Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 13 Oktober 2009

Prk Bagan Pinang


Prk Bagan Pinang dah berlalu. Kemenangan besar BN dengan peningkatan 5435 berbanding 2333 dalam pru yang lalu. Memang terasa hiba dengan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Kadang datang perasaan hairan bagaimana seorang yang sudah disahkan perasuah boleh menang besar. Atas nilaian apa agaknya Isa Samad dipilih. Apakah 'jasanya' selama 22 tahun sebgai MB Negeri Sembilan sangat 'besar' hingga tak termampu ditolak oleh pengundi Bagan pinang.

Pas telah menawarkan calon yang lebih baik,lebih bersih. Pas telah memberikan satu pilihan kepada pengundi di Bagan Pinang. Memilih antara dua pilihan,yang bersih atau yang telah terpalit dengan kotoran. Dan pilihan telah dibuat maka sewajarnya semua pihak menghormati pilihan tersebut. Pengundi Bagan Pinang telah membuat keputusan untuk memilih Isa Samad sebagai YB mereka. Pas tak rugi apa apa,apa lagi sebelum ini Bagan Pinang bukan milik Pas.

Ada ikhtibar dan pengajaran. Ada ilmu dan pengalaman baru yang dikutip sepanjang prk ini. Memang PR hanya memerlukan 3 kerusi sahaja untuk menumbangkan BN di Negeri sembilan. Namun PAS di negeri sembilan belum kukuh. Masih banyak yang perlu dilakukan. Kemenangan tidak datang dengan mudah. Pas cuma belum menang.

Sebelum inipun Pas dah terbiasa dengan kekalahan. Hanya senario politik sepanjang 2009 ini memihak kepada PR. Dengan 9 Prk,7 berpihak pada PR dan hanya 2 berpihak pada BN. Itupun di Batang Ai Sarawak yang jauh dari pembangunan dan internet dan di Bagan Pinang yang undi pos menjadi penyelamat BN.

Jika BN selesa dan berbangga dengan kemenangan di Bagan Pinang,silakanlah. jika Bn merasakan itu adalah ukuran bahawa BN kembali kuat,biarkanlah. Kemenangan Isa Samad akan membuatkan ada pihak dalam umno yang tak senang duduk. Kita tunggu dan lihat.
Yang pasti pada umno rasuah bukan satu jenayah tapi hanya masalah disiplin parti.

Kadang kadang rumah boleh runtuh bukan kerana dirobohkan sesiapa tapi kerana dimakan anai anai.

Salam ukhuwwah



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails