Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Rabu, 21 Julai 2010

Kalau PAS perjuang kepentingan individu, dah lama pemimpin PAS bina 'istana' macam Umno

Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Seketariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berpendapat, Pas akan terus mencapai matlamat perjuangan iaitu memperjuangkan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Ini ekoran kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang menyatakan Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seseorang pemimpin iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Pas jelas parti yang menobatkan dasar Islam. Ini menjadi asas kepada keikhlasan kerana orang yang berjuang kerana Islam inilah orang yang ikhlas," ujar Ustaz Ghani (Gambar).

"Mereka yang berjuang kerana lain dari itu adalah sesat perjuangannya, dan sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz tidak memperjuangkan kepentingan diri, membina kekayaan atau beli kereta-kereta mahal," tambah beliau.

Hishamuddin dalam kenyataannya juga turut mempertikaikan keikhlasan Pas dalam memartabatkan Islam.

Ghani berpendapat, pandangan melalui sesuatu pihak haruslah berpandukan agama dan bukannya bercakap atas dasar peribadi semata-mata.

Malah kata beliau, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencerminkan satu contoh pemimpin terbaik melalui keperibadian beliau yang sentiasa mendukung Islam serta memperjuangkan nila-nilai agama.

"Sepatutnya dia (Hishamuddin Hussein) cermin diri kerana suluh diri itu lebih baik," tegur Ghani.

"Kalau nak dibandingkan,Tuan Guru Nik Aziz lebih menghayati konsep Islam berbanding pemimpin Melayu yang mendukung yang haram seperti lesen judi sukan," tambahnya.

# Bezakan sendiri kehidupan pemimpin PAS dan pemimpin UMNO...
Bezakan juga bagaimana dan di mana isteri isteri pemimpin umno berbelanja..
Bezakan juga bagaimana dengan siapa anak anak pemimpin umno bersosial...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails