Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 25 Jun 2009

Tinta Pertama

Assalamualaikum warahmatullah
Segala puji pujian bagi Allah. Selawat serta salam buat Junjungan besar SAW,para sahabat,tabien serta seluruh pejuang pejuang khalimah Allah swt.
Rasa syukur yang teramat kerana akhirnya berjaya juga mencipta blog peribadi tanpa bantuan sesiapa. Hanya dengan belajar melalui blog binablog,akhirnya berjaya juga menghasilkan satu blog yang tak seberapa. Bukan tak ada yang boleh membantu terutama suami tersayang tapi perasaan yang kuat untuk mencuba sendiri menyebabkan digagahi juga walau pada hakikatnya bukanlah seorang yang mahir dalam IT.
Blog ini hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat dan pengalaman hidup. Moga ianya boleh memberi kebaikan walaupun sedikit kepada sesiapa yang sudi berkunjung ke blog ini. InsyaAllah blog ini akan terus dikemaskini sesuai dengan kemampuan yang ada.
Tinta pertama berakhir di sini. Moga Allah memberi kemudahan dan kelapangan untuk terus menulis. Salam ukhwah. Salam perkenalan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waw. Hebat rasanya blog akak ni.... Memang la kak...mula-mula susah nak buat. Lama=lama kang akak pasti asyek memblog je... Akak akan dikenali sebagai BLOGER. Tak sabo nak mengenali akak... Pasti bukan orang BN. Akak orang Pakatan Rakyat ya.... Betul, betul, betul.

uminas berkata...

Terima kasih sudi bg komentar pertama.Mudahan dipermudahkan untuk terus bagi sumbangan melalui tulisan.InsyaAllah.

1Malaysia Online 2014 berkata...

Nescafeais

Assalamualaikum,tahniah..cantik blog nih.. Berjaya gak bina blog sendiri..Jika ada kelapangan atau masalah pasal blog, selalu2 lah lawat maribinablog.blogspot.com...Apa yang bole saya bantu,saya cuba bantu..heh heh heh

uminas berkata...

Syukran,Nescafeais. Berkat kesudian Nesc wat blog untuk bantu orang2 yg tak pandai IT cam Akak ni.Masih banyak yg perlu belajar.Harap orang yg bijak pandai IT cam Nesc lah utk terus membantu.
Syukran jazillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails