Hari ini terdedah al kisah betapa rupanya sebelum Nizar ada 2 Adun yang ditawarkan menjadi Menteri Besar Perak.Dalam berita TV3 tadi..Jaguh lompat Adun Behrang dengan malu malu kucing membuat pengakuan bahawa beliau pernah ditawarkan dengan kerusi MB Perak. Tawaran bersyarat. Rujuk balik dengan DAP. Rupanya sebelum PKR,Jamal dah 'bersama' DAP. Jelas Jamal bukan orang yang berpendirian tetap.
Zamry pula mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan menjadi MB pakatan Rakyat jika melompat parti menyertai PKR setelah pilihanraya 2010. Kata Zamry tawaran ditolak kerana 'berpegang kepada prinsip perjuangan'.
Nampak gaya se
lepas Zahrain dan Zukifli Nordin,ada lagi yang teringin buat gempak. Cari publisiti murahan. Agaknya itulah saja caranya untuk mengalih perhatian rakyat dari membicarakan apa yang berlaku di sidang DUN Perak hari ini dan semalam.Lebih dramatik bila Zamry mengakhiri ucapannya dengan kata kata “Dengan suci hati, saya ingin meniup wisel perdamaian...jawatan MB boleh datang dan pergi tetapi perdamaian yang abadi adalah demi rakyat,”
Kalau betul bagai dikata...BUBAR DUN serahkan mandat kepada rakyat...ada berani???
1 ulasan:
Salam,
geli geleman dengar pengakuan itu
Catat Ulasan