Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kerja syaitan...


Dalam kitab Thanbihul Ghafilin menerangkan bahawa apabila sampai waktu solat,Iblis yang dilaknat akan menyuruh tenteranya yang terdiri dari syaitan supaya menyibukkan manusia dengan kesibukan hingga melalaikan mereka dari mengerjakan solat.

Apabila tiba waktu solat,syaitan syaitan akan menganggu manusia sehingga luput waktu solat yakni meninggalkan solat kerana asyik melakukan kerja kerja duniawi. Jika syaitan syaitan itu gagal berbuat demikian, maka syaitan itu akan mengganggu pula orang orang yang mengerjakan solat dengan cara menyuruh mereka supaya tid ak menyempurnakan rukuk dengan betul,tidak menyempurnakan sujud dengan betul. Begitu juga dari segi bacaan dan tasbih. Maka akan adalah manusia yang melakukan solat dengan tergesa gesa atau sambil lewa. Tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.

Dikisahkan juga jika syaitan tidak dapat mengganggu mereka yang mengerjakan solat maka syaitan syaitan itu akan pulang dengan perasaan rugi dan hina. Apabila syaitan kembali kepada iblis laknat,iblis akan memerintahkan supaya syaitan itu diikat dan dilempar ke laut sebagai hukuman kerana gagal mengganggu orang yang mengerjakan solat.

Dikisahkan juga jika syaitan itu berjaya mengganggu orang yang mengerjakan solat atau berjaya melalaikan orang dari mengerjakan solat maka syaitan itu akan dipuji,dimuliakan dan diagung agungkan.

Berkata Abul Laits Assamarqandi:

"Sesungguhnya kamu mempunyai 4 musuh yang sangat memerlukan kesungguhan kamu untuk menghadapinya:-

1. Kehidupan Dunia
Allah swt telah berfirman yang bermaksud: Maka jangan sekali kali kamu semua ditipu oleh (kehidupan) dunia..

2. Nafsu
Ibnu Abbas r.a. berkata:"Musuhmu yang paling ketat dan sangat berbahaya ialah nafsumu. Dia berada di antara dua rusuk kamu"

3. Syaitan dari jin
Syaitan dari golongan jin,maka hendaklah memohon perlindungan kepada Allah swt dari segala tipu muslihatnya

4. Syaitan dari manusia
Syaitan dari kalangan manusia maka hendaklah kamu berhati hati dengan mereka kerana mereka itu lebih dahsyat dari syaitan dari kalangan jin sebab syaitan dari jin menyesatkan manusia hanya dengan bisikan yang menghempuskan ke dalam hati manusia.
Adapun syaitan dari manusia itu menyesatkan manusia dengan mata yang boleh dilihat
akan perkara perkara jahat dan kadang kadang mereka memberi pertolongan untuk mengerjakan perkara yang jahat dan baik. Kadang kadang mereka adalah dari kalangan teman teman dan saudara manusia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kak.... Saya rasa FRU yang ligan kita orang kat Sogo masa demo Mansuhkan ISA pasti tak solat. Nak solat macamana, operasi mengganas mula sebelum zohor. Kata la dia orang belasah rakyat sampai jam 5 petang... Takkan balik rumah jam 6 terus solat jamak takkhir. Buat kerja jahat mana boleh solat jamak... Lagi pun tengok pada muka samseng-semseng tu sebijik macam muka syaitan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive