Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 13 November 2009

Perkara Aneh

Nabi Allah Isa A.s pernah mendaki sebuah gunung dan melihat seorang tua sedang menyembah Allah di tengah panas matahari.

Nabi Isa menegurnya.
"mengapa anda tidak mencari tempat naungan untuk berteduh?"

"Wahai Nabi Allah,aku mendengar dari para nabi bahawa aku tidak hidup lebih dari 700 tahun. Maka aku tidak memikirkan apa yang namanya tempat berteduh."

"Akan kusampaikan kepadamu sesuatu hal yang lebih ajaib dari itu." Ucap Nabi Isa

"Apa?"Tanya ahli ibadah itu.

"Pada akhir zaman akan ada kaum yang usianya pendek tidak lebih 100 tahun.Namun mereka mendirikan bangunan dan gedung gedung. Mereka punya angan angan untk hidup 1000 tahun."

Ahli ibadah itu menjawab:
" Wallahi! Andai aku sempat sampai zaman tersebut akan kujadikan usiaku dalam sekali sujud."

Nabi Isa berkata lagi:
"Ada yang lebih aneh lagi apabila anda masuk ke gua ini."

Dan setelah abid tua itu masuk. dia melihat sebuah ranjang dari batu yang di atasnya ada satu mayat berbujur dengan alas batu yang bertulis:

"Aku si polan,seorang raja. Telah dipanjangkan usiaku sampai 1000 tahun,membangunkan 1000 kota,memperisterikan 1000 gadis dan telah mengalahkan 1000 askar. Tapi akhirnya menjadi seperti apa yang engkau lihat ini."

#Letakkan dunia yang fana di dalam tangan. Akhirat yang kekal di dalam hati. Sehebat manapun manusia,sekaya manapun manusia namun akan tetap mati kerana yang kekal hanya Allah. Dunia hanya sekadar persinggahan untuk menghimpun amalan yang baik sebagai bekal di persinggahan abadi. Allah telah membentangkan kita dua jalan,jalan kebaikan dan jalan kemungkaran. Beruntunglah orang orang yang mensucikan jiwanya dan rugilah orang orang yang mengotorkannya.

2 ulasan:

zai berkata...

Salam Uminas,

terima kasih atas perkongsian entri yg sangat baik..terkesan sungguh dihati tentang betapa rugi dan sia2nya usia yg dihabiskan sepanjang kehidupan ini seandainya tidak dipenuhi dengan amal ibadat utk bekalan disana yg tiada lagi istilah akhir hayat...

uminas berkata...

Perkongsian untuk iktibar bersama. Bukan saja untuk orang lain tetapi lebih sebagai peringatan pada diri sendiri kerana manusia sering terlalai dan terlupa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails