Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 16 Disember 2009

Catatan Disember 2009



Salam bertemu kembali

Lama sungguh tidak 'mengupdatekan' blog ini. Bahkan lama tidak menziarahi blog teman teman siber. Banyak yang tertinggal dan terlepas untuk diblogkan. Bukan disengajakan tapi berkebetulan hampir bermula cuti sekolah komputer pulak kena serangan virus.

Belum berakhir 2009 masih berbaki kira kira 13 hari lagi. Kiranya Penghujung 2009 ini mencatat banyak kenangan menguji kekuatan keimanan sebagai hambaNya.

Rabu 2hb Disember, kak Nah kakak yang hampir setahun keuzuran telah meninggal dunia. Kehilangan yang dirasai bukan saja oleh 7 orang anaknya tapi juga oleh 13 orang saudaranya. Meninggal setelah 2 hari koma. Kemuliaan yang Allah berikan untuk allahyarham bila hujan lebat musim tengkujuh reda bermula saat kematian hingga selesai jenazah dikebumikan dan kembali lebat sekembalinya kami dari perkuburan.
Bahkan kemuliaan juga untuknya bila Tuan Guru Haji Hadi turut menziarahi dan sempat solat jenazah di tanah perkuburan.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan mesti berlaku tapi sering dirasakan sangat jauh dari kita. Dan bila kematian seseorang yang dekat dengan kita barulah kita tersedar tentang hakikat kematian. Ajal tidak berganjak cepat atau lambat biarpun sesaat. Arwah kak Nah,pemergiannya adalah dijangkakan berdasarkan keuzurannya yang kian tenat. Walaupun ianya telah dijangkakan namun hakikat itu sangat berat untuk diterima terutama pada suami dan anak anaknya. Dalam payah untuk menerima bila ajal menjemput hanya redha dan doa mengiringgi moga rohnya bersama hamba hambaNya yang soleh.

Catatan duka belum berakhir bila seminggu kemudian menantu arwah pula keguguran anak kembarnya yang pertama. Bergandalah kedukaan anak saudara yang baru kehilangan bondanya. Hanya titipan pesanan moga dia tabah dengan ujian dan redha dengan takdir yang telah tersurat untuknya. Sesungguhnya Allah menguji kerana kasih kepada hambaNya. Kerana kesabaran menghadapi ujianNya diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Catatan Disember 2009 belum juga berakhir bila menerima khabar adik ipar pula dimasukkan ke hospital kerana masalah paru paru,hati dan buah pinggang. Alhamdulillah dibenarkan keluar setelah lima hari di hospital.

Hakikatnya semua yang berlaku samada terjadi pada orang dekat dengan kita atau orang yang jauh dari kita sebenarnya adalah satu peringatan dari Allah. Isyarat dari Allah..jangan sombong ..jangan angkuh..jangan lalai..jangan lupa..apa yang berlaku pada orang lain tidak mustahil terjadi pada kamu. Ingat dan ingat..apa bekalan kamu..apa persediaan kamu..tahap mana iman kamu..apa kamu buat dengan rezeki yang diberikan..apa bekalan iman yang kamu tinggalkan untuk anak anak kamu..Sesungguhnya Allah tidak melupakan hambaNya,hanya hambaNya yang sering lupa dan terlalai dalam mengigatiNya.

Disember masih berbaki. Baki yang seterusnya ini akan disi dengan kesibukan menguruskan perpindahan kembali ke kampung halaman. Telah tertulis kami ini sentiasa merantau. Kembali ke kampung halaman belum diketahui untuk berapa lama. Adat perantau..di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan di situlah juga perjuangan terus bersambung.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails