Keterbukaan untuk mendengar adalah sesuatu yang baik apatah lagi bila berkait dengan Junjungan Besar Rasulullah SAW dan kegemilangan tamadun Islam. Sesuatu yang amat jarang berlaku bila ceramah berkisar tentang kemuliaan Rasullullah dan keagongan sejarah Islam turut dihadiri oleh orang orang bukan Islam.
"Sampaikan dariKu walau satu ayat." Seruan untuk kita menyampaikan dakwah walaupun hanya dengan satu ayat. Beriman atau tidak,itu bukan kerja kita. Itu hidayah dan petunjuk yang menjadi hak milik Allah swt. Kerja kita sebagai hambaNya,menyampaikan risalah Islam kepada semua manusia tak kira Islam ataupun tidak.
Dan sesuatu yang patut dipuji dan diteruskan bila ceramah yang disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh hujung minggu lalu turut dihadiri oleh beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam)
sumber:http://bumiperak.blogspot.com/
Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(138)
-
▼
Februari
(18)
- Ketagih video lucah,rumah sendiri dirompak
- Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat
- Generasi anakku ibarat buih buih??
- Ceramah Maulidur Rasul: Non muslim turut hadir
- Kelantan: Tiada halangan wanita berjawatan tinggi
- 2 billion VS 20 juta
- Dimana Cantiknya Seorang Puteri..
- Iklan isu royalti : keliru...
- Pendidikan anak anak
- Royalti : Tok Pa belum yakin..
- hukuman sebat....
- Bahagia begini...
- Kerana selembar bulu mata
- Jangan buang bayi merata-rata...
- Adik Presiden PAS meninggal dunia
- Maafkan cikgu....
- Zamry MB Perak??? pelik ke??
- Entry tak bertajuk
-
▼
Februari
(18)
1 ulasan:
Salam UMMI.
Perkara sebegini lah yang di takuti oleh UMNOngok. Dah 50 tahun mereka memerintah belum ada komponen mereka dari bukan Islam hadir di upacara sebegini. Dulu tempat ana buat Majlis berbuka dan Tazkirah, YB chang turut sama mengdengar tazkirah di sampaikan oleh Anuar Ibrahim. UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan
Catat Ulasan