Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 22 Oktober 2009

Bahaya Solat Tanpa khusyuk


Dalam surah al Maun,ayat ke4 dan ke 5,Allah telah menyatakan kecelakaan bagi orang orang yang solat. Ayat yang bermaksud:

"kecelakaanlah akan didapati bagi orang orang yang solat. Orang orang yang solat mereka dalam keadaan lalai."

Dalam ayat tersebut,Allah telah menyebut bahawa neraka diperuntukkan bagi mereka yang mengerjakan solat tetapi solat mereka dalam keadaaan yang lalai dan lupa.Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lalai itu? Ada beberapa perkara atau keadaan yang termasuk dalam ertikata lalai tersebut.

Antaranya:

~ Mereka yang lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedarinya berapa rakaat solat yang dikerjakannya. Kadang kadang terlupa akan rakaatnya samada sudah terlebih,genap atau terkurang. Dalam solat mereka boleh mengigati bermacam perkara. Barang hilang boleh diingat dalam solat,idea baru datang dalam solat bahkan nak masak apapun boleh diingat dalam solat.

~ Mereka lalai dengan kedatangan waktu solat fardu atau mereka ingat dan tahu masuk waktu tetapi bertangguh tangguh,nanti dulu, sebentar lagi dan sebagainya.Mereka bertangguh samada disebabkan urusan pekerjaaan dan seumpamanya.

~ Termasuk juga dalam kategori lalai ialah mereka yang lupa maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah swt walaupun mereka mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat. Mereka lupa solat mencegah dan melarang mereka dari melakukan perkara perkara mungkar.

~ Ibnu Jabir pula mengertikan perkataan lalai itu ialah mereka tidak bersungguh sungguh mengerjakannya. Dalam solat ingatannya melayang kepada yang lain,tidak disegerakan membulatkan ingatannya kepada Allah swt.

Adapun maksud sebenar mengenai lalai dan lupa itu ialah mereka yang sekiranya melakukan solat di awal waktu merasa beruntung dan bersyukur kerana Allah mengurniakan sehingga dapat melakukan solat di awal waktu. Dan jika melambat lambatkan solat di hujung waktupun tidak merasakan sesuatu yang merugikan malah tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat lewatkan kewajipan solat fardu tersebut.

Orang yang telah sampai ke peringkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu atau dihujung waktu maka dalam keadaan tersebut walaupun dia mengerjakan solat tetapi malangnya ia telah direzabkan oleh Allah swt untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu didalam neraka.

Ada juga yang terlambat mengerjakan solat kerana tertidur. Walaupun tertidur dan terlupa itu sesuatu yang tidak dikira salah di sisi syariat namun ia hendaklah diperhatikan dari pelbagai sudut. Apakah dia tidur setelah masuk waktu solat atau ketika waktu solat hampir tiba jika dalam keadaan tersebut maka disifatkan sebagai cuai. Dengan kecuaian itu juga Allah swt akan mendatangkan balasannya sesuai dengan kecuaian yang telah dilakukannya. Tidur yang dianggap sebagai ibadat hanyalah tidur yang dilakukan sebagai modal untuk berjaga malam kerana hendak melakukan solat malam seperti yang digalakkan oleh Islam.


Sumber:Khusyuk Dalam Solat

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails