 2011
Undian 99% VS 67%....ada aku kesah...
Kajian rambang oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS) sepanjang dua minggu lepas mendapati 67 peratus respondan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan BERSIH.. 12 peratus respondan mengambil pendirian berkecuali dan hanya 21 peratus bersetuju perhimpunan itu diadakan.
Perkasa dan Pemuda nak lawan berhimpun..
Zahid pilih lawan undian....iras2 akademik fantasia je..
Jumlah respondenpun rahsia..hehe ntah2 undian dari warga JKK...
PERHATIAN!!!!Rakyat join BERSIH bukan kerana peratus undian..
Rakyat join kerana nak BERSIHKAN segala yang kotor..yang berdaki..yang berselut..yang busuk dari segala datuk nenek mambang...termasuk mambang katak...
INGAT!!!! 9 Julai..
Isnin, 20 Jun 2011
Pisang n Nyior 1Malaysia..
Singgah gerai air kelapa..seperti biasa beli air kelapa sebiji untuk bekal dalam perjalanan..
Sembang sembang dengan pakcik penjual tu..
"Harga nyior ni naik leni ustaz...dok leh doh RM 2.50..leni RM 3.00.."
Suami cuma " ya ke..."
Pakcik tu sambung lagi " minyak Ron 95 naik..jadi nyiorpun kena naiklah..barang naik blaka.."
kami cuma senyum..bayar duit dan jalan.
Minggu ni pulang lagi ke Terengganu..
Macam biasa singgah di gerai jual air kelapa..kali ni beli 2 biji.
Suami bertanya.."tak jual makanan lain? pisang goreng ke??"
pakcik tu jawab dengan emosi pulak tu..
"pisang mahal leni ustaz..pisang 1Malaysia..dok 'padang' nak jual..customer tahu nok sedap..nak muroh..kita nok jual guane..barang mahal..minyak naik..pisang naik..nyior nipun naik harga..leni gak semua barang mahal blaka..1Malaysia lah ni.."
Bila nak bayar.."brapa harga ni?"
"2 butir nyior ustaz bagi RM 7 rial doh ah.."
Terkedu kami..Sebiji kelapa muda RM 3.50...minggu lepas Rm 3.00..sebelum ni..RM 2.00-2.50..
Aduh 1Malaysia....
Ahad, 19 Jun 2011
Kebajikan atau rasuah punca muflis???
Separa kebajikan untuk siapa??? Semua rakyat tahu...anak beranak wooo..kroni loo
Mantan PM pun kata kos di negara ini rendah..fuyooo...rendah????
Orang yang selalu duk atas...jarang nak jenguk ke bawah..kalau nak tahu cuma tanya puak angguk di kiri kanan...depa kata semua ok bossss...
Mantan PM kata lagi..
Saya percaya jika kita negara berkebajikan penuh, kita akan muflis,” kata beliau dengan merujuk kepada Greece yang diisytihar bankrap disebabkan hutang melampau tahun lalu.
Kita yakin tak muflis kalau buat kebajikan tapi akan muflis kalau duk membazir cam ni
Baca di sini
Apapaun komentar ini seronok dibaca...
Jadi saja ketua cawangan, lepas tu kaya,
Jadi saja ketua Bahgian, makin kaya,
Jadi saja timbalan Menteri, lagi kaya,
Jadi saja Menteri, bertambah kaya,
Jadi saja Perdana Menteri, Kaya Raya.
Dari mana datang wang itu kalau tak rasuah,...lama-lama bangkraplah che det oooi
Sabtu, 18 Jun 2011
Tunang?? Ketering?? RM81.000?? Jawab jangan tak jawab..
Kusss semangat...
Soklan 1....ketering bermakna jamuan makan jelah kan???? 81 ribu untuk bil katering..dalam masa yang sama rakyat diminta berjimat cermat...kepimpinan melalui teladan...
Soklan 2...."Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan Kee Kwong
Jabatan PM????
Baca jangan tak baca
Jumaat, 17 Jun 2011
BERSIH 2011 lebih meriah dengan Perkasa n Pemuda???
Harapnya BERSIH kali ini diberi peluang untuk berakhir dengan aman tanpa gangguan dari mana mana pihak.
Big Bos PERKASA kata nak turun juga..
Bos Pemuda UMnopun nak ikut berhimpun...apa niat apa nawaitu...sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya..
Selasa, 14 Jun 2011
Murtad..Anda baca..anda menilai
Sumber
Negeri Sembilan ditangga ke2 selepas Sabah...apa kata Mat Hassan..
Ini yang dilaporkan..yang dalam senyap..tak tahu berapa jumlahnya..
Ini penangan bila politik suku..agama suku..
Ini penangan bila pembangunan konkrik menjadi umpan..
Blog Archive
-
▼
2011
(60)
-
▼
Jun
(9)
- Begini Tim SPR berfikir...Geramnya!!!!!
- Terkejut wei...
- Terkini...semalam..sah tak ada permit..
- Undian 99% VS 67%....ada aku kesah...
- Pisang n Nyior 1Malaysia..
- Kebajikan atau rasuah punca muflis???
- Tunang?? Ketering?? RM81.000?? Jawab jangan tak ja...
- BERSIH 2011 lebih meriah dengan Perkasa n Pemuda???
- Murtad..Anda baca..anda menilai
-
▼
Jun
(9)