Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 5 April 2011

Ingat 4 pesanan..


Ali bin Abi Talib R.A Berkata:

Agama dan dunia akan tetap tegak berdiri kerana 4 perkara:

  1. Selama-mana orang-orang kaya tidak bakhil dengan apa yang telah dikurniakan pada mereka.
  2. Selama -mana ulamak mengamalkan dengan ilmu yang telah diketahui.
  3. Selagi orang bodoh tidak sombong dengan perkara yang tidak diketahuinya.
  4. Selagi orang fakir tidak menjual akhirat dengan dunia.
4 Jenis Ibu:
  1. Ibu kepada Ubat adalah kurangkan makan.
  2. Ibu kepada kesopanan adalah sedikit berbicara atau bercakap.
  3. Ibu kepada segala ibadat adalah sedikit dosa.
  4. Ibu segala cita-cita adalah sabar.

HUKAMAK TELAH BERKATA :

Sesungguhnya tanda-tanda iman itu 4 perkara:

  1. TAQWA – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala perbuatan maksiat.
  2. MALU – Malu kepada Allah SWT untuk melakukan maksiat.
  3. SYUKUR – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima.
  4. SABAR – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari SWT.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive