Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 14 April 2011

Luka lama berdarah kembali...oh RPK


Pertama sekali tahniah kepada Raja Petra Kamarudin aka blogger kontroversi malaysia-today.net kerana telah berjaya meletupkan kembali isu misteri pembunuhan Altantuya oleh dua orang anggota Polis yang dilihat semakin dilupakan.

Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi, media-media arus perdana, serta blogger-blogger mereka akan menuduh Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertanggung jawab memfitnah Perdana menteri Najib tun Razak yang dianggap suci bagi mereka.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka-mereka yang telah dikelentong oleh gerombolan songkok tinggi. Persoalan yang penting sebenarnya ialah, siapakah yang menimbulkan isu pembunuhan Altantuya ini di peringkat antarabangsa?

Untuk pengetahuan pembaca semua, isu pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib (pada masa itu Timb Perdana Menteri) telah ditimbulkan oleh di peringkat antarabangsa sebuah akhbar berpengaruh di Perancis, Libration.

Di bawah ini bukti screenshot yang diambil dari website Akhbar Libration yang disiarkan pada 5 Mac 2009 bertajuk Un cadavre très dérangeant (Mayat yang sangat mengganggu) rujuk link ini [Libration] - sila gunakan google.translate untuk menterjemah article bahasa perancis ini.

Sumber asal..


#baca jangan tak baca...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive