Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 2 November 2012

Nota diri..

Ya Allah Ya Allah..macam mimpi pulak bila boleh 'sign in" blog ni.. Lama sungguh rasanya tak boleh nak masuk blog sendiri..

Harapnya tak meragam lagi. Orang yang tak berapa pandai dengan simpang siur IT ni  bila blog meragam mula berpeluh sejuk.. 

Kehidupan yang sibuk dan 'menyibuk', membuak banyak benda nak diluah tapi ruang waktu terhad..situasi juga terhad, kemampuan menukil bait bait ayat juga terbatas, banyak benda yang nak dikejar namun adat manusia kemampuannya terbatas.. Terkadang bila mengejar sesuatu bimbang yang dikendung pula keciciran..Namun manusia mana pernah mahu puas..kepuasan hanya tamat bila denyut nadi terhenti..waktu itu kepuasan hidup tidak bermakna kerana ianya menjadi milik mereka yang hidup..untuk yang telah terpisah jasah dan roh..amalan berpahala yang dikutip sepanjang hidup itulah yang menjadi bekalan di alam yang 'nafsi nafsi'..
Hidup untuk mencari bekal akhirat..ramai yang tahu tapi tak ramai yang mengamalkannya..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails