Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Khamis, 28 April 2011

Terkedu..terjijik..termalu...alahai tanahair tumpah darahku..


Terkedu bila menonton buletin utama semalam..percuma mendapat dosa melihat adegan yang tidak senonoh..

Terjijik bila melihat rakus dan biadabnya stesyen penyiaran yang menggunakan sewenang wenangnya masa siaran perdana untuk memperlihatkan video lucah semata mata atas kepentingan politik..di mana nilai akhlak..di mana dicampakkan tata susila..di longkang mana ditendangnya etika kerja..

Termalu sendiri bila anak seusia 7 tahun bertanya.."apa tu umi???"...waduh!! Rosak minda anak anak..

Mutaakhir ini terasa seperti bukan duduk di Malaysia yang diwar warkan sebagai negara Islam. Video lucah ada di mana mana. Di kaca tv,di akhbar akhbar, di internet.. Kalau dulu video lucah menjadi sesuatu yang sangat sensitif dan salah tapi sekarang bukan lagi satu kesalahan..

Memalukan! Mana suara pemimpin negara? Mana suara menteri dan timbalan lulusan Agama? Kalau pemimpin gereja khatolik boleh membidas dalam isu ini, kenapa yang berlulusan Al Azhar membisu?

Apa nak jadi dengan negara ini? Atas alasan 'mencari kebenaran" kelucahan dibenarkan..atas alasan "menegakkan kebenaran" sumpah menjadi mainan..atas alasan "membenarkan kebenaran" keaiban terus dipopularkan...

Apa nak jadi dengan negaraku?? Apa nak jadi dengan anak anakku??

5 ulasan:

Ummuafiq Hashim berkata...

Dulu selalu suruh anak2 tengok berita dan baca 'paper'. Sekarang kena sorok 'paper' dan tutup tv masa berita...

uminas berkata...

Setuju benar tu.....dulu kita katakan nak cari info berguna tengok berita..baca paper..sekarang anak anak heran berita dan paper seperti majalah porno yang melambak di gerai2..

Blogger berkata...

Salam ziarah,tv ni lebih banyak kerosakkan dari kebaikkan...kalau ada ulamak pun dah jadi setan bisu....

karimi berkata...

xpayah tengok berite lagi bagus, berita yg penuh dgn fitnah,bikib rosak minda anak2 anak, ini pon merupakan cara kerajaan mahu mematikan minda rakyat agar rakyat boleh terus diperbodohkan... so, jage2 anak2 kite...

SRenungan berkata...

asalamualaikum..
saya sokong yg diperkatakn karimi..
media skrng bynk mengeluarkan kritikan2 kepada golongan tertentu..
hasutan...mcam2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive