Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Isnin, 4 April 2011

Lambakan drama drama menjelang Pilihanraya Sarawak


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.

Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.

Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.

“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.

“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.

"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.

Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan.

Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN. Sumber


Khamis, 31 Mac 2011

Hadiah untuk rakyat Melaka selepas Pk Merlimau..

Hard Rock Cafe terbesar di Malaysia bakal dibuka di Melaka

30/03/2011 8:13pm

MELAKA 30 Mac – Restoran dan pusat hiburan terkemuka, Hard Rock Cafe memilih negeri ini untuk membuka premis ketiganya di negara ini September tahun depan.

Berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi, premis tersebut menjadi Hard Rock Cafe terbesar di negara ini apabila turut menyediakan tempat letak kereta bertingkat.

Ia dijangka memulakan pembinaan dua bulan lagi oleh syarikat Sovereign Creations Sdn. Bhd.

Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, restoran terbaru itu akan mempunyai 180 kerusi berbanding Kuala Lumpur 200 kerusi dan Pulau Pinang 130.

"Hard Rock Cafe Malacca akan dibina di Jonker Street kerana ia merupakan antara tempat tumpuan pelancong terkenal di negeri ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Sovereign Creations Sdn. Bhd. dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini hari ini. - Utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails