Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 4 Mac 2010

Polis Tiada Konspirasi Dengan Parti Politik: Musa



PULAU PINANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.

"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional. Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang.

Terdahulu Musa menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan dan kajian menangani jenayah.

Perjanjian untuk tempoh lima tahun itu ditandatangani oleh Musa mewakili PDRM dan Naib Canselor USM, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak mewakili universiti itu.

Musa juga menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menerima SMS lucah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Laporkan terus dan jangan sebarkan kepada rakan-rakan, pihak polis juga telah menjalankan siasatan dan telah mengenal pasti individu yang terlibat, hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Musa berkata, polis sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyekat penularan masalah sosial yang disebarkan menerusi telefon bimbit. - BERNAMA

# Lu pikir sendiri laaa.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive