Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 9 Julai 2010

TGNA: Bukan peraturan jika berat sebelah tapi "Pandang Senget Sebelah.."

Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan asas kepada demokrasi dan keadaan sosial adalah tanpa perbezaan keistimewaan kelas.

Menurutnya, sekiranya timbul sesuatu perkara ianya memerlukan kepada jawapan, sekaligus merupakan kebebasan bersuara bagi negara yang mengamalkan demokrasi.

Dalam Islam sendiri, katanya, apa pun perkataan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda menjawab atau membalas dengan jawapan sewajarnya.

“Itu asas kepada demokrasi, dan dalam konteks Suara Keadilan dan Harakah yang diminta tunjuk sebab oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, apa saja yang dicakap oleh PAS atau Umno, mereka hendaklah memberi jawapan balas,” katanya kepada media ketika mengunjungi Restoran Mutiara Corner di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau sebelum itu menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu.

Menurutnya, mereka (KDN) tidak boleh menutup isu itu begitu saja, tetapi sebaliknya hendaklah menjelaskannya, jika tidak ia akan dianggap tiada modal.

“Kalau peraturan itu berat sebelah, ianya tidak dipanggil peraturan. Orang panggil ‘pandang senget sebelah’. Itu tidak boleh dibiarkan.

“Kerajaan seperti itu mesti jangan diundi, dan dengan cara begitu (boleh) menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jangan mengundi dia, kita buat kerajaan lain dan peraturan lain.

“Kalau dia anggap Harakah salah, dia boleh saman, dia boleh buat apa saja. Namun kita ada sebab dan hujahnya,” katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails