Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Tidak bertajuk..bacalah sendiri

Dah 3 jam lebih mengadap internet. Menjelajah dari blog ke blog. Blog blog politik masih hangat dengan isu dalaman Pas. Sesetengah blog agaknya panas mendidih. Itulah dunia yang serba canggih,segala ketidakpuasan hati,tak suka, benci,meluat,menyampah diterjemahkan dalam tulisan tulisan yang terpapar hanya dengan sekali klik.Masih belum berpuas hati dengan keputusan mesyuarat khas yang menggantikan EGM dengan seminar. Bukan setakat penulis artikel tapi respon dari pengunjung blog kadangnya lebih dashyat. Agaknya masa menulis komentar ada yang terlalu geram hingga tercabut butir2 huruf di papan keyboard. Agaknyalah...

Banyak respon tanpa nama. Takut ke letak nama? Dah bercupak sumpah seranah pada pimpinan Pas,masih takut letak nama? Kadang datang rasa hangat di hati,apa tidaknya yang mengutuk TGNA,yang mengata TGHH,yang menyumpah pimpinan PAS..macam macam ada.
Setengahnya mengaku ahli Pas,setengahnya mengaku melihat dari jauh,setengahnya mengaku dah menyampah dengan Pas,setengahnya kata perlu pecat si anu dan si anu,setengahnya siap bagi tahu sejak tahun bila jadi ahli pas..Yang pasti semua seperti serba tahu..

Pagi tadi saya ke majlis pelancaran jentera pilihanraya. YB yang menjadi perasmi nampaknya tak banyak nak buka mulut tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Khas cuma apa yang disebutnya tentang satu sikap yang ada pada presiden dan pimpinan.
Sanggup menerima kritikan demi kritikan secara terbuka. Kritikan bagaimana wallahuaklam.

Cuma saya rasa terkilan dengan sikap tidak sabar sesetengah dari kita (baca Ahli Pas dan 100/100 bukan orang umno). Apa salahnya tunggu dan lihat apa hasil dari seminar yang akan dianjurkan pada 7 November nanti. Mungkin ada yang mengatakan saya tidak pandai membaca tafsiran politik. Mungkin ya..tapi saya adalah orang yang terjun dalam gerak kerja jamaah PAS. Kami (saya,suami dan mereka yang bekerja untuk jamaah seperti saya) berada dan bekerja dalam PAS bukan kerana sesiapa tapi kerana keyakinan bahawa matlamat dan prinsip PAS menepati kehendak Al Quran dan Hadis. Dan kami tak nampak langsung ada wadah perjuangan lain yang menepati apa yang dikehendaki oleh Islam. Untuk itu,kami tidak berjuang kerana nama atau kerana individu tertentu. Kami berada dalam perjuangan ini kerana kesedaran dan mengharapkan inilah jalan untuk kami menjadi tetamu istimewa Allah di akhirat nanti.

Mungkin bacaan politik kami tidak tajam,setajam penulis2 yang menghentam pemimpin kami. Tapi kami sayang kepada pemimpin kami. Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi insan yang berada dalam perjuangan sejak muda. Barangkali waktu itu sebahagian dari penulis 'hebat' ini masih lagi menyusu . Untuk apa agaknya ada penulis yang menyokong TG yg ini dan menghentam TG yang itu. Untuk apa mengadu domba penyokong PAS? Untuk apa memecah belahkan orang PAS kepada 2 golongan. Apa benar semua itu kerana nak selamatkan PAS dari hanyut ATAU menambahkan beban agar PAS lebih cepat tenggelam. Saya tak tahu. Hanya Allah yang tahu.

Ada benarnya tulisan Ustaz Nik Abduh :
Ia bukan balah orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah. Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

Yang payah nak selesai ialah balah orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman.

Benar jua apa yang disebut oleh seorang pemimpin:
Berada dalam perjuangan adalah satu penghormatan...Pengorbanan yang dibuat dalam perjuangan adalah satu kemuliaan.

Saya tinggalkan ayat yang ditulis dalam blog Nik Abduh untuk renungan kita semua. Moga menjadi renungan dan ada ikhtibar yang dikutip menjadi peringatan kepada semua yang benar benar ikhlas dalam perjuangan..

“Tiadalah terjadi sebarang musibah di bumi dan tiada juga (terjadi) di dalam diri kamu sendiri kecuali ianya telah sedia termaktub di dalam kitab ( di sisi kami ) sebelum Kami lepaskannya. Sesungguhnya itu di sisi Allah adalah teramat mudah. Yang demikian adalah agar kamu tidak berduka cita di atas apa yang telah hilang daripadamu dan kamu tidak pula bersuka ria dengan apa yang kamu perolehi. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bermegah – megah.” al Hadid:22,23

Salam Ukhuwwah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails