Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Khamis, 14 Januari 2010
Nik Aziz terus kebal depani krisis: Pensyarah
Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat masih menikmati tanggapan positif rakyat, kata dua penganalisis politik.
"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media.
“Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, yang berasal dari negeri itu.
"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar.
"Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."
Ahli akademik Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan tidak menggugat kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz apabila beliau masih meraih populariti berbanding pemimpin PAS lain.
Pensyarah kajian media itu juga berkata, data terkini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding 63 peratus pada pilihan raya umum 2008.
"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot," katanya.
"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah tentang tumpuan (masyarakat). Dalam dunia sekarang, perkara ini (tumpuan) mampu mengangkat reputasi dan mampu memberikan kekuatan."
Dr Abu Hassan, yang menjalankan tanggapan politik melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies, membuat kesimpulan tersebut berdasarkan tinjauan berterusan berhubung kepercayaan politik tokoh-tokoh politik yang dijalankan sejak pilihan raya lalu..
seterusnya
# Tuan Guru Nik Aziz kebal bukan kerana 'fanatiknya' rakyat Kelantan terhadap batang tubuhnya tapi kerana bukti kecemerlangan dalam melaksanakan amanah rakyat dan amanah Allah swt.
Akhir akhir ini TGNA 'diserang' dari pelbagai sudut semata mata untuk menjatuhkan reputasi beliau di kacamata rakyat Kelantan dan Ahli PAS. Tindakan yang bukan bertitik tolak dari rasa ikhlas untuk kebaikan rakyat tapi lebih kepada rasa iri hati dan dendam yang tak berkesudahan.
MB yang dulunya sering dicemuh sebagai tidak layak menjadi pemimpin kerana jubah,kain pelikat dan serbannya rupanya lebih bijak mentadbir dan lebih bijak menangkis serangan politik. Pandangan dua penganalisis politik ini bakal melemahkan kepala lutut pembangkang di Kelantan.
Mereka lupa 'Mereka merancang,Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah lebih baik"
Mereka juga lupa ayat Allah dalam Ali Imran (26): " Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang engkau kehendaki. Di Tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di atas segala sesuatu."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(138)
-
▼
Januari
(13)
- Kepala babi lagi...
- Polis oh polis...
- Hikmah Sujud
- Tinta Rasa remaja
- 17 minit 17 saat : 1 anak luar nikah
- Dengan NamaMu Aku Hidup: Ar Razzak
- Baba=Papa=dady=abi=walid=bapa=abah=ayah
- Kebiadaban yang melampau..
- Gempa di Haiti..
- Remaja,Pil Khayal dan lucah
- Nik Aziz terus kebal depani krisis: Pensyarah
- 3 Mahkamah pengadilan
- Layaann...relek jap
-
▼
Januari
(13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan