Kemenangan tipis PAS di prk Manik Urai sedikit sebanyak agak mengejutkan. Semalam bila menerima mesej tentang majoriti yang Pas perolehi semacam tak percaya. Rasanya ramai yang termangu bila mengetahui kemenangan tipis ini. Majoriti 65 undi.
Umno menangis kerana kalah,Pas terkedu kerana majoriti yang banyak hilang. Ramai yang mula mencari sebab musababnya. Rasanya dalam seminggu ini,warung warung kopi akan ada forum forum tak rasmi yang cuba menganalisa sebabnya. Tentunya antara sebabnya adalah janji janji umno dan hujan RM yang turun sebelum pengundian.
Barangkali ramai rakyat di Manik Urai yang benar benar mahukan jambatan 7 juta terutama bila umno diberi kemenangan di peti Undi MU. Barangkali juga kerana pemberian sampul yang berisi mempengaruhi rakyat MU. Betul ke andaian ini? Bukankah selama inipun Umno suka berjanji yang mana perkataan diakhir ayatnya "..sekiranya umno dipilih dalam pilihanraya ini.." Pemberian sampul sampul berisipun bukan perkara baru. Pendek kata Kalau tak ada janji dan pemberian sampul berisi,itu bukanlah umno namanya.
Rakyat di Mu seperti bermain tarik tali. Umno tak diberi kekalahan yang teruk,Pas tidak diberi kemenangan yang besar. Kehilangan undi sebanyak 1,287 undi memberikan satu kejutan kepada PAS dan PR. PAS menang tapi bukan menang bergaya.
Apakah umno dah mula diterima semula? Rasanya itu bukan sebabnya. Terlalu banyak kejelekan umno yang menyebabkan mustahil itu faktornya. Cuma PAS dan PR kena ingat, kemenangan yang bathil bukan kerana dia adalah benar dan kuat tapi kerana pihak yang benar itu masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Prk Mu memberi isyarat awal kepada PAS dan PR.
Masanya untuk kembali bermuhasah diri. Mungkin kemenangan kemenangan sebelum ini menimbulkan rasa riak. Mungkin kemenangan juga sebelum ini menyebabkan PAS berasa cukup selesa. Mungkin kemenangan sebelum ini menyebabkan terlalai,terleka, terlena dengan keindahan kemenangan. Masa sudah sampai untuk kembali merapatkan saf yang renggang dan longgar. Kembali seperti bangunan yang tersusun kukuh.
Tahniah dan takziah kepada abang Uji. Tahniah kerana berjaya menewaskan umno,Takziah kerana amanah kemenangan sangatlah besar. Biarpun hanya dengan majoriti 65 undi teruskan berbakti untuk rakyat MU. Buktikan peraih ikan juga mampu menunaikan tanggungjawab dan amanah. Tahniah juga untuk semua petugas PR.
Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(115)
-
▼
Julai
(27)
- ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.
- Makluman pergerakan Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos
- Keluarga Hebat dan Ihsan
- HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK
- PERMOHONAN MAAF
- Pelaris....
- Himpunan Khas Bekas Pelajar & Guru Institiut Berak...
- Surat rasmi - Cara minta kawin lagi
- Mendidik Kaum Wanita
- TG Nik Aziz Ulas Pasal lilin
- Tinta Pagi jumaat
- KISAH LIMA PERKARA ANEH
- PRK MANIK URAI: Satu pandangan
- PRK Manik Urai
- Ilmu Dan Harta
- Ahli, penyokong PAS diminta puasa sunat, solat haj...
- Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda
- Tinta Pagi jumaat:Kamar Kamar D Syurga
- Implan gigi:RM40-50 Ribu?
- Ujian Dalam Perjuangan
- PPSMI dimansuhkan mulai 2012
- Kelebihan Usrah
- Nak Tahu?
- Cantiknya Seorang Muslimah
- Pesanan Ibrahim Adham
- Tinta Malam Jumaat
- H1N1:Malaysia Rekod 20 Lagi Kes Baru
-
▼
Julai
(27)
1 ulasan:
Kemenangan tipis PAS itu adalah kekuatan moral BN, Amaran kepada PAS jgn sekadar hanya menekankankan pembangunan spiritual tetapi mengabaikan pembangunan fizikal. tentang duit ke...ape ke sy no komen...sbb tuduhan tanpa bukti yg kukuh adalah fitnah... kalau benda tu tak berlaku...sia2 jer amalan...
Catat Ulasan