Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 27 Oktober 2009

Silap Besar Mengharapkan Perpecahan Dalam PAS

Siang malam pemimpin dan media Umno cuba melaga-lagakan pimpinan Pas. Mereka menggambarkan Pas kini telah berpecah. Sikap mereka berubah-ubah seperti keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Misalnya sebelah siang mereka boleh memuji-muji Presiden dan Mursyidul Am Pas dan malamnya boleh berpusing 360 darjah dengan digantikan tomhmahan dan kejian.

Sebenarnya mereka cuba mengalih isu dan perhatian rakyat dari isu yang berlaku dalam Umno@BN dan juga dalam negara. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan rakyat dari membicarakan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Umno@BN seperti yang didedahkan laporan Audit Negara baru-baru ini.

Jika Umno atau yang sewaktu dengannya mengharapkan Pas akan berpecah dengan isu yang berlaku ternyata mereka silap besar. Mereka yang bercakap tentang perpecahan yang kononnya sedang berlaku dalam Pas ialah mereka yang tidak memahami dasar dan perjuangan Pas. Pas berjuang dan berdiri gagah hari ini dalam persada politik negara kerana teras atau dasar perjuangan Pas. Pemimpin Pas boleh datang dan pergi. Pas biasa mengalami pasang surut dalam arus politik negara. Tetapi bagi pejuang dan pimpinan Pas mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti untuk memastikan kesinambungan perjuangan mencontohi perjuangan Nabi SAW untuk menegakkan sistem keadilan dan pemerintahan yang berteraskan lunas-lunas Islam terlaksana.

Sejarah telah membuktikan ramai pimpinan Pas yang sanggup dipenjara dan mengalami pelbagai deraan fizikal dan mental tetapi untuk berundur dari perjuangan atas nama mana-mana individu adalah tidak sama sekali.

Apa yang berlaku hari ini sebenarnya ialah ‘isu-isu teknikal’ iaitu mencari bagaimana mekanisme, teknik atau kaedah yang terbaik yang difikirkan oleh pimpinan Pas untuk melenyapkan Umno daripada peta politik di negara ini.

selain itu, apa yang berlaku dalam Pas hari ini adalah satu lagi proses tarbiyyah untuk memantapkan perjuangan Pas agas terus kekal dan relevan agar terus subur membawa mesej Islam dan suara dakwah kepada ummah di negara ini. Kecintaan kepada perjuangan Islam mengatasi segala-gala kepentingan peribadi. Ujian adalah sebahagian pra syarat terhadap perjuangan Islam. Ujian ini akan menjadikan Pas akan bertambah gagah dalam misi dan visi untuk menumbangkan Umno@BN daripada terus rakus menipu dan menindas rakyat. Mehnah ini akan memantapkan iltizam dan ikrar untuk memastikan Umno akan ditalkinkan dalam pilihanraya umum akan datang.

-http://angkasanuri.blogspot.com/

#Kita mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam mesyuarat khas nanti. Tak mampu nak ulas apa apa lagi. Bagi ahli pas seperti kami walaupun kerisauan namun sentiasa mengharapkan Parti yang kami sayangi dan dukungi akan sentiasa di landasan yang diredhai serta berpegang teguh dengan prinsip prinsip Islam.
Kita hanya manusia yang lemah. Hanya mengharapkan petunjuk dan hidayah dari Ilahi.

1 ulasan:

kitageng berkata...

Rasanya ramai yang tertunggu tunggu keputusan mesyuarat khas. Memang dah tak boleh nak ulas apapun.. tunggu je keputusan mesyuarat khas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails