Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 15 Oktober 2009

Catatan sehari di bagan pinang

Malam 11hb,pertambahan penghuni tempat penginapan menyebabkan pejabat terpaksa dikemas untuk dijadikan tempat tidur. Sekadar untuk merehatkan badan yang kepenatan. Meja diangkat ke tepi. Kira kira jam 2 pagi tanpa tilam atau tikar,hanya tuala pengganti bantal namun kerana terlalu penat tidur tetap lena.

Terjaga kira kira jam 4 pagi. Kelibat beberapa teman sedang bergegas ke surau berdekatan. Hampir terlupa kiranya ada solat hajat dan munajat pagi itu. Walaupun nak cepat terpaksa juga menunggu giliran ke bilik air. Hampir 4.35 bergegas pula menyusuri teman teman lain. Kiranya saya terlewat kerana sampai di surau,solat sunat tasbih sudah hampir selesai. Satu kerugian sebenarnya.

Pagi itu kami solat sunat hajat dengan diimamkan oleh ustazah Nuridah,ketua Dewan Muslimat PAs Pusat. Doa dipanjatkan memohon pertolongan dan kasihan belas Allah. Memohon dipermudahkan bagi kami melaksanakan kerja kerja dakwah. Ada sesu sedan yang mengiringgi doa. Ya Allah sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah dan tidak berdaya,bantulah kami.

Seusai solat hajat disambung dengan solat subuh dan tazkirah ringkas. Kata kata semangat dan peransang terus diberikan. Kemudian kami kembali ke penginapan sementara. Berkemas dan bersiap untuk turun melengkapkan satu lagi agenda perjuangan.

Kumpulan kami adalah yang terakhir bertolak ke tempat pengundian. Sampai disana,kami bergegas turun. Suasana dah mula bising dengan jerit pekik pemuda umno. Mengambil tempat berhadapan dengan pemuda umno,menyaksikan lagak dan aksi yang ditunjukkan oleh anak didik Khairi Jamaludin. Perkataan lucah dan tidak sopan menjadi zikir pada mereka. Perkataan depan boleh belakangpun boleh,bogelpun boleh,sama jenispun boleh seolah olah tidak memberikan apa apa rasa pada mereka. Malah ada yang ke tengah jalan menunggingkan punggungnya pada kami. Ya Allah ke mana perginya rasa malu mereka.

Sedangkan disebelah penyokong PAS mula mengalunkan zikir dan selawat. Beberapa orang pemimpin dan petugas keselamatan Pas sentiasa berulang alik di hadapan kami dan mengarahkan agar terus berzikir dan jangan sesekali melayan provokasi yang cuba dilakukan oleh pemuda umno.

Hampir jam 11 pagi,barulah nampak kelibat gadis gadis berbaju merah jambu. Aksi puteri umno ini juga tidak kurang hebat. Sejujurnya terasa malu melihat tingkah laku puteri umno. Dengan pakaian ketat,terjerit pekik dan terkejar kejar seperti dalam satu pesta. Kemudian datang pula kumpulan remaja berbaju oren melakukan aksi yang sama. Alahai inikah anak bangsaku?

Dalam alunan zikir dan selawat,didepan mata pula tingkah laku yang tidak sopan datang rasa pilu dan sedih. Inikah generasi yang akan memimpin negara? Mereka inikah yang bakal menjadi pemimpin kepada anak bangsa? Inikah rupa umat Nabi Muhammad? Malang sungguh bangsa melayu,patutlah ianya makin layu..

Jerit pekik anak anak umno ini terhenti seketika bila diberikan aiskrim satu sorang. Mudah sangat nak dijinakkan rupanya. Sekali lagi aksi anak anak muda ini terhenti bila Datuk Shafie Afdal menghampiri dan bersalam dengan mereka. Puteri umno menundukkan badan bersalam sebagai tanda hormat. Terkeliru rupanya mereka mana halal mana yang haram.

Menjelang tengahari,suara dari kelompok umno makin hilang. Mungkin tak tahan dengan cuaca yang semakin panas. Sedang dari kelompok Pas,zikir dan selawat terus dialunkan.
Saya meninggalkan sirusa hampir jam 2 petang untuk meninjau pos Teluk kemang. Waktu itu puteri umno sudah menghilangkan diri. Yang tinggal hanya beberapa orang dari pemuda umno,itupun sudah mula duduk bersila diselimuti bendera Bn sambil makan epal.

Saya tidak pasti atas sebab apa maka umno masih dipilih oleh pengundi Bagan Pinang. Atas sebab apa pula umno dianggap masih relevan. Hampir sehari dihidangkan dengan aksi terlampau pemuda,puteri dan putra umno menyebabkan saya buntu memikirkan apakah siri tarbiyyah yang umno terapkan pada anak muda ini. Kehadiran wanita dan pemimpin umno tidak memberi apa apa erti kerana mereka langsung tidak menegah dan menasihati anak anak muda ini.

Saya sedar PAS dan umno berada di landasan yang berbeza. Namun anak anak muda yang saya lihat itu adalah anak bangsa saya dan anak orang Islam. Oleh itu rasa gusar, bimbang,terkilan tetap wujud. Namun kegusaran tersebut tidak memberi apa apa erti kerana saya pasti umno lebih suka memberikan kebebasan dan keseronokkan yang akhirnya akan menyebabkan anak anak muda ini terbabas tanpa kawalan,tanpa pertimbangan agama. Barangkali hanya itulah caranya untuk meraih sokongan golongan muda agar tetap bersama umno.


Bagan Pinang ditinggalkan untuk diurustadbir oleh Isa samad. Tunggu dan lihat,apa lagi yang agaknya akan tergadai. Harapnya Perhimpunan Agung umno yang berlangsung sekarang turut membincangkan kepincangan akhlak golongan muda dalam umno. Harapnya dalam prk akan datang tak akan ada lagi aksi tonggeng punggung dan perlakuan tidak bermaruah.
Salam ukhuwwah.






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harapnya pengalaman dan kekalahan di Bagan Pinang akan jadi satu momentum baru untuk semua petugas PAS dan PR.
Selama ni duk menang je..sesekali kalah macam orang tengah tidur kena sembah air..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails