Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 30 November 2012

Apa jawapan sepupu Najib ni...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat cuba mengelak dari menjawab dakwaan yang ditimbulkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri itu ketika ditanya pada sidang media semalam mengelak dengan memberi komen kononnya apa yang didedahkan Musa hanya untuk mengalih perhatian tumpuan daripada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung.

Musa pada satu sidang media kelmarin mendakwa Hishammuddin campurtangan dalam pasukan polis semasa PDRM berada bawah pimpinannya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Hishamuddin tampil menjawab tuduhan tersebut secara jujur tanpa mengelak.

Ketua Penenrangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penjelasan Hishammuddin sangat penting kerana namanya dikait secara langsung dalam tuduhan itu.

"Isu ini adalah isu beliau dan nama beliau dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dan untuk membersihkan nama baik beliau, beliau perlu memberikan penjelasan.

"Ini lebih baik dari beliau sibuk menghentam pembangkang dalam Perhimpunan Agung Umno 2012," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Riduan juga berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Musa ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di era pentadbiran bekas ketua polis negara tersebut.

"Apa yang diharapkan adalah beliau berterus terang dengan maklumat yang diperolehinya menjelaskan  apakah bentuk campurtangan yang dibuat oleh Hishamuddin dan di atas urusan apa campurtangan itu berlaku.

"Ini mungkin akan menjelaskan lagi apakah isu itu sebenarnya dan mungkinkah ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan umum telah berlaku," katanya.
harakahdaily

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails