Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 26 Februari 2010

Ketagih video lucah,rumah sendiri dirompak



Seorang pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.

Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar itu bertindak merenggangkan kunci tingkap rumahnya bagi membolehkan dua rakan perempuannya itu memecah masuk dan mengambil barangan berharga bagi melunaskan hutangnya.

Baca selanjutnya

# Penyakit sosial yang semakin tenat. Antara penyebab kebanjiran kelahiran anak luar nikah. Penyakit yang dicari bila syariat Islam dipinggirkan. Nak ditunding jari pada siapa? Ibu bapa,guru,sekolah,rakan rakan,masyarakat atau pemerintah? Tepuk dada tanyalah iman.

4 ulasan:

Unknown berkata...

macam-macam di zaman teknologi nih.

anakmuaallaf berkata...

Salam Ukhtie,
Bila istilah dunia tanpa sempadan disalah gunakan begini jadinya..Na'uzubillah..Ya Allah.. selamatkan keturunan kami terjebak perkara begini...

uminas berkata...

Salam bdk kampung & anakmuallaf..
Cabaran anak anak di zaman ini cukup hebat..Serangan minda bukan saja pada kecanggihan teknologi eletronik tapi juga media cetak..
Moga anak anak kita akan selamat dari fitnah dunia ini

Mohamadazhan.com berkata...

salam kak umi,

takut juga saya dgr masalah sosial sekarang, luar biasa teruknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails