Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Jumaat, 9 Julai 2010

1Malaysia Atau 2Malaysia....


Kajian terbaru yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendedahkan apa yang sebenarnya bukan lagi rahsia - kumpulan bangsa-bangsa lain di Malaysia tidak sependapat berhubung dasar-dasar kerajaan.

Sebahagian besar orang Melayu didapati menyokong polisi pro-bumiputera manakala kebanyakan masyarakat bukan Melayu pula sangsi dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih lanjut baca di sini

Daripada 1,036 bukan bumiputera yang dibanci, 46 peratus yakin 1Malaysia hanya “agenda politik untuk memancing undi bukan Melayu”.

Hanya 39 peratus responden bukan bumiputera berpendapat 1Malaysia adalah “usaha ikhlas untuk mentaukan semua bangsa di Malaysia”.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pertama: Konsep 1 Malaysia ni,Yahudi(APCO) punya idea.
Kedua: Rakyat bukan Melayu sudah tak percaya pada pemimpin UMNO.Bukan itu saja,Melayu yang bukan UMNOputra juga tak percaya pada Najib.
Ketiga: Sejak dilancarkan sudah setahun,tak nampak apa-apa kesan mahu pun kelebihan konsep ini kecuali kaedah-kaedah untuk mengampu Najib, yang punya banyak begasi ketika dan sesudah jadi PM.
Suatu konsep yang buang masa dan belanja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails