Ar Razzak memberi maksud TUhan Yang Maha Memberi Rezeki. Apa jua benda yang ada pada manusia hakikatnya adalah rezeki daripada Allah swt. Umumnya manusia sering berfikir yang dimaksudkan dengan rezeki itu adalah makan, minum dan sebagainya. Tetapi pengertian rezeki itu lebih luas. Sebenarnya keperluan manusia untuk hidup sentiasa berhajatkan kepada rezeki dan nikmat Allah swt bagi memenuhi ruang ruang hayatnya. Manusia bukan sekadar hidup dengan makanan dan minuman sahaja.
Selain daripada manusia memerlukan nyawa untuk meneruskan kehidupan, dalam diri manusia itu sendiri ada unsur unsur rezeki yang diperlukan. Jantung yang berdegup memerlukan darah untuk ditapis dan diedarkan ke seluruh anggota badan. Udara juga merupakan unsur penting yang diperlukan bukan saja untuk bernafas tapi juga diperlukan oleh otak dan saraf dalam badan manusia. Cahaya matahari buka sekadar untuk keperluan manusia sebagai lampu di siang hari yang menyuluh penglihatan manusia tapi ia juga diperlukan oleh hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhan.
Rezeki daripada Allah terbahagi kepada dua iaitu rezeki yang boleh dilihat ditujukan kepada jasad dan fizikal manusia manakala rezeki yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar adalah keperluan rohani manusia. Meskipun manusia diberi tubuh badan dan anggota yang sempurna tetapi ia tidak bermakna dan berfungsi sekiranya Allah swt tidak memberikan suatu zat yang tidak dapat dilihat iaitu roh. Justru itu roh juga memerlukan rezeki yang tersendiri. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Sebagaimana tubuh yang lahir memerlukan kepada rezeki maka roh juga memerlukan rezeki bagi meneruskan fungsinya. Antara rezeki yang membahagiakan roh ialah iman,taat,ibadat dan semuanya direzkikan oleh Allah melalui wahyu yang disampaikan kepada para rasul untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia. Bagi mereka yang memberikan perhatian terhadap kesihatan roh,mereka akan memberikan makanan melalui iman,taat dan ibadat. Mereka tergolong dalam golongan manusia yang bersyukur terhadap anugerah Allah swt. Merekalah sebenarnya manusia yang beriman. Sebaliknya orang yang tidak memperdulikan makanan rohnya sudah tentu rohnya kurus dan mati sebelum jasadnya menemui ajal.
Orang yang beriman seharusnya mengambil teladan dari sifat Allah yang Ar Razzak. Mereka haruslah berusaha mendapatkan rezeki yang disediakan oleh Allah swt samada rezeki yang bersifat kebendaan atau rezeki untuk keperluan dan kesihatan rohani. Kemudian diedarkan pula kepada pihak lain samada dalam bentuk sedeqah,merawat orang sakit,mengajar orang jahil,menasihati orang yang lalai ataupun melalui urusniaga dan memebri hutang kepada mereka yang berhajat. Semua itu bererti menagih agihkan rezeki kepada orang lain dalam pelbagai bentuk dan cara.
bersambung....Dengan NamaMu Aku Hidup
Teman teman Blogger
Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(138)
-
▼
Januari
(13)
- Kepala babi lagi...
- Polis oh polis...
- Hikmah Sujud
- Tinta Rasa remaja
- 17 minit 17 saat : 1 anak luar nikah
- Dengan NamaMu Aku Hidup: Ar Razzak
- Baba=Papa=dady=abi=walid=bapa=abah=ayah
- Kebiadaban yang melampau..
- Gempa di Haiti..
- Remaja,Pil Khayal dan lucah
- Nik Aziz terus kebal depani krisis: Pensyarah
- 3 Mahkamah pengadilan
- Layaann...relek jap
-
▼
Januari
(13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan